Ahad, 4 September 2016

WAKTU BERKERJA ENAM JAM SEHARI ADALAH MENGARUT @NajibRazak @nohomar #scs14

Pagi tadi Sangkakala terdengar dalam berita radio bahawa ada cadangan untuk memendekkan masa berkerja bagi penjawat awam dipendekkan kepada 6 jam sehari.

Mungkin perkara ini akan disambut baik oleh penjawat awam, tetapi adakah ianya bersesuaian dengan negara Malaysia jika nak dibandingkan dengan negara luar yang kononya berjaya apabila sistem kerja 6 jam ini dilaksanakan.

Apa yang Sangkakala nak sebutkan disini ialah, adakah kakitangan awam pada hari ini berdisiplin seperti mana negara yang dibuat perbandingan.

Apa yang Sangkakala lihat pada hari ini, ramai dikalangan penjawat awam yang masih lagi duduk di kantin pada jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Makan tengah hari pula ada yang terlajak hingga 2 jam lamanya dan ini belum lagi termasuk minun petang.

Jika dihitung waktu berkerja seharian penjawat awam ini, Sangkakala melihat hanya 5 jam sahaja waktu berkerja dalam sehari dan kita juga telah membuat ketetapan bahawa dalam seminggu hanya 5 hari berkerja.

Jika 6 jam waktu berkerja, Sangkakala melihat hanya 3 jam sahaja waktu yang benar benar diluangkan di meja atau dipejabat dalam sehari dan adakah ini akan membuatkan segala permasaalahan yang wujud di sektor awam akan dapat diselesaikan?

Harap pihak kerajaan jangan sesekali menjadikan ini sebagai bahan kutukan masyarakat nanti apabila segala urusan mereka tidak dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan