Ahad, 1 Julai 2018

KU LI TERUS MERASAKAN PERTANDINGAN UMNO TAHUN 80an @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Semalam telah pun berlangsung pemilihan UMNO di semua 191 Bahagian di Malaysia termasuk Sabah yang melihat kepada kemenangan YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden menewaskan veteran UMNO Tengku Razaleigh dan juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Tapi seperti yang telah dijangka, akan ada suara sumbang yang menuduh bahawa dalam pemilihan kali ini terdapat politik wang dan sebagainya dan ini yang disebut oleh Ku Li.


Ku Li mungkin terlupa bahawa kali ini bukanlah seperti mana beliau bertanding menentang Mahathir pada tahun 1987 dulu yang mana hanya perwakilan ke persidangan UMNO Malaysia sahaja yang layak mengundi.

Sejak Najib Razak menjadi Presiden, perwakilan peringkat cawangan adalah mereka yang menjadi pemilih bagi menentukan siapa yang menerajui pucuk pimpinan dan lebih kurang 150 ribu ahli yang layak untuk menjadi pengundi dalam undian yang berlangsung semalam.

Janganlah dengan title anak raja maka Ku Li dengan sesuka hati nak kata wujud rasuah dalam pemilihan dan sebagainya dan jika ada bukti kemukakan supaya tindakan boleh diambil.

Bagi Sangkakala mudah, pemilihan sudah berlangsung, sekarang adalah masanya untuk melaksanakan tanggungjawab bagi yang menang dan bagi yang tewas, teruskan memberi sokongan dan bantuan kepada parti.

Tak perlu nak tuduh itu dan ini apabila kita gagal merebut sesuatu jawatan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan