Sangkakala terbaca baru baru ni kenyataan daripada YB Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang merupakan ahli parlimen Sembrong yang mana beliau mengatakan bahawa ahli parlimen BN akan menyokong Tun Mahathir jika ada undi tidak percaya dalam parlimen.
Kenyataan ini bagi Sangkakala agak mengelirukan apabila seorang ahli parlimen yang bukan dikalangan pemimpin tertinggi parti seolah olah mendahului pemimpin parti dalam membuat kenyataan.
Kita ketepikan dulu apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Hishammuddin, tapi kita lihat pula pada senario politik pada hari ini.
Perdana Menteri dikecam hebat apabila beliau melantik Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dikalangan bukan Islam dan beberapa polisi yang dibuat oleh kerajaan pimpinan Mahathir dilihat membebankan rakyat.
Jika perkara perkara seperti ini dikecam, kenapa bila ada undi tidak percaya, kita (Ahli Parlimen BN) perlu menyokong Mahathir?
Bagi Sangkakala, apabila ada isu dalaman diantara puak puak PH, biarlah ianya diselesaikan diantara mereka dan adalah lebih baik Ahli Parlimen BN mengambil langkah berkecuali iaitu tidak menyokong dan tidak menghalang.
Rakyat hari ini berada dalam keadaan atau situasi sukar dengan segala permasaalahan termasuk kos sara hidup yang tinggi dan ekonomi yang makin merosot.
Ini sepatutnya yang diperjuangkan oleh ahli parlimen BN dan bukannya melayan kerenah permasaalahan dalaman puak kerajaan.
Jadi kepada ahli parlimen BN, jangan termakan dengan dakyah kononnya dengan menyokong Mahathir jika ada undi tidak percaya maka ianya akan menyelamatkan negara.
Sangkakala juga yakin bahawa ahli UMNO menolak sesiapa juga yang cuba untuk menjadi duri dalam daging seperti yang dilakukan oleh ahli parlimen Larut terhadap UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan