Ahad, 24 April 2011

SELEBRITI TERKENAL SERTAI UMNO


Lagi selebriti terkenal menyertai UMNO.
Ipoh: Pengarah filem komedi ‘Hantu Kak Limah Balik’, saudara Mamat Khalid menyertai UMNO dalam satu Program ‘JOM MASUK UMNO’ yang berlangsung di Ipoh malam tadi. Program yang di anjurkan oleh Pergerakan Pemuda Ipoh Barat itu juga menerima borang keahlian Datuk AC Mizal dan isteri beliau Datin Emielda. Dalam majlis yang sama juga 500 orang pemuda turut menyerahkan borang keahlian sebagai ahli UMNO yang baru.
Menjawab pertanyaan bloggers, Saudara Mua’amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Haji Jamaluddin selaku Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat sebagai berkata, program ini akan di jalankan dari semasa ke semasa bagi mencari dan memberi peluang kepada seluruh pemuda-pemuda dalam negeri Perak khususnya dan didalam Malaysia amnya untuk menyertai Pergerakan Pemuda UMNO.
Menurut beliau lagi, selebriti-selebriti yang menyertai UMNO pada malam ini merasa terpanggil untuk sama-sama berjuang demi untuk menaikkan semangat para pemuda untuk terus menyokong kerajaan.
Kelihatannya disini, bukan pembangkang sahaja yang popular dikalangan artis buat masa kini. Ramai juga di kalangan para selebriti tak kira baru dan lama masih merasakan UMNO dan BN adalah parti kerajaan yang mampu memperjuangkan serta membela nasib rakyat. Antara selebriti veteran pula, kita telah menyaksikan seperti YB Senator Tan Sri Datuk Dr Jins Samsudin dan Datuk Aziz Singah telah dahulu menyertai UMNO dan telah sama-sama berjuang untuk mempertahankan Parti yang telah banyak memberi jasa kepada rakyat Malaysia.
Mungkin lepas ni Pak jabit (pelakon filem hantu kak limah balik) dan Bob Lokman pula akan merasa terpanggil untuk menyertai UMNO setelah menyertai PAS pada pilihanraya kecil DUN Merlimau baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan