Sabtu, 29 Januari 2022

PRN JOHOR !! HADI AWANG LUPA ATAU TAK SEDAR DIRI ??

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang seolah-olah beliau telah terlupa atau tak sedar diri ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor.

Dengan mengatakan bahawa PRN Johor berlaku disebabkan oleh kluster mahkamah yang merujuk kepada beberapa pemimpin UMNO jelas menunjukkan betapa terdesaknya PAS untuk memperolehi undi fitnah semata-mata.

Kenapa Sangkakala mengatakan bahawa Hadi Awang lupa atau tak sedar diri? Dalam Dewan Undangan Negeri Johor, berapa kerusi yang dimiliki oleh PAS? Berapa pula PPBM dan berapa pula UMNO? 

Dengan mengatakan bahawa PRN ini bersabit dengan kluster mahkamah, adakah Hadi lupa bahawa Perdana Menteri Malaysia hari ini datangnya dari UMNO dan sekiranya benar pemimpin UMNO mahu menyelamatkan diri, sudah pasti ianya berlaku.


Namun apa yang terjadi sekarang ialah, Datuk Seri Najib Razak masih lagi tidak dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan bersalah dan kes-kes melibatkan Datuk Seri Zahid Hamidi pula, beliau diminta untuk membela diri.

Ini berbeza dengan zaman Tun Mahathir (PH) memerintah dimana banyak pertuduhan pemimpin PH digugurkan oleh Peguam Negara pada ketika itu disandang oleh Thommy Thomas.

Menteri Besar Johor mengambil pendekatan untuk menasihati DYMM Sultan Johor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memberikan peluang dan ruang kepada rakyat Johor memilih semula siapa yang mereka rasakan layak untuk memerintah dan ini juga berlaku di negeri Melaka dan kita dapat saksikan bahawa rakyat Melaka memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk memerintah setelah kerajaan PN tidak lagi dilihat sebagai kerajaan yang pentingkan rakyat.

Tidak dinafikan, ada juga kemungkinan Hadi risau sekiranya PAS kecundang sekali lagi dalam PRN Johor, maka peluang untuk PAS bangkit kembali adalah amat-amat tipis dan satu lagi kemungkinan ialah, Hadi risau segala jawatan yang disandang oleh Wakil Rakyat dari PAS akan turut lenyap termasuklah jawatan beliau sebagai Duta bertaraf Menteri akan hilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan