Ahad, 24 September 2017

KENAPA @Zahid_Hamidi BERDIAM DIRI DALAM KES SPRM KP BAGAN DATUK ??? @NajibRazak

Sangkakala dapat makluman bahawa Ketua Pemuda Bahagian Bagan Datuk di tahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM baru baru ni.

Dan bermula dari situ maka ada le pula kumpulan kecil yang cuba untuk jadi hero mempersoalkan mengapa YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak bersuara untuk mempertahankan atau membantu Ketua Pemuda Bahagian beliau sendiri.


Dalam perkara ini Sangkakala puji YAB Datuk Seri Zahid kerana berdiam diri walaupun yang ditahan itu adalah Ketua Pemuda beliau sendiri.

Sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri, Sangkakala rasa semua orang tau jika beliau campur tangan maka ianya akan menyukarkan pihak berkuasa khususnya SPRM untuk menjalankan siasatan terhadap kes dan adalah lebih baik jika beliau mengambil sikap mendiamkan dari sementara siasatan dilakukan.

Jadi untuk apa mereka mereka ini berkokok tak tentu pasal mempersoalkan mengapa dan kenapa Zahid mendiamkan diri?

Memang telah menjadi amalan di dalam UMNO dan Barisan Nasional tidak akan mengganggu siasatan berhubung dengan apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Tidak seperti pemimpin pembangkang yang akan mempertahankan anak buah mereka walaupun terbukti bersalah.

Seperti yang berlaku baru baru ini apabila Pegawai kepada Ahli Parlimen Subang, Sivarasah yabg ditangkap oleh SPRM berhubung kes pekerja asing, tak sampai sehari Sivarasah sudah mengeluarkan kenyataan bahawa pegawai beliau tidak bersalah, adakah Sivarasah dilantik sebagai seorang hakim yang boleh menentukan salah atau tidak pegawai beliau sedangkan perkara itu masih lagi dalam siasatan?

Tindakan Zahid adalah amat tepat bagi menghalang daripada gangguan kepada siasatan yang sedang dilakukan oleh SPRM terhadap Ketua Pemuda Bagan Datuk dan ini membuktikan bahawa beliau (Zahid) tidak akan memberikan apa apa peluang kepada mana mana individu yang melanggar undang undang

Maka biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan dan hasil siasatan itu nanti akan menentukan apakah hukuman yang bakal diterima tanpa ada campur tangan dari beliau selaku Ketua Bahagian Bagan Datuk dan juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Jadi kepada mana mana individu atau kumpulan yang menyerang Zahid kononnya tak prihatin terhadap permasaalahan yang menimpa Ketua Pemuda tersebut, Sangkakala rasa cukup cukuplah, kalau Zahid bersuara nanti korang juga yang kata Zahid salah guna kuasa sebagai TPM.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan