Datuk Seri Chua Soi Lek (Presidan MCA) membuat kenyataan dalam laman social twitter miliknya hari ini mengatakan bahawa sekiranya UMNO menyokong hokum hudud dijalankan maka MCA akan bertindak keluar dari parti komponen BN.
Apa kena mengena antara parti tersebut dengan hukum islam yang dibangkitkan oleh PAS? Setahu kita, hudud hanya berkuatkuasa kepada orang islam dan bukan islam akan diambil tindakan oleh mahkamah biasa.
Nampaknya Datuk Seri Chua macam mengugut UMNO dalam situasi ini. Seperti tidak mempercayai kreadibiliti Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.
Sepatutnya beliau tidak boleh langsung campur tangan dalam urusan pentadbiran agama islam, sama ada hukum hudud mahu dilaksanakan atau tidak, itu adalah di bawah kuasa Kabinet dan sesiapa juga tak boleh campur tangan apatah lagi berbaur ugutan seperti itu.
Sangkakala mendesak supaya Datuk Seri Chua memohon maaf secara terbuka atas keceluparan mulut beliau. Sebagai ketua salah satu parti terbesar dalam komponen BN sikap beliau dengan mengeluarkan kenyataan begitu adalah kebudak-budakan dan menampakkan ketidak matangan beliau . Apatah lagi beliau mewakili kaum cina di Malaysia yang langsung tidak ada kena mengena dengan hukum hudud.
Mungkin dengan menyatakan kenyataan tersebut beliau merasakan bahawa UMNO akan tunduk kepada ugutan itu. Adakah dengan mengeluarkan kenyataan sebegitu boleh mengembalikan undi kaum cina yang kini semakin berkurangan terhadap BN? Adakah MCA hari ini cuba bertindak sebagai DAP yang menetang PAS dalam melaksanakan hukum tersebut?
Tak perlu dengan ugutan, sebahagian besar rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama menolak hukum hudud yang mana ianya tidak menampakkan keberkesanan dalam menegakkan keadilan. Dan belum masanya lagi kerajaan kita pelu melaksanakan hukum tersebut.
Ini amaran keras dari Sangkakala, jangan cuba bermain api kerana api yang kecil jika disiram dengan minyak, pasti akan menjadi besar, dan apabila ianya sudah menjadi besar maka untuk memadamkannya adalah amat sukar sekali. ini adalah sensitiviti agama islam dan biar pemimpin islam yang membuat keputusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan