Khamis, 2 November 2017

SULTAN SELANGOR MURKA DENGAN KENYATAAN TUN MAHATHIR @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Selepas beberapa NGO dalam dan luar negara membantah apa yang disebut oleh Tun Mahathir yang menghina bangsa Bugis di Petaling Jaya, kini Sultan Selangor pula mengeluarkan kenyataan kemurkaan Baginda terhadap Tun Mahathir akibat keceluparan tersebut.



Sultan Selangor juga adalah dari keturunan Bugis dan secara jelas bahawa Tun Mahathir tidak langsung menghormati sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan bangsa di negara ini.

Kemurkaan Baginda diterjemahkan dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Istana Selangor yang turut menyatakan kekecawaan serta kemurkaan Baginda terhadap Tun Mahathir yang mengeluarkan kenyataan tersebut dalam himpunan 'Hapus Kleptokrasi' di Petaling Jaya beberapa minggu lepas.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan