Ahad, 11 Disember 2016

SEBILANGAN GURU SUDAH PUN MENERIMA NASIHAT @NajibRazak @MahdzirKhalid

Memang jelas kelihatan bahawa terdapat sebilangan guru guru sekolah yang menggunakan laman media sosial sebagai medium untuk melahirkan rasa tidak puad hati.

Perkara ini rupanga diambil serius oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mungkin kerana memandangkan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

Menteri Pendidikan mengatakan bahawa sebilangan guru telah pun diberikan nasihat kerana terlalu lantang dalam menggunakan media sosial untuk melahirkan rasa tidak puas hati.



Bagi Sangkakala pula, penglibatan guru guru ink dalam media sosial amat baik namun mereka ini dengan sengaja menyalah gunakan pentas media maya sebagai tempat untuk meraih sokongan terutama dalam politik.

Apa yang dikesalkan adalah, ada diantara guru guru ini seolah olah langsung tidak menerima kebaikan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka.

Dan setahu Sangkakala, guru adalah dikalangan kakitangan kerajaan yang banyak menerima insentif dari kerajaan.

Tindakan mengkritik secara melampau ini perlu dihentikan dan mungkin pihak Kementerian boleh mengadakan program majlis perundingan guru guru bermula dari kawasan zon, daerah, negeri hingga ke peringkat nasional dan semua permasaalahan dalam kerjaya perguruan ini diangkat untuk dirundingakan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan