Khamis, 21 Jun 2018

BAHASA MELAYU KINI BUKAN LAGI BAHASA KEBANGSAAN @chedetofficial@muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid__Hamidi @tunfaisal

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan sekaligus menjadikan bahasa Melayu adalah bahasa yanh digunakan di dalam apa jua bentuk pemberitahuan.

Namun selepas pilihanraya umum ke 14 yang lalu, bahasa Melayu seolah olah akan dilenyapkan atau dinafikan kewujudannya dalam perlembagaan apabila kementerian dalam kerajaan hari ini sudah mula menggunakan bahasa Cina dalam surat yang menggunakan logo kerajaan (JATA).



Apakah akan bermulanya satu penjajahan dalam bentuk baharu selepas Pakatan menjadi pemerintah negara?

Kementerian Kewangan yang kini diketuai oleh Lim Guan Eng dari DAP telah menggunakan bahasa Cina dalam pemberitahuan melalui kepala surat Kementerian yang sebelum ini tidak pernah berlaku.

Pernah diberitahu dulu sekiranya Pakatan memerintah, maka tidak perlu mereka menukar perlembagaan hanya cukup menggunakan kementerian sebagai platform untuk mengubah perkara berkenaan.

DAP akan memperjuangkan Malaysian Malaysia yang mana setiap hak atas nama Melayu akan disama ratakan.

Jadi Sangkakala ucapkan tahniah kepada pengundi khususnya dikalangan orang Melayu yang mengundi Pakatan secara sengaja mencabuk hak mereka sendiri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan