Setelah memperlihatkan kegagalan demi kegagalan dalam usaha membekalkan kediaman kepada rakyat melalui rumah SelangorKu, kerajaan negeri Selangor kini cuba mengugut kerajaan pusat kononnya akan membatalkan keistinewaan rumah PR1MA dan PPA1M.
Ini dinyatakan oleh EXCO Perumahan dan kerajaan Tempatan Negeri Selangor, YB Iskandar Samad.
Kenyataan ini yang sebenarnya hanyalah untuk menutup kegagalan rumah SelangorKu yang lebih tinggi nilainya daripada rumah PR1MA dan PPA1M.
Jadi untuk mengelakkan rakyat membuat perbandingan maka keluarlah kenyataan kenyataan dangkal seperti yang dikeluarkan oleh YB Iskandar.
Keistimewaan rumah PR1MA ini yang sebenarnya memang akan dibatalkan oleh kerajaan negeri ekoran rumah SelangorKu yang kurang mendapat sambutan ekoran harga yang melampau.
Jadi dengan mengatakan bahawa kerajaan Selangor akan membatalkan keistimewaan terhadap rumah PR1MA hanyalah alasan dangkal yang dibuat oleh seorang exco yang hanya menjaga kerusi.
Iskandar juga mengatakan keistimewaan itu akan dibatalkan jika kerajaan pusat masih lagi berkonfrontasi dengan kerajaan negeri.
Ini juga kenyataan menyelamatkan diri. Apa yang diperkatakan oleh Islandar sebenarnya lebih menjurus kepada Tan Sri Noh Omar yang dilihat membongkar satu persatu kegagalan kerajaan negeri dalam usaha membantu rakyat.
Sebagai contoh, kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT tidak terurus dan terjaga, lif bermasaalah, penyelenggaraan tidak tersusun, keselamatan terabai dan macam macam lagi telah ditemui dan dibongkar oleh Tan Sri Noh Omar dalam siri jelajah ke pusat pusat kediaman ini dan ini menjadi punca kerajaan negeri jadi kelam kabut.
Oleh itu, untuk menutup atau mengekang kemaraan Tan Sri Noh, maka jalan terbaik adalah mengugut kerajaan pusat dengan harapan selepas ini tidak ada lagi pembongkaran dilakukan oleh mana mana pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan