Ahad, 15 Mac 2015

AGENDA ORANG DALAM NAK AIBKAN KETUA MENTERI @idrisharon66 @NajibRazak

Sangkakala terbaca satu artikel dalam blog Selangorcronicle yang mengatakan bahawa Ketua Menteri Melaka sibuk makan angin ke Negara China.


Nampaknya apa yang diperkatakan dalam artikel berkenaan adalah tidak tepat dimana ada beberapa perkara perlu diperbetulkan.

Yang pertama apabila dalam artikel berkenaan mengatakan bahawa Melaka dipenuhi dengan sarang pelacuran dan perjudian rasanya dan dengan makan angin maka kegiatan tersebut tidak dapat di bendung, memang kerajaan Melaka pernah mengisytiharkan untuk bertindak tetapi jika tanpa kerjasama dari mana mana pihak untuk mengesan kegiatan ini maka tindakan untuk mengekang kegiatan tersebut adalah amat sukar ditangani.

Tentang mengatakan pembaziran pula yang mengatakan bahawa Idris Haron selalu ke luar negara tidak berapa sesuai rasanya, sebab Ketua Menteri berkenaan telah membawa pelaburan sebanyak RM 4.4 billion sepanjang tahun 2014 yang lalu dan ianya adalah yang tertinggi dalam 20 tahun kebelakang.

Baca selanjutnya DISINI..

Melaka juga menyasarkan pelaburan sebanyak RM 5 billion pada tahun 2015.

Juga DISINI..

Jadi seperti biasa, jika mahukan keuntungan perlu ada pengorbanan dan kalau tak keluar mencari pelabur, rasanya adalah mustahil untuk pelabur masuk ke Melaka.

Sangkakala teringat satu ketika dimasa lawatan oleh Perdana Menteri ke China bersama sama dengan Ketua Menteri Melaka tak lama dulu dimana China nampaknya amat berminat dengan Melaka ekoran hubungan dua hala yang terjalin sejak ratusan tahun dahulu lagi.

Satu lagi kenyataan yang mengatakan bahawa Ketua Menteri membawa 9 orang exco juga adalah tidak tepat sama sekali dimana hanya 5 orang exco sahaja yang pergi bersama delegasi Ketua Menteri Melaka ke China dan Sangkakala yakin bahawa mereka pergi mewakili potfolio masing masing dan sudah pastilah dengan pemergian exco exco ini bersama maka perjalanan segala rundingan di China akan berjalan dengan lancar.

Sangkakala rasa, dalam artikel yang dikeluarkan oleh blogger berkenaan ianya di dalangi oleh orang yang mempunyai kepentingan peribadi dimana Sangkakala melihat hanya tohmahan yang dilemparkan tanpa sebarang fakta.

Agaknya ini yang dikatakan sebagai 'JEMUAN' oleh Perdana Menteri dalam ucapan di konvension UMNO Kedah semalam dimana ada yang suka mengadu domba dengan mengatakan itu dan ini semata mata untuk memberikan persepsi buruk kepada pemimpin.

Jadi orang orang begini rasanya perlu berhati hati supaya rahsia siapa diri tidak diketahui kerana parasit tidak akan mendapat tempat di hati ahli UMNO.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan