Jumaat, 16 Mac 2012

FITNAH PAKATAN TAKKAN BERAKHIR

Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan habis memfitnah kerajaan hinggalah mereka berjaya menjadi pemerintah. Ini dapat dilihat apabila tuduhan demi tuduhan dilemparkan terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas menampakkan mereka tidak mempunyai agenda lain selain mengaburi mata rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional telah memerintah negara selama lebih 50 tahun dan rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman dan damai serta harmoni.

Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai penduduk serta rakyat berbilang kaum yang mana semua berkerjasama dalam membantu menaikkan taraf ekonomi negara.

Adalah amat menyedihkan apabila ada segelintir pihak yang cuba untuk memusnahkan keharmonian ini dengan menabur fitnah terhadap kerajaan yang selama ini telah menabur bakti dalam usaha menaik taraf sosioekonomi rakyat.

Seperti semalam, ketua pembangkang telah mengeluarkan kenyataan di dalam keadilandaily yang mana beliau telah mengatakan bahawa ekonomi Malaysia merudum akibat dari gejala rasuah.

Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyampaikan ucaptama pada Public Relation World Congress di dubai semalam.

Bagi seorang rakyat Malaysia yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak seharusnya mengutuk negara ini di negara luar dan ini akan mengakibatkan pelabur-pelabur asing menjadi takut untuk melabur di Malaysia dan ini adalah satu kerugian terhadap negara.

Kita semua harus berfikir, jika Anwar menjaja nama Malaysia sebagai sebuah negara yang teruk, adakah jika Anwar dan kuncu-kuncunya memerintah perkara ini dapat di baik pulih sepenuhnya?

Sudah pasti jawapannya tidak dan jika pelabur-pelabur tidak lagi masuk ke Malaysia, negara ini akan mengalami kerugian yang besar dan seterusnya akan menjadikan negara ini sebagai negara miskin.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan