Ahad, 24 April 2011

PRESIDEN GERAKAN BELIA 4B MENGAMUK

Nampak sangat pembangkang ni kurang ajar, bukan sahaja kepada perlembagaan yang di gubal bahkan pada Sultan juga mereka bersikap begitu. Bermula pada upacara angkat sumpah Datuk Seri Zamri Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak hingga ada yang berguling di tengah-tengah jalan dengan tujuan menghalang kenderaan Tuanku Sultan dari memasuki istana hinggalah membuat kecoh dalam sidang DUN pada tahun 2009 yang memaksa YAM Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah menunggu hampir 3 jam untuk merasmikan sidang DUN. Bukan itu saja malah mereka juga telah melanggar perlembagaan siding DUN dengan mengadakan Sidang DUN bawah pokok serta meletakkan tugu sebagai memperingati perjuangan mereka yang entah apa-apa
Baru-baru ini sekali lagi perkara yang sama telah terjadi dimana Nga Kor Meng (ADUN DAP) tidak memakai baju rasmi sidang DUN semasa Tuanku Raja Muda merasmikan sidang DUN. Ini bukan tidak disengajakan bahkan mungkin Nga Kor Meng merasakan Tuanku tidak ada apa-apa fungsi pada negeri Perak.
 Berikutan kejadian itu Saudara Mu’amar Ghadafi  Jamal bin Datuk Wira Haji Jamaluddin selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B negeri Perak yang juga Presiden gerakan Belia 4B Malaysia  telah membuat kenyataan semasa di temuramah oleh RTM.  Beliau menyifatkan bahawa  Nga Kor Meng selaku wakil yang dipilih oleh rakyat dia sepatutnya menghormati Dewan Undangan Negeri tambahan pula majlis tersebut dirasmikan oleh Raja Muda Perak. Beliau berkata lagi, jika semua ahli Yang Berhormat boleh memakai baju rasmi sidang DUN, kenapa tidak Nga? Ini menunjukkan Nga memang BIADAP dan tidak layak untuk menjadi wakil rakyat dengan kebiadaban yang dilakukan oleh beliau. Ghadafi berkata lagi bahawa Nga BIADAP terhadap Tuanku, BIADAP pada sidang DUN dan BIADAP pada perlembagaan.
Dalam kenyataan yang sama, mantan Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Wira Haji Jamaluddin  yang juga Pengerusi Persatuan kontraktor-kontraktor Melayu Perak pula menegaskan bahawa orang seperti Nga tidak layak berada didalam negeri Perak sekiranya beliau tidak menghormati Kesultanan dan perlembagaan negeri ini. Beliau juga menyifatkan Nga sebagai orang yang KURANG AJAR.
Apa yang patut dilakukan disini, pihak berwajib perlu mengambil tindakan dengan menarik kerakyatan Nga atas sebab beliau langsung tidak menghormati institusi Kesultanan negeri ini. Memang dasar parti pembangkang ni mungkin akan sentiasa menderhaka kepada Sultan, kerana Sultan itu lambang ketuanan Melayu.SINGKIRKAN NGA KOR MENG DARI BUMI PERAK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan