Rabu, 4 April 2012

PAS SUDAH JAUH TERPESONG

Astaghfirullah..cuba pembaca bayangkan apa akan dikatakan oleh pemimpin PAS jika perkara ini dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Adakah pemimpin itu akan dipuji dengan sikap prihatin beliau atau beliau akan dihentam sehabis-habis mahu demi untuk menunjukkan bahawa pemimpin tersebut tidak mengikut landasan Islam.

Tapi dalam keadaan ini bagaimana pula? Perlukah demi undi sampai sanggup untuk mengangkat keranda orang india yang meninggal dunia, dan persoalan utamanya ialah, adakah orang India itu sendiri sanggup untuk mengangkat keranda orang melayu Islam?

Apabila Perdana Menteri pergi ke Batu Caves semasa perayaan thaipusam dan telah ditegur oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani, maka berketaklah orang-orang PAS mengatakan bahawa Perdana Menteri terpesong 'aqidah, sedangkan Perdana Menteri tidak memasuki langsung ruang kuil tempat penganut agama Hindu bersembahyang. Dan apa bila Tan Sri Harussani berkata bahawa pemergian Perdana Menteri tersebut tidak memesongkan 'aqidah disebabkan atas jemputan rakyat tambahan pula Perdana Menteri tidak memasuki kuil, maka orang-orang PAS menuduh pula ulama tersebut di beli oleh Perdana Menteri.

Sekarang tolong jawab wahai orang-orang PAS, apa pula hukumnya orang didalam gambar tersebut. Sangkakala pun dapat cerita ni setelah baca blog rakan seperjuangan, kalau nak tau lebih lanjut sila klik <disini>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan