Ahad, 18 September 2016

SALAH SATU PUNCA PEMBIAKAN NYAMUK !! BUKTI KERAJAAN GAGAL TANGANI MASALAH @NajibRazak @NohOmar #scs14

Kalau selama ni denggi menjadi igauan ngeri rakyat, kali ni dah ada pulak nyamuk yang dah membawa penyakit ZIKA, dan yang paling menakutkan apabila ianya mampu untuk membawa kecacatan kepada janin jika menjangkiti ibu mengandung.

Di Selangor, kes denggi seolah olah tiada kesudahan dan setiap bulan, kadar kes demam denggi meningkat hingga menjadikan Selangor sebagai juara demam denggi di Malaysia.

Kes Denggi ini merebak apabila kerajaan negeri gagal untuk memberikan perkhidmatan terbaik melalui PBT yang diamanahkan untuk menjaga persekitaran.



Gambar diatas Sangkakala ambil pagi tadi di seksyen 13 bersebelahan dengan pasaraya Giant seksyen 13 Shah Alam.

Apa yang berlaku ialah, masalah air bertakung diluar kawasan pembinaan bangunan yang dalam pembinaan dan inilah punca punca nyamuk aedis membiak dan seterusnya menjadi penyebar demam denggi.

Takungan air ini berada di tepi jalan besar dan daripapa apa yang Sangkakala lihat, ianya tidak pernah diselenggara atau lebuh tepat, tiada tindakan untuk mengalirkan air yang bertakung ini oleh PBT.

Mungkin jawapan yang akan diberikan ialah, ianya melibatkan pembangunan untuk masyarakat dimasa hadapan dan itu tidak dinafikan cuma takkan kerana pembangunan maka rakyat dikorbankan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan