Sabtu, 22 April 2017

BUKAN MELAYU JUGA LAYAK MENJAWAT JAWATAN KETUA PENGARAH JPJ JIKA BERKELAYAKAN @NajibRazak @liowtionglai @DrAliHamsa

Kecoh juga baru baru ni bila sepucuk surat sokongan bagi menjawat jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan kepada Perdana Menteri tular di laman media sosial.

Ada yang mengatakan bahawa ianya tidak wajar kerana penama yang dicadangkan adalah dari kalangan bukan Melayu.

Bagi Sangkakala, isu bukan Melayu ini tidak boleh diambil kira memandangkan jika seseorang warga Malaysia layak dalam menjalankan tugas, adalah tidak salah jika dia di beri peluang untuk menunjukkan kemampuannya.

Dibawah Kementerian Pengangkutan, ada juga Jabatan Keselamatan Jalan Raya yang mana Ketua Pengarahnya orang bukan Melayu iaitu Datuk Suret Singh dan ianya dilihat tidak bermasalah apabila beliau mampu untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Persoalan tentang Ketua Pengarah sedia ada masih memegang jawatan pula tidak timbul kerana, Menteri Pengangkutan mencadangkan nama untuk penggantian bukannya Ketua Pengarah sedia ada di lucutkan jawatan.

Berbalik kepada bukan Melayu menjadi Ketua Pengarah JPJ. Apa yang Sangkakala dan semua rakyat Malaysia mahu ialah, seorang Ketua Pengarah yang mampu untuk menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan oleh kerajaan serta rakyat Malaysia.

Jadi disini rasanya takde masalah langsung bagi seorang bukan Melayu menjawat jawatan tersebut jika kelayakannya mencukupi dan orang yang disokong kedudukannya itu mampu untuk menjalankan tanggungjawab terhadap tugasan.

Dengan populasi 1.7 juta rakyat Malaysia berbangsa India, takkan seorang dari mereka tak boleh diangkat menjawat jawatan tinggi dalam sebuah jabatan.

Melainkan kalau ianya melibatkan jabatan yang menjaga ketenteraman awam seperti Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan yang setaraf dengannya, ada kemungkinan ianya perlu dikaji semua, tapi setakat Ketua Pengarah JPJ apa la sangat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan