Jumaat, 16 Mac 2012

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS SARAWAK MEREPEK

Sangkakala terbaca didalam portal Harakahdaily artikel yang ditulis oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak yang mengatakan bahawa kerajaan perlu mengkaji semula undang-undang sivil yang ada sekarang dalam memastikan kadar jenayah terhadap kanak-kanak dapat dihapuskan.

Artikel ini lebih menjurus kearah kematian sadis arwah adik Dirang baru-baru ini. Apa yang menghairankan ialah, adakah kenyataan ini benar-benar ikhlas atau ada unsur-unsur politik didalamnya?

Bagi Sangkakala, ianya tidak lebih dari artikel politik yang mana ianya cuba menarik perhatian rakyat. Kita semua sedia maklum bahawa kes yang melibatkan kematian (bunuh) hukuman yang akan dijalankan keatas pembunuh tersebut adalah hukuman mati mandatori, ini bermakna hukuman ini adalah amat wajar dan setimpal dengan apa yang telah dilakukan oleh suspek keatas mangsa.

Jika dilihat kepada kenyataan artikel tersebut, ada hukuman lain yang lebih hebat selain dari hukuman tersebut dan apa pula hukumannya? Adakah hukuman lain selain dari hukuman mati mandatori yang lebih baik dalam menangani kes-kes sedemikian?

Sangkakala merasakan bahawa hukuman tersebut amat wajar dan jika di kembalikan kepada hukum Hudud seperti yang di tulis oleh penulis tersebut, rasanya hukuman yang sama akan dijalankan.

Jadi Sangkakala merayu supaya janganlah kematian adik Dirang dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang gilakan kuasa untuk memerintah. Sedekahkan Al-fatihah kepada arwah adalah jalan terbaik disamping berdoa supaya si pelaku dapat dibawa ke muka pengadilan dan sudah tentu hukuman setimpal bakal menanti si pelaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan