Rabu, 23 November 2016

PRESIDEN IKDDAS SELAR JABATAN AGAMA ISLAM @NajibRazak @NohOmar

Baru baru ini keluar dilaman sosial surat jemputan kepada semua guru agama untuk menghadirkan diri dalam satu seminar di Shah Alam yang berkisar tentang Anwar Ibrahim

Pihak IKDDAS merasa agak kecewa dengan apa yang dilakukan oleh pihak JAIS dan dibawah adalah kenyataan media oleh Presiden IKDDAS.


Kenyataan Media 

Penganjuran seminar Pemikiran Politik Dato' Sri Anwar Ibrahim oleh Jab Agama Islam Sgor

1. Ikatan Kebajikan & Dakwah Sgor (ikddas) merasa terkejut & terkilan dengan tindakan pihak JAIS yang menganjurkan seminar tersebut yang melibatkan penglibatan Guru-guru agama dibawah JAIS yang juga dibiayai oleh Jakim.

2. Ini kerana umum mengetahui bahawa DSAI adalah seorg pesalah dalam kes liwat. Ini merupakan satu penghinaan terhadap mahkamah kerana DSAI juga masih berhadapan dgn beberapa kes mahkamah yang belum selesai. Selain itu, ia menggambarkan tentang kesalahan moral yang serius yang dilakukan oleh DSAI. Wajarkah ia diangkat sebagai tokoh @ ikon??

3. DSAI juga diketahui umum sbg seorang yang memperjuangkan fahaman Pluralisme & Liberalisme yang telah jelas di fatwakan haram oleh Majlis Fatwa negeri Sgor. Apakah tokoh sebegini juga nak diangkat sbg ikon?

4. DSAI juga diketahui umum memperjuangkan kebebasan seksual seperti LGBT & kesamarataan gender yang jelas bertentangan dgn syariat islam. Apakah orang sebegini nak diangkat sbg ikon?

5. SS Datuk Pengarah JAIS perlu tampil memberi penjelasan apakah penganjuran program tersebut mendapat restu beliau. Ini kerana beliau adalah kakitangan kerajaan persekutuan & para guru juga sebahagian gaji dibiayai oleh kerajaan persekutuan. Mengangkat seorang tokoh yang jelas memusuhi & membenci kerajaan persekutuan adalah suatu pengkhianatan dalam amanah yang diberikan kepadanya.

6. Pihak Majlis Agama Islam Sgor (MAIS) & keBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebagai ketua agama dimintak untuk segera campur tangan dalam isu ini. Ini kerana isu penganjuran seminar ini akan mencemarkan kesucian & kemuliaan agama islam di negeri ini.

7. IKDDAS melihat isu ini sebagai mainan politik oleh YAB DS Menteri Besar bagi mempopularkan semula DSAI & memartabatkan beliau sebagai ikon politik yang dihormati. 

Justeru agenda politik sempit kepartian oleh kerajaan negeri dengan menjadikan Jab Agama Islam Sgor sebagai platform, jelas suatu tindakan jahat yg mencemarkan islam & menjatuhkan martabat islam.

Presiden 
Ikatan Kebajikan & Dakwah Sgor (Ikddas)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan