Khamis, 5 April 2012

JELAS HIMPUNAN BERSIH 3 AGENDA POLITIK PEMBANGKANG

Kini heboh diperkatakan bahawa himpunan bersih 3 akan diadakan. Mengikut sumber yang Sangkakala perolehi, bersih 3 akan diadakan pada 28 april ini. Sebenarnya bersih 3 ini diadakan untuk kuasa politik pembangkang yang melihat bahawa dengan cara huru-harakan negara maka mereka akan mendapat kuasa memerintah.

Sangkakala berpendapat begitu setelah melihat bersih 2 diadakan di Kuala Lumpur pada tahun lepas dan kini ianya akan diadakan sekali lagi.

Apa yang membuatkan bersih 3 diadakan pula? Adakah peserta atau penganjur masih belum berpuas hati dengan jawatankuasa penambahbaikan sistem pilihanraya yang telah dilantik oleh kerajaan sebelum ini? Setahu Sangkakala, jawatankuasa itu terdiri dari pada ahli parlimen dan ianya juga diwakili oleh ahli parlimen dari pihak pembangkang demi untuk memberi ketelusan dalam penambahbaikan itu.

Penganjur bersih mengatakan bahawa mereka ingin menuntut supaya pilihanraya yang lebih bersih diadakan, tapi bersih yang bagaimana? Adakah dengan menggunakan dakwat kekal itu dikatakan bersih?

Himpunan ini tidak lebih daripada sekadar hasutan pembangkang dalam usaha untuk mereka menakluki PutraJaya dan jika hasrat mereka ini tercapai maka mungkin pilihanraya yang lebih teruk bakal dilaksanakan.

Seperti kata Perdana Menteri baru-baru ini, "janganlah menukar pemandu ditengah jalan", ayat ini cukup dalam maknanya dan ianya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Perdana Menteri telah memberi maksud bahawa sekiranya kerajaan ini jatuh ke tangan pembangkang, kemungkinan besar negara ini tidak lagi akan maju kehadapan dan ianya mungkin akan menjadi mundur atau lebih teruk lagi.

Sangkakala berharap kepada semua pembaca agar kita bersama-sama menolak himpunan-himpunan sebegini kerana ianya memberi impak yang cukup tingg kepada ekonomi negara khususnya didalam sektor pelancongan serta pelaburan.

2 ulasan:

  1. Bodohnya penulis blog ini. Semak lah semula mengapa Bersih 3.0 hendak diadakan. JKKP yang dipengerusikan oleh AP BN tu masukkan semua cadangan dan pandangan ke? Mengapa cadangan JKKP tidak boleh dibincangkan tetapi terus diluluskan oleh Speaker? Buka la minda. Semaklah fakta sebelum menulis apa2. Macam ni punya orangpun ada.

    BalasPadam
  2. Come on la bro...be the open mind blogger...Don't just point finger to somebody, later maybe you are the worst person. Malaysia people need to reform...baru boleh maju. Hidup BERSIH 3.0!!!

    BalasPadam