Isnin, 11 Jun 2018

MALAYSIA BAKAL JADI PUSAT JUDI MAKSIAT DAN PELACURAN TERBESAR DUNIA @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Selama ini puak Pakatan kerap mengulangi kenyataan bahawa kadar jenayah di Malaysia merupakan antara yang tertinggi di dunia dan disambut pula oleh penyokong mereka yang mengiyakan perkara berkenaan.

Hari ini pula Sangkakala terbaca dalam portal MalaysiaKini bahawa satu rombakan besar besaran akan diadakan dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).


Dengan alasan ianya adalah untuk pembersihan, 3 unit dalam Jabatan Polis yang Sangkakala lihat penting bakal di mansuhkan.

Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

Persoalannya kenapa ketiga tiga unit atau pasukan ini perlu dimansuhkan? Atas alasan ketiga tiga unit ini melindungi pejenayah dengan mengambil rasuah? Bukankah itu tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM?

Bagi Sangkakala, itu hanyalah alasan yang diberikan oleh kerajaan tetapi kebenaran yang perlu kita hadapi ialah, atas desakan mereka yang mempunyai perniagaan dengan jenayah yang berkaitan dengan ketiga tiga unit ini.

Dengan kata mudah, Tokey Judi, Ibu dan Bapa Ayam serta penjenayah penjenayah berkumpulan besar telah mula melebarkan sayap apabila Pakatan terutamanya DAP mengambil alih pemerintahan negara.

Kalau pun ketiga tiga unit atau pasukan ini dikatakan melindungi penjenayah, kenapa mereka yang terlibat tidak disiasat dan seterusnya diambil tindakan? Kenapa perlu pasukan yang dimansuhkan?

Jawapannya ialah, kerajaan hari ini sebenarnya nak bagi peluang dan ruang penjenayah penjenayah ini berkuasa.


Tiada ulasan: