Jumaat, 21 Disember 2012
MAZLAN ALIMAN PERLU BERTANGGUNG JAWAB @NajibRazak
Pada 7 Ogos lepas, kesemua mereka yang juga peneroka felda Wilayah Jengka, Bandar Jengka, memfailkan saman itu terhadap Najib berhubung ucapannya yang didakwa mengaibkan dan menghina mereka berkenaan dengan perkataan 'Durian Runtuh'.
Bayangkan, dari pada begitu ramai peneroka Felda, hanya mereka ini sahaja yang memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, ini juga menunjukkan betapa puak Pakatan Rakyat tidak mendapat sambutan rakyat dalam fitnah mereka.
Merujuk kembali kisah tersebut, mereka mendakwa bahawa ucapan Perdana Menteri di hadapan lebih kurang 40,000 orang itu antara lain membawa maksud mereka adalah pengkhianat, tidak bermaruah, tidak jujur dan tidak setia dalam perjuangan.
Hanya 8 orang yang memfailkan saman, tapi diluar mahkamah pula terdapat kira kira 600 orang mewakili seluruh peneroka Felda menunggu menyokong Perdana Menteri berkumpul bermula kira-kira 8 pagi dengan membawa sepanduk antaranya bertulis "Kami sokong PM".
Mahkamah juga memerintahkan plaintif (peneroka) membayar RM3,000 setiap seorang kepada defendan (Perdana Menteri). Persoalannya ialah, duit 'Durian Runtuh' yang diberikan oleh Felda kepada peneroka peneroka yang memfailkan saman ini habis digunakan untuk kepuasan puak pembangkang.
Sudah sudah le jadi alat atau perkakas kepada pembangkang, tidak ada keuntungan yang mampu diberikan oleh pembangkang melainkan merugikan para peneroka, Mazlan Aliman yang beriya iya untuk menentang penyenaraian FGVH sehingga saman ini dibuat harus bertanggungjawab dan seharusnya membayar kos yang diperintahkan oleh mahkamah tersebut.
Psstt..jangan mau lari haa..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Khamis, 20 Disember 2012
LAMA AZAN MENGHILANG KINI MUNCUL SEMULA @mohdsharkar @MBPahang @SuffianAwang1
Azan yang Sangkakala sebut kali ini ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang begitu lama menyepi, tiba tiba muncul dan memperkatakan tentang aliran wang keluar pada tahun 2010 mengigau ke Ahli Parlimen PKR ni agaknya, tak tentu pasal tiba tiba cerita pasal ekonomi.
Kemana suara Azan ini sekian lama sehinggalah sampai masa dah hampir dengan pilihanraya umum baru beliau keluar menjengah, agaknya ini yang dikatakan wakil rakyat PRU, bila dah dekat dengan tempoh mengundi barulah lantang bersuara mengeluarkan pelbagai kenyataan kononnya mereka hebat dalam memperjuangkan nasib rakyat secara umumnya.
Sangkakala sendiri pernah bertanya kepada seorang rakan yang kebetulan adalah penduduk serta pengundi di kawasan Azan Ismail, rakan Sangkakala mengakui bahawa Ahli Parlimen ini tidak menjalankan tanggungjawab dikawasan beliau di Indera Mahkota sepertimana yang diharapkan oleh rakyat.
Jadi Sangkakala rasa, Yb Azan teruskan dengan menyepikan diri, jangan nak jadi hero saat akhir.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
LAGI WARGA EMAS DI PERMAINKAN @mohdsharkar @MBPahang @SuffianAwang1
Ini semua sebenarnya hanyalah mainan dari pembangkang yang iri hati dengan kemajuan yang bakal dibawa oleh kerajaan ke kawasan tersebut.
Hakim Datuk Ramly Ali, yang mengetuai panel hakim dalam tuntutan berkenaan berkata, mahkamah itu mendapati hakim Mahkamah Tinggi bertindak betul di sisi undang-undang dan dari segi fakta apabila beliau menolak permohonan penangguhan mereka.
Penduduk terbabit -- Tan Bun Teet, 64, Syed Talib Syed Sulaiman, 60, dan Hasimah Ramli, 44, memfailkan permohonan bagi mendapatkan semakan semula kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan bagi mengetepikan keputusan LPTA pada 30 Jan tahun ini dan keputusan menteri berkenaan pada 13 Jun berhubung kelulusan TOL kepada LAMP.
Cuba kita lihat 2 dari pada 3 orang yang memfailkan permohonan tersebut adalah warga emas yang mungkin tidak tahu apa apa tentang Lynas, kemungkinan mereka ini telah ditakut takutkan dengan cerita seperti letupan Atom di Hiroshima dan Nagasaki dalam perang dunia ke 2, jadi mereka ini sanggup untuk memfailkan permohonan demi untuk keselamatan anak cucu mereka sedangkan Lynas telah disahkan selamat oleh pakar Nuklear dan mempunyai kadar radiasi dibawah paras yang dibenarkan.
Mahkamah itu juga memerintah penduduk berkenaan membayar RM20,000 sebagai kos kepada semua responden, yang terdiri daripada menteri berkenaan, LPTA, Lynas Corporation Ltd (sebuah syarikat Australia) dan Lynas Malaysia Sdn Bhd.
Panel itu membuat keputusan berkenaan setelah mendengar hujah yang dikemukakan peguam Datuk Bastian Pius Vendargon yang mewakili penduduk terbabit, Tan Sri Cecil Abraham, yang mewakili Lynas dan peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili menteri berkenaan dan LPTA.
Kan ke dah kena bayar pasal perkara tu, nanti boleh le kata kerajaan ambil duit rakyat untuk prosiding mahkamah, sudah sudah le buat kerja bodoh macam tu, pakar nuklear dari PAS pun tak keluarkan kenyataan yang mengatakan Lynas tu bahaya, kenapa perlu ikut telunjuk si Fuziah Saleh tu? Dia bukan tau apa pun dalam bidang Nuklear atau pun Atom.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
SANGKAKALA CABAR @chegubard TUNJUKKAN BUKTI @Armand_PJU
Semalam dalam portal Keadilan Daily pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui ketua penyelarasnya iaitu saudara Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard telah menuduh UMNO dan Barisan Nasional sebagai ejen propaganda yang boleh mencetuskan pergaduhan antara kaum.
Boleh baca artikel fitnah dalam link dibawah
http://bit.ly/R5sqGs
Nampak sangat CheguBard ni mencari publisiti murahan dengan mengeluarkan kenyataan fitnah sebegitu, Sangkakala mencabar CheguBard supaya menunjukkan bukti bahawa khidmat pesanan ringkas atau SMS berantai yang dihantar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Sangkakala juga nak nasihatkan pada mantan ketua AMK tak jadi ni, kalau nak cari publisiti atau populariti, cari lah dengan jalan memberi khidmat kepada masyarakat, bukan dengan budaya fitnah yang tiada kesudahan.
Sangkakala juga teringat apabila saudara Armand telah pergi ke Bukit Aman setelah mendapat tahu bahawa si bangang CheguBard ini ingin menghantar memorandum ucapan terima kasih dan tahniah (kalau tak silap) kepada pasukan PDRM, dan disitu CheguBard telah diberi sedikit kata kata amaran supaya tidak mewujudkan api kemarahan rakyat.
Kejadian tersebut terlerai apabila pasukan Polis DiRaja Malaysia begitu bijak menangani situasi dan dengan pantas bertindak agar ianya tidak menjadi lebih parah dan berlanjutan.
Sekali lagi Sangkakala mencabar CheguBard untuk membuktikan bahawa SMS yang dihantar oleh pihak berkenaan didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
KHALID IBRAHIM PUCAT KETAKUTAN @nohomar
Khalid yang terdesak ketakutan telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa tiada lagi perobohan yang akan dibuat oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPS) selepas ini berhubung pembinaan altar Hindu di kawasan tersebut.
Tapi jika dilihat dari segi undang undang, setiap penambahan struktur atau pengubahsuaian sesebuah bangunan perlu mendapat kelulusan PBT dan sekiranya ia tidak mendapat kelulusan, maka PBT kawasan tersebut berhak untuk merobohkan struktur bangunan yang dibina.
Tapi kenapa dalam kes ini, Khalid boleh lagi bertolak ansur serta sanggup untuk berjanji bahawa perkara atau insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi, adakah ianya disebabkan oleh desakan dari kepimpinan DAP dan pemimpin ahli parlimen Kapar yang berbangsa India.
Maaf kalau ada yang menganggap kenyataan Sangkakala ini sedikit perkauman, namun bukan itu yang Sangkakala maksudkan, tapi keadilan serta undang undang perlu ditegakkan demi untuk kebaikan semua rakyat Selangor.
Sangkakala lihat seperti ada pilih kasih diantara Khalid dengan rakyat, teringat pula al-kisah bekas Exco Agama Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat kerana mendapat tentangan dari ADUN Selangor Ronnie Liu sedikit masa dulu kan?
Adakah Khalid juga risau akan mendapat nasib yang sama sepertimana Hasan Ali terima?
Kalau dah Menteri Besar tapi tiada pendirian, lebih baik Khalid letakkan sahaja jawatan yang disandang, tiada guna menjadi ketua pentadbiran jika ada suara suara lain menjadi bayangan pemerintahan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PATUTLAH ANWAR BERIYA PERTAHAN BJ HABIBIE @DrRaisYatim
Perkara ini dilihat setelah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mengluarkan artikel berkenaan dengan Mantan Presiden Indonesia BJ Habibie yang disamakan dengan beliau.
Anwar juga menggesa agar UMNO mendesak Utusan Malaysia dan Tan Sri Zainuddin Maidin memohon maaf secara terbuka ekoran tulisan bekas menteri penerangan itu dalam akhbar milik parti itu, yang mengandungi kecaman terhadap beberapa pemimpin Indonesia.
Anwar sengaja mengambil kesempatan diatas artikel tersebut untuk menunjukkan kepada Indonesia bahawa beliau amat perihatin namun rakyat Malaysia tidak mungkin akan melupakan insiden dimana bendera Jalur Gemilang dibakar di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia sikit masa dahulu.
Kalau nak cari perhatian pun agak agak le Abang Non, jangan le semua nak dipolitikkan, macam macam kecaman dan hinaan pernah dilemparkan oleh rakyat Indonesia terhadap kepimpinan negara kenapa Abang Non diam seribu bahasa?
Kalau agak agak nak sangat baik dengan Indonesia tu, pegi duduk sana jadi presiden.
Tapi Sangkakala terlupa pula, Sukma kan orang Indonesia, patut padanlah Anwar beriya iya mempertahankan Mantan presiden kekasih hatinya kan?
Bagi Sangkakala, Tan Sri Zainuddin tak perlu tarik balik artikel beliau sebab Indonesia juga tidak pernah meminta maaf terhadap apa juga yang dilakukan oleh rakyatnya dalam mengutuk serta mencela kepimpinan kerajaan Malaysia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Rabu, 19 Disember 2012
PAS TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI
Beliau (Tan Sri Harussani) memberikan kenyataan dalam nada yang agak tegas bahawa beliau tidak akan berdiam diri sekiranya satu satu perkara itu melanggar hukum syarak, isu ini bermula apa bila Harussani menyatakan bahawa Hadi Awang yang kini Presiden PAS memohon maaf kepada UMNO dan rakyat Malaysia kerana bertindak mengeluarkan amanat yang telah mengkafirkan UMNO sekaligus pengikut pengikut UMNO.
Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga dilihat menempelak PAS yang kini dilihat begitu mengikut telunjuk DAP serta lari dari matlamat asal mereka untuk menegakkan Agama Islam di negara ini.
Perkara yang paling mengecewakan rakyat Malaysia kelihatan apabila PAS melakukan solat hajat dengan mendoakan kecelakaan menimpa UMNO serta pengikut UMNO sedangkan pengikut UMNO itu sendiri adalah dari golongan orang Melayu beraga Islam.
Bukan sahaja ahli UMNO, bahkan ada diantara pengikut pengikut PAS sendiri sudah dapat merasakan bahawa parti serta kepimpinan parti tersebut sudah jauh terpesong dari landasan perjuangan PAS.
Semuanya adalah gara gara amanat Haji Hadi yang terdahulu yang mana ianya masih lagi digunakan oleh pengikut pengikut tegar PAS sebagai panduan hidup mereka, ada yang sanggup melakukan akad nikah 2 kali kerana tidak yakin dengan jurunikah kerajaan, ada yang bercerai berai kerana fahaman politik yang berbeza, ada yang berimamkan dua orang imam dalam satu masjid, ada yang tidak mengaku anak, ada yang mengharamkan saudara kandung untuk datang menlawat, semuanya adalah kerana gara gara amanat tersebut.
Namun PAS dengan angkuhnya pada hari ini masih lagi mengatakan bahawa mereka adalah benar dan tidak mempunyai apa apa kesalahan serta kesilapan, dan apa bila ada ulama atau mufti membuat teguran maka mereka disuruh berdiam diri kononnya mereka ini tidak tahu akan sejarah politik tanah air.
Jika ini dibiarkan, Sangkakala yakin, sekiranya Pakatan menjadi kerajaan maka semua kata kata ulama ini tidak akan diguna pakai lagi demi kepentingan politik mereka, adakah berjaya mereka (PAS) dalam meperjuangkan agama islam sekiranya kata kata ulama ini tidak diterima dan mereka ini disuruh diam semua?
LAJIM UKIN TERBELIT JERAT SENDIRI
Selasa, 18 Disember 2012
ZAHID PENTINGKAN KESIHATAN RAKYAT
Namun atas dasar rasa tanggungjawab terhadap rakyat, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menghantar pegawai perubatan untuk memberikan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk di sekitar kawasan parlimen beliau.
Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan melalui ahli parlimen Barisan Nasional sentiasa mengambil berat tentang keadaan sekeliling.
Orang yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan perubatan secara percuma ini ialah Doktor Nik Mohd Azli Nik Ariffin yang juga merupakan Pengerusi Gerakan Belia 4B kawasan Bagan Datoh.
Menurut beliau, Datuk Seri Ahmad Zahid mengarahkan beliau setiap minggu untuk memberikan perkhidmatan tersebut kepada masyarakat sekeliling parlimen Bagan Datoh demi untuk memastikan kesihatan rakyat berada di tahap yang sebaik mungkin.
Menurut Doktor Nik lagi, program ini telah dijalankan sejak tahun 2009 lagi dimana Datuk Seri Ahmad Zahid akan memberikan bantuan berupa ubat ubatan atau kerusi roda mengikut keperluan pesakit.
Ikuti perkembangan setiap sessi pemeriksaan kesihatan ini dalam blog Sangkakala pada setiap minggu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PAS DAH MULA RISAU BILA RAHSIA TERBONGKAR
Untuk bacaan lanjut sila klik dipautan ini
http://bit.ly/U60ZvU
Dengar cerita pasal tanah yang di anugerahkan kepada sebuah syarikat oleh kerajaan Kelantan.
Cemana Nik Aziz ni, boleh ke kalau cara macam tu? Apa pun kita biarkan pihak berkuasa jalankan siasatan, tapi Sangkakala rasa tak patut sangat pemimpin islam berbuat perkara sebegini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PAS TAKUT DENGAN KENYATAAN MUFTI
Beliau berkata begitu setelah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.
Bagi Sangkakala, mufti tersebut mengambil pendekatan bahawa Hadi Awang telah mengkafirkan saudara sesama islam dan ini bertentangan dengan hukum syarak.
Kata Harun, PAS akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan Umno semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad).
Apa kena mengena akidah seorang islam yang mengkafirkan orang Islam yang lain tu dengan sejarah? Adakah itu cara PAS mengajar pengikut pengikutnya?
Menurut Harussani, tidak mudah untuk meletakkan orang itu kafir dan, perkara itu sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.
Wan Zahidi pula berkata, amanat tersebut tidak berbahaya kepada Umno sebaliknya kepada diri Hadi sendiri.
Amanat Abdul Hadi merujuk kepada satu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Ucapan Abdul Hadi telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas Pas sekitar tahun itu.
Ternyata PAS sudah tidak lagi mengikut landasan perjuangan mereka yang sebenar atau yang terdahulu, kini PAS dilihat boleh menyelar serta mengutuk ulama ulama yang menegur cara kepimpinan mereka berpolitik.
GUAN ENG TIDAK UNDI CALON MELAYU DALAM DAP
Masih lagi berani LGE kata macam tu sedangkan bukti telah menunjukkan bahawa kesemua calon Melayu semasa pemilihan tersebut kecundang, begitu juga calon dari kalangan kaum India, yang ada cuma Cina dan Singh.
Itu yang dikatakan oleh LGE sebagai demokrasi? tapi untuk menutup segala kelemahan tersebut, dua orang Melayu bangang dilantik sebagai CEC dalam parti tersebut.
Sangkakala yakin bahawa semua ini adalah konspirasi dalaman DAP, mungkin mereka serik dengan kenyataan yang pernah di keluarkan oleh naib Pengerusi DAP sikit masa dulu.
Hari ni untuk menutup semua cerita tu dan untuk mengelakkan dari terus di beri persepsi buruk oleh ahli Melayu DAP LGE keluarkan kenyataan yang nampak sangat membohong, entah entah LGE sendiri tak mengundi calon Melayu semasa pemilihan tersebut.
Kalau DAP benar benar telus dan ikhlas terhadap Melayu, kenapa undi secara angkat tangan tidak di buat? biar semua orang nampak dan tahu berapa ramai yang undi dan sokong.
KERAJAAN BARISAN NASIONAL JANGAN TERLALU LEMBUT
Sangkakala ada bertanya pada beberapa orang rakan, agak agak meraka siapa yang buat klipvideo yang Sangkakala maksudkan, rata rata meraka memeberi pendapat bahawa ianya dibuat oleh pelajar pelajar IPTA atau IPTS yang mempunyai aliran matapelajaran berkenaan.
Teringat pula dengan kisah Namewee satu masa dulu yang mengubah lagu Negaraku yang mana kemudiannya diberi penajaan oleh kerajaan dalam pembikinan filem nasi lemak 2.0. Setelah mendapat penajaan, beliau mengubah pula lagu Rasa Sayang dan memuji muji kerajaan.
Apakah kerajaan kita pada hari ini perlu digemparkan dengan kisah kisah begitu dan seterusnya memberikan apa yang mereka inginkan supaya mereka tidak melakukan lagi perkara perkara seperti ini?
Amat mendukacitakan sekali bukan? sekarang dah ada pula videoklip yang terang terang mengutuk kepimpinan kerajaan dan Sangkakala masukkan video tersebut dalam blog Sangkakala ni untuk tunjukkan betapa segelintir orang orang cina khususnya anak muda yang menyokong DAP biadap terhadap kepimpinan Melayu.
![]() |
| klik gambar untuk video |
Sudah sampai masanya untuk kerajaan bersikap tegas, jangan hanya memberikan amaran demi amaran hingga mereka ni semua naik tocang dan pijak kepala kita orang orang Melayu.
Anak anak cina ni seolah olah terlalu mencabar kesabaran orang orang Melayu, tapi nak buat macam mana sebab ada segelintir Melayu bangang yang ditolak secara terang terangan dalam DAP masih lagi jilat ludah cina DAP ni kan.
Ahad, 16 Disember 2012
BN YOUTH JOB FAIR APA PULA FUNGSI KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Walaupun program ini telah lama berakhir, namun baru sekarang Sangkakala terfikir, apa pula fungsi Kementerian Sumber Manusia yang menjadi kementerian yang sepatutnya menjalankan program ini.
Adakah Menteri di Kementerian tersebut YB Datuk Seri Dr S. Subramaniam tidak mempunyai idea atau tidakkah beliau terfikir untuk melakukan sesuatu seperti ini demi membantu anak anak muda untuk mendapatkan pekerjaan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran di dalam negara?
Satu masa dulu Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Rakyat ada juga memanggil syarikat untuk menemuduga bakal bajal pekerja lepasan SPM untuk bekerja di pelbagai sektor. Namun kini semua tu dah takde lagi rasanya.
Jika nak dikatakan ianya tidak mendapat sambutan dari pelbagai pihak, Sangkakala lihat begitu ramai anak anak muda yang melawat serta mendaftar untuk mendapatkan pekerjaan sepanjang program BNYJF dijalankan di seluruh negara baru baru ini dan ada juga kedengaran bahawa rata rata anak anak muda ini amat berpuas hati dengan program tersebut.
Bagi Sangkakala, sekiranya Menteri tersebut hanya mempunyai keinginan untuk menjadi Menteri dan berjawatan dalam kabinet, ini adalah liabiliti sebenar dalam Barisan Nasional.
Rata rata ahli Barisan Nasional tidak kira dari UMNO MIC MCA dan parti komponen lain memerlukan seorang Menteri yang tau masalah rakyat serta kreatif dalam usaha menyelesaikannya.
Satu lagi, ada tak Kementerian Sumber Manusia memberi apa apa bantuan untuk menjayakan BNYJF selama ianya berlangsung atau hanya datang sebagai undangan untuk bersama sama Perdana Menteri merasmikan program tersebut.
Sangkakala juga ada mendengar ura ura bahawa Menteri di Kementerian Sumber Manusia juga menolak untuk memberikan bantuan kewangan yang dijanjikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia kepada CCAM sebuah badan bukan kerajaan yang mana badan bukan kerajaan ini mempunyai peluang pekerjaan sebagai penyambut tetamu atau operator panggilan telefon sebanyak lebih dari 20'000 kekosongan dan badan bukan kerajaan ini juga dikatakan berusaha untuk menjaga kebajikan pekerja di bawah rangkaian sektor yang mereka naungi.
Apa yang menjadi bahan ketawa pula ialah, apabila Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Zainal Rahim bin Seman telah memanggil Presiden CCAM ini untuk berjumpa dan beliau mengatakan bahawa CCAM tidak ada kena mengena dengan Kementerian mereka, bahkan beliau pula dengan mudah menolak agar CCAM pergi berjumpa dengan Kementerian Pelancongan, KSU sendiri pun tak tau ke fungsi Kementerian Sendiri dengan Kementerian orang lain? Mungkin ada arahan dari pihak atasan sampai KSU keluarkan kenyataan bodoh macam tu agaknya ye.
Jika ini amalan yang digunapakai oleh Kementerian, rasanya ramai anak anak muda yang akan ketinggalan dalam bidang pekerjaan selagi ada Menteri yang Sangkakala lihat tidak boleh mencapai KPI seperti yang diminta oleh Perdana Menteri kita satu masa dulu.
Pssssttt.. baik tutup je la kementerian ni kalau dah nak jaga diri sendiri je..
PERLANTIKAN CEC DALAM DAP HANYA RETORIK
Apa yang dapat Sangkakala katakan disini ialah, perlantikan ini hanyalah retorik semata mata kerana untuk mengaburi mata orang atau pengundi Melayu.
2 orang Melayu ini dilantik dan bukan memenangi kerusi dan ini jelas membuktikan bahawa kedua dua mereka harus akur dengan gesaan yang dilakukan oleh DAP semata mata kerana kedudukan mereka yang harus dijaga.
Kita semua juga dapat melihat bahawa, 2 orang ini bukanlah pejuang yang akan menjaga kebajikan orang Melayu walaupun Setiausaha Agung parti itu mengatakan, meraka ini dilantik berdasarkan kebolehan mereka.
Takkan Lim Guan Eng sahaja yang nampak kebolehan mereka, sedangkan yang lain lain tu tak nampak, seramai 2000 lebih perwakilan dalam kongres, namun hanya beberapa orang sahaja yang nampak semua tu? Agak mustahil juga kan?
Sangkakala menyeru kepada semua supaya jangan lagi mempercayai tindakkan DAP yang hanya mahu menggula gulakan pengundi dan mengaburi mata rakyat.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
CINTA PAS PADA DAP HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG SORONG
sorong itu lah perumpamaan yang paling tepat buat PAS pada masa ini, seolah olah kucing jalanan yang meminta makanan, sanggup mengesel geselkan badan pada kaki manusia walaupun disepak berkali kali.
Apa maksud Sangkakala?
Cuba kita lihat insiden yang berlaku semalam semasa kongres DAP Kebangsaan yang di adakan di Pulau Pinang, kesemua calon dari kalangan orang Melayu telah kecundang kerana tidak mendapat sokongan dari perwakilan.
Ada juga yang diakatakan hanya mendapat 30 undi dan mungkin itu adalah undi perwakilan Melayu didalam kongres tersebut.
Berbeza pula dengan PAS yang terhegeh hegeh atau beriya iya mahu menunjukkan yang mereka telus dalam semua perkara termasuklah menjaga orang bukan Melayu dan bukan Islam dengan tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat.
Kenapa DHPPP ini ditubuhkan? Untuk menjaga kepentingan orang bukan Islam? Atau mereka juga dihantar oleh DAP untuk memastikan bahawa PAS tidak sewenang wenangnya melakukan sesuatu seperti menyaman atau menjatuhkan hukuman denda kepada orang bukan Islam yang melakukan kesalahan?
Ketua DHPPP, Hu Pang Chaw berkata semalam di Sinar Harian, keadilan untuk orang bukan Islam tetap menjadi salah satu daripada tanggungjawab yang perlu dijaga.
Tugas utama DHPPP adalah untuk mewakili rakyat bukan Islam negara ini dan kami bertanggungjawab atas segala perbincangan yang melibatkan isu-isu berkaitan, kata beliau lagi.
Menurutnya juga, isu yang melibatkan remaja bukan Islam baru-baru ini bukanlah sesuatu yang perlu dihebahkan, sebaliknya hanya memerlukan perbincangan dan penjelasan yang jelas daripada pihak yang sepatutnya.
Sebelum ini, dua remaja lelaki Cina disaman Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana didakwa berkelakuan tidak senonoh berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.
Beliau berkata, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan yang mempertahankan tindakan MPKB itu sebagai tidak adil.
Nampak kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DHPPP tu? Tidakkah melambangkan bahawa mereka juga rasis sama seperti DAP?
Adakah pemimpin PAS jenis manusia yang tidak tahu malu hingga 'diludah' sebegitu masih lagi mahu bekerjasama dengan DAP? Tidakkah mereka ini mempunyai perasaan cintakan bangsa langsung agaknya.
PAS perlu mengkaji semula apa kebaikan mereka bersama sama dengan DAP, jika hanya kerana tamakkan kuasa, mungkin satu kesilapan besar telah berlaku, maka ahli ahli PAS perlu mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga hak kita semua sebagai orang orang melayu dan seterusnya menjaga hak agama seperti yang dipertahankan oleh UMNO selama ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PAS BUTA ATAU BUTAKAH PAS
Hari ini berakhir sudah kongres Kebangsaan DAP dimana kita melihat bahawa parti DAP sememangnya bersikap rasis dan bagi mereka tidak ada tempat untuk golongan Melayu yang boleh duduk sebaris dengan kepimpinan mereka.
Perkara ini sebenarnya boleh menjadi panduan kepada orang orang Melayu terutamanya PAS dan orang Melayu dalam PKR.
DAP tidak akan sesekali membiarkan Melayu itu mempunyai kuasa dan telah dizahirkan di dalam kepimpinan parti mereka ini.
Ketujuh tujuh calon yang bertanding di Kongres tersebut menemui jalan kekalahan bukti atau tanda bermulanya revolusi penolakan Melayu dalam parti rasis tersebut. Adakah ini menjadi contoh kepada PAS yang mahu manjadikan DAP sebagai rakan kongsi dalam mencapai hasrat untuk memerintah?
Jika dalam parti sudah ditidakkan suara orang Melayu, apakah setelah menjadi kerajaan DAP akan memberikan peluang kepada Melayu? Sudah pasti tidak rasanya.
Seperti didalam kongres pada siang tadi juga, DAP mengiktiraf bahawa mereka akan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya.
Ini kemungkinan besar juga kerana mereka meletakkan Anwar sebagai ketua pembangkang di dewan parlimen sekaligus mengatakan bahawa Anwar adalah ketua bagi pakatan pembangkang.
Tapi apa yang menghairankan ialah, kenapa kongres tersebut tidak dirasmikan oleh Anwar Ibrahim seperti mana yang dilakukan oleh parti komponen Barisan Nasional yang sedaya upaya meminta supaya Perdana Menteri merasmikan Mesyuarat Agung tahunan mereka?
Adakah ini juga tanda bahawa Anwar bukanlah pilihan mereka dan mereka sebenarnya tidak mengiktiraf Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat dan kedudukan itu hanyalah untuk meraih undi dari pengikut pengikut yang membabi buta menyokong meraka?
Apa yang kita lihat ialah, DAP akan cuba menyisihkan Melayu dalam parti dan ini juga akan terjadi sekiranya mereka memerintah, dan para pembaca jangan terkejut sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau juga akan dihalau keluar dari komponen Pakatan Rakyat dan mungkin mereka pula akan menyumbat beliau kedalam penjara.
Kerana apa? kerana mereka dahagakan kuasa yang selama ini menjadi idaman mereka, jadi kepada melayu melayu yang berada didalam DAP PAS serta PKR, fikir fikirkanlah apa yang perlu anda lakukan demi menjaga hak Melayu di tanah air ini.
Kita lihat jumlah undi yang dimenangi oleh kaum keluarga Karpal serta Lim kit siang seperti yang di bawah.
1 LIM KIT SIANG 1607
2 LIM GUAN ENG 1576
3 KARPAL SINGH 1411
4 CHONG CHIENG JEN 1211
5 LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) 1202
6 WU HIM VEN (VINCENT) 1202
7 TAN KOK WAI 1199
8 GOBIND SINGH DEO 1197
9 PUA KIAM WEE (TONY) 1162
10 TENG CHANG KHIM 1152
11 FONG KUI LUN 1137
12 NGA KOR MING 1075
13 CHONG ENG 1006
14 CHOW KON YEOW 986
15 LIEW CHIN TONG 984
16 M. KULA 984
17 BOO CHENG HAU 958
18 KOK SUH SIM (TERESA) 925
19 TEO NIE CHING 903
20 NGEH KOO HAM 824
pssstt..ada ke nama Melayu kat situ?
Sabtu, 15 Disember 2012
KERAJAAN SELANGOR LINTAH DARAT
Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri itu tidak ubah seperti lintah darat yang menyedut segala pemilikan yang ada oleh rakyat negeri itu secara tidak langsung.
Sangkakala umpamakan begitu kerana jika seseorang individu terbabit tidak melunaskan cukai pintu tersebut, maka MBSA akan menyita premis hingga membuatkan pemilik terpaksa berhutang atau bergolok gadai demi melunaskan cukai tersebut.
Ini kah yang dikatakan kerajaan berkebajikan yang diwar warkan oleh pakatan selama ini? Adakah ini cara kerajaan negeri Selangor ingin menutup segala kerugian kerajaan negeri? Atau adakah ini salah satu cara kerajaan Selangor nanti akan mengatakan behawa negeri tersebut mencapai keuntungan yang berlipat ganda dengan memerah keringat rakyat Selangor?
Melalui rekod, ada penduduk yang membayar cukai pintu kepada MBSA berjumlah RM1,470 bagi tahun 2011, dan jumlah itu meningkat menjadi RM5,512 pada tahun berikutnya, serta notis baharu yang diterima adalah berjumlah RM23,040 bagi tahun 2013.
Kalau ini menjadi amalan kerajaan negeri Selangor, sudah pasti ramai rakyat di negeri itu akan kehilangan harta mereka kerana akan dirampas oleh kerajaan negeri ekoran kegagalan membayar cukai.
Sama juga dengan apa yang terjadi kepada penduduk penduduk yang merupakan peneroka Felda Sungai Buaya Ulu Selangor yang mana tanah mereka dirampas oleh kerajaan negeri ekoran mereka gagal untuk membayar cukai hasil tanah selama 3 tahun (pakatan memerintah) sedangkan selama tujuh tahun sebelum itu (semasa kerajaan Barisan Nasional) tanah milik peneroka ini tidak dirampas walaupun seinci. Alasan yang diberi oleh kerajaan Pakatan Selangor ialah, peneroka tidak membayar cukai hasil tanah selama sepuluh tahun sedangkan mereka baru memerintah selama tiga tahun pada ketika itu.
Inilah yang akan dialami dan akan terus dirasai oleh rakyat Selangor selagi kerajaan Pakatan ini menjadi pemerintah di negeri tersebut. Ayuh kita tolak kerajaan Pakatan, berikan mandat penuh kepada Barisan Nasional untuk kesejahteraan kita di masa hadapan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
SEJAUH MANA IMAN PENGIKUT PAS
Namun sejauh mana ahli PAS atau kepimpinan PAS itu sendiri menyedari tentang iman mereka?
Sangkakala tidaklah mengatakan bahawa Sangkakala ni orang yang penuh dengan keimanan, tapi jika dilihat dari pelbagai sudut, orang orang atau pengikut serta pemimpin PAS juga adalah manusia biasa, dan tidak lari dari sesuatu yang boleh mendatangkan kegoyahan iman.
Ada juga orang menyebut, semakin tinggi ilmu agama seseorang, maka semakin kuat dugaan yang perlu ditempuhi dan semakin kuat syaitan itu cuba mengalih tumpuan mereka kearah jalan yang dimurkai oleh Allah.
Seperti yang terjadi baru baru ini, pengikut PAS sanggup mendoakan saudara sesama Islam didalam UMNO mendapat musibah atau kecelakaan, adakan ini melihatkan bahawa pengikut serta pemimpin PAS mempunyai keimanan yang tinggi?
Sangkakala pernah di beritahu oleh seorang bekas muslimah PAS yang telah meninggalkan parti itu kerana menurut beliau, pengikut serta pemimpin PAS hanya alim dari segi luaran, tapi tidak dari dalam jiwa mereka sendiri.
Walaupun tidak semua yang mempunyai perangai sebegitu, namun sebagai penyokong kepada sebuah parti, itu adalah moral yang tidak baik dan menampakkan bahawa PAS tidak memberi pengajaran tentang keagamaan kepada pengikut pengikutnya dan PAS hanya memberikan pelajaran politik.
Bagaimana kepimpinan parti ini mempunyai keyakinan sekiranya mereka bersama sama pakatan rakyat memerintah maka kejadian maksiat dan sebagainya dapat dihapuskan jika ahli mereka sendiri tidak mempunyai keimanan yang tinggi serta mencukupi?
Kita dapat juga melihat, beberapa kejadian yang melibatkan kepimpinan tertinggi PAS serta PKR yang mempunyai moral yang begitu teruk hingga ditangkap berkhalwat dan sebagainya.
Adakah ini kepimpinan yang bakal mencorak negara ini sebagai sebuah negara Islam? Mampukah mereka merialisasikan apa yang mereka kata mereka inginkan kelak?
Tambahan pula sekarang, Sangkakala lihat DAP cuma mengatakan bahawa PAS adalah rakan politik yang baik, tetapi DAP tidak menyatakan bahawa mereka setuju untuk memberikan jawatan tertinggi kepada PAS.
Sangkakala ingat lagi sewaktu PRU12, di negeri Perak, setelah pakatan memenangi majoriti kerusi DUN maka telah terjadi sedikit kekeliruan terhadap kepimpinan kerajaan negeri ketika itu.
PAS cuma memenangi 6 kerusi dan DAP pula memenangi 18 kerusi, oleh kerana undang undang tubuh kerajaan negeri hanya akan melantik Menteri Besar, maka jawatan tersebut telah diberikan kepada PAS.
Namun apa yang terjadi ialah, PAS hanya menjadi boneka yang disusun atur perlakuannya hingga membuatkan beberapa orang ADUN bertindak keluar dari parti dan menjadi ADUN bebas seterusnya menyokong Barisan Nasional untuk menerajui pemerintahan negeri.
Ini juga kita akan lihat sekiranya Pakatan memenangi PRU13 nanti. Sudah pasti akan terjadi perbalahan disitu.
Berbalik kepada keimanan yang Sangkakala perkatakan tadi.
Bekas muslimah PAS yang memberitahu kepada Sangkakala tentang perilaku ahli ahli PAS juga mengatakan bahawa terdapat segelintir dari pada ahli PAS ini yang cuba menggoda mereka, adakah ini keimanan dalam tuntutan agama Islam?
Menurut beliau juga, ada yang menghantar pautan video porno dengan alasan bahawa bekas muslimah ini seorang gadis dan perlu mempelajari semua itu sebagai persediaan untuk perkahwinan.
Agak kelakar juga kan? Setahu Sangkakala, tidak ada hadis yang mengatakan bahawa setiap gadis perlu mempelajari semua perkara dalam video porno tersebut melainkan belajar cara untuk menta'ati suami supaya selepas bergelar isteri, mereka ini tidak termasuk dalam golongan wanita yang derhaka terhadap suami masing masing.
Sangkakala rasa sudah tiba masanya PAS berhenti dari politik dan tumpukan untuk memberi pelajaran agama kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam, kerana PAS tidak akan mendapat tempat dalam tampuk pemerintahan negara dan akan hanya menjadi mainan kepada DAP dan PKR dalam usaha mereka mendapatkan kuasa memerintah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PEMBANGKANG GELISAH PERKASA NYATAKAN SOKONGAN
Perkasa yang mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan Ketiga hari ini, yang terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), menyeru ahlinya sekitar 300,000 orang agar menyokong parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya MCA meskipun pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyinggung kaum Melayu dan umat Islam.
Ini nampaknya akan membuatkan pembangkang lebih gelisah kerana pertubuhan bukan kerajaan itu dilihat kini amat aktif dalam usaha untuk menyatukan orang orang Melayu di Malaysia.
Dalam ucapan dasarnya, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun hatinya terguris dengan kenyataan-kenyataan MCA sebelum ini, namun kemenangan parti komponen BN itu diperlukan dalam PRU13.
MCA pernah melabel Perkasa sebagai rasis, dan akan menyumbang kepada kekalahan BN dalam PRU13.
Ini juga menunjukkan bahawa selain daripada menjaga kepentingan orang Melayu, PERKASA juga dilihat seperti menjaga semua kaum berdasarkan kerana menginginkan kedamaian dari semua sudut termasuklah sosioekonomi negara.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone










