Ahad, 25 September 2011

JANGAN MELIHAT PADA ORANG CERMIN DULU DIRI SENDIRI




Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengatakan bahawa keris UMNO makan tuan dalam Harakah (akhbar rasmi PAS). Ini berikutan dengan isu hudud yang dibangkitkan oleh Mursyidul Am PAS (Datuk Nik Aziz Nik Mat tentang pelaksanaan undang-undang tersebut di Kelantan dan akan melaksanakannya di seluruh Negara jika Pakatan rakyat memerintah selepas PRU 13 nanti.

Beliau berkata demikian setelah 2 dari parti komponen BN bertindak mengeluarkan kenyataan akan keluar dari Barisan Nasional sekiranya UMNO yang menjadi tunggak kepada BNmenyokong Hudud.

Mungkin Mat Sabu lupa tentang kenyataan Karpal Singh yang juga Pengerusi parti DAP yang juga sebagai salah satu parti pakatan dalam Pakatan Rakyat. Karpal juga mengatakan bahawa negara islam yang di sebut-sebut oleh PAS tidak terkandung dalam buku jingga yang menjadi menifesto Pakatan Rakyat selama ni.

Hahaha..adakah kenyataan Karpal Singh itu menandakan bahawa roket (bendera DAP) telah menembak bulan (bendera PAS) hingga terbelah dua (bendera PKR).

Mat Sabu perlu bermuzakharah dengan DAP terutamanya Karpal Singh dalam isu Hudud yang di keluarkan oleh Nik Aziz. Jangan melihat pada UMNO kerana UMNO itu tunggak kepada BN dan beliau perlu lihat kepada PAS yang hanya mempunyai kerusi minority dalam Parlimen berbanding DAP dan PKR.
Jika PR memerintah sekali pun, dimana kedudukan Mat Sabu, Haji Abdul Hadi Awang, Mahfuz Omar dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain?

Adakah mereka ini semua akan diletakkan sebagai menteri-menteri berprofail rendah atau sekadar menjadi menteri yang menjaga kepentingan agama islam tetapi tidak boleh bersuara atau meluahkan pendapat kerana tidak mempunyai suara yang mencukupi? Seperti apa yang terjadi terhadap Datuk Hasan Ali di Selangor?

Karpal juga ada menyatakan dalam sidang akhbar di Pulau Pinang bahawa Mursyidul Am PAS itu hanyalah orang tua yang inginkan popularity atau mencari perhatian.

Sayang sekali apabila orang yang di agung-agungkan oleh pengikut PAS dikata sedemikian rupa oleh Karpal. Takde perasaan ke puak-puak ni?

Kepada pengundi atas pagar, sangkakala harap fikir-fikirkanlah sama ada mereka ini konsisten dalam pentadbiran atau tidak. Tapi apa yang nyata sekarang ini mereka hanyalah 3 buah parti yang berebut-rebut untuk mendapat kuasa.

Sangkakala juga amat yakin juka mereka ini menjadi kerajaan maka kemajuan tidak akan tercapai kerana mereka akan hanya berbalah sesama sendiri dalam menuntut siapa menjadi ketua.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan