Sabtu, 24 Disember 2016

TINDAKAN JAMAL YUNOS MENGGEMPUR KEDAI MESIN.JUDI MEMALUKAN

Tak sampai sehari selepas hotel Dato Sri Jamal dirobohkan oleh PBT kerana kononnya berniaga tanpa lesen, Dato Sri Jamal pula menggempur kedai mesin judi di Sekinchan.

Tindakan Jamal ini dilihat amat memalukan namun ianya bukanlah memalukan Jamal sendiri tetapi memalukan pihak PBT dan kerajaan negeri yang secara terang gagal untuk menghalang kegiatan tidak bermoral tersebut.





Ada yang menyifatkan bahawa tindakan Jamal ini hanyalah untuk membalas dendam kerana hotel beliau diruntuhkan oleh PBT dan bagi Sangkakala pula, orang yang beranggapan begitu adalah orang yang tidak mampu berfikir jauh.

Sangkakala dapat merasakan kini bahawa pihak PBT dan kerajaan negeri sedang dalam dilema apabila Jamal membuat tindakan sendiri menggempur kedai kedai mesin judi ini yang berselindung di sebalik nama kedai pusat siber dan sebagainya namun namun apa yang diniagakan adalah perjudian dalam talian.

Persoalan yang perlu dijawab sekarang ialah, adakah PBT di Selangor memberikan lesen kepada pusat pusat perjudian ini untuk beroperasi?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan