Ahad, 11 Februari 2018

LEBIH LIMA RIBU ORANG MEMERIAHKAN PROGRAM SUNGAI BULOH NIGHT RUN 2018 @NajibRazak @Zahid_Hamidi @mynohomar @ahmadmaslan @PKamalanathan @TunFaisal

Malam tadi berlangsung satu program larian sejauh 10 kilometer di Sungai Buloh yang dianjurkan oleh Sekretariat Guru Aktif Subang.

Program yang dinamakan sebagai Sungai Buloh Night Run telah berjaya menghimpunkan lebih lima ribu orang di Sekolah Menengah Bandar Baru Sungai Buloh dan keseluruhan yang hadir pada malam tadi dianggarkan lebih dari lima ribu orang.

Larian sejauh 10 kilometer dengan 4 kategori menyaksikan hadiah utama berjumlah RM 3 ribu diikuti hadiah kedua bernilai RM 2 ribu dan tempat ketiga membawa pulang hadiah berjumlah RM 1 ribu disamping pingat.

Hadiah berupa wang tunai juga diberikan sehingga pemenang  ke 10.

YB Dato P.Kamalanathan telah merasmikan perasmian pembukaan dan telah bersama sama YB Datuk Seri Ahmad Maslan melepaskan peserta pada jam 9 malam dan program berakhir pada jam 12 malam.

Manakala perasmian penutup pula telah dilakukan oleh YB Tan Sri Noh Omar.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah, Pegawai Pendidikan Petaling, Petaling Utama dan juga Gombak.

Dalam ucapan Dato P.Kamalanathan semasa upacara perasmian pembukaan, beliau merasa bangga apabila program sebegini dapat merapatkan hubungan dikalangan para pendidik dengan orang ramai dan beliau berkata tidak mustahil program Night Run ini akan diadakan di seluruh negara berikutan kejayaan program di Sg Buloh.

Beliau juga mengucapkan jutaan tahniah kepada penganjur dan penaung Program yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang merangkap Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Subang, Ybhg Dato Hj Zein Isma Ismail diatas kejayaan program berkenaan.

Dalam ucapan perasmian penutup yang disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Omar pula, beliau mengatakan bahawa selama ink golongan pendidik biasanya akan melakukan program di kalangan pendidik, namun hari ini dapat dilihat bahawa golongan pendidik juga mampu untuk berasama sama dengan masyarakat dalam melalsanakan satu satu program dan beliau juga merasakan bahawa program ini adalah yang terbaik didalam penyatuan golongan pendidik dengan masyarakat.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan