Jumaat, 22 Jun 2018

HABIS ROSAK !! KERAJAAN LEBIH PENTINGKAN POLITIK DARIPADA EKONOMI NEGARA @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Sebelum pilihanraya rakyat telah ditakut takutkan oleh pembangkang sebelum ini hingga membuatkan rakyat beralih arah memberikan kepercayaan kepada mereka untuk menjadi kerajaan walaupun semua yang disebut adalah palsu semata mata.

Ramai pencarum dalam Tabung Haji mengeluarkan simpanan mereka apabila Rafizi mengatakan bahawa Lembaga yang menguruskan jemaah haji berkenaan akan bankrap hingga membuatkan mereka tidak lagi diletakkan sebagai barisan menunggu untuk menunaikan haji.

Begitu juga dengan Felda yang kononnya akan bankrap jika kerajaan Barisan Nasional terus memerintah hingga membuatkan ramai peneroka Felda memberikan undi untuk Pakatan menjadi kerajaan.

Tapi hari ini sudah nampak bibit bibit permasaalahan dimana kadar inflasi dalam negara kini semakin naik dan kadar matawang Malaysia juga semakin menjunam.

Begitu juga dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang kerugian lebih daripada RM 6 billion dan ini bukanlah jumlah yang kecil dan jika kerugian demi kerugian dialami oleh KWSP, tidak mustahil Kumpulan berkenaan akan bankrap seterusnya pencarum akan kehilangan wang mereka.

Tapi apa kerajaan hari ini cuba buat? Apa yang Sangkakala nampak, mereka masih lagi berpolitik hingga mengabaikan ekonomi negara yang semakin meruncing.

Semalam Mahathir telah mengemukakan cadangan agar had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun dan adakah ini satu cadangan yang mampu untuk menaikkan ekonomi negara?


Mahathir kini mungkin dalam keadaan risau apabila janji janji sebelum pilihanraya tidak dapat dilunaskan dan mereka yang menjadi pengundi pada PRU lepas telah merasa tertipu dan jalan untuk selamat ialah, Mahathir teerpaksa mencari jalan bagaimana hendak menarik sokongan golongan baharu untuk pentadbirannya.

Bagi Sangkakala, walaupun pengundi boleh mengundi seawal umur 15 tahun sekali pun, penipuan yang dilakukan oleh Pakatan dan Mahathir sendiri adalah tetap sebagai penipuan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan