Jumaat, 30 September 2016

KERANA DARA !! AZMIN ALI SANGGUP TURUN PADANG @NajibRazak @NohOmar

Viral di lama media sosial hari ini apabila Azmin Ali turun padang melawat seorang wanita muda yang disaman oleh pihak berkuasa kerana menjual nasi lemak yang di gelar sebagai "Nasi Lemak Dara".

Memang tak salah jika Azmin turun padang melihat permasaalahan tersebut tetapi ianya perlulah menyeluruh, bukan hanya kepada individu tertentu atau lebih tepat disebut sebagai "ADA UDANG SEBALIK BATU".

Ramai peniaga di bahu bahu jalan di saman dan ada juga yang di sita barang dagangan mereka oleh pihak berkuasa namun Azmin diam membisu tapi kali ini tak pasal pasal Azmin turun meninjau keadaan.

Mungkin juga perkara ini disebabkan perniagaan wanita muda berkenaan sebelum ini viral di laman sosial khususnya facebook hingga membuatkan Azmin turun untuk mendapatkan sedikit mileage politik.

Walau apa pun, Azmin seharusnya melihat kepada permasaalahan air yang meruncing di sesetengah kawasan di Selangor kerana ianya adalah keperluan yang amat besar kepada rakyat.


Azmin seharusnya mementingkan permasaalahan orang ramai daripada hanya melihat kepada masaalah seorang individu sahaja.

Ini bukan bermaksud tidak boleh pergi meninjau permasaalahan yang di viralkan hari ini, ianya harus menyeluruh kepada semua para peniaga kecil yang mencari rezeki tambahan.

Sangkakala masih ingat lagi bagaimana pihak berkuasa tempatan meroboh gerai gerai di seksyen 7 Kota Damansara, tanpa belas kasihan mereka meranapkan gerai gerai tersebut tanpa menghiraukan permohonan peniaga berkenaan untuk berbincang dengan pihak berkuasa tempatan.

Itulah harga yang perlu di bayar oleh rakyat Selangor setelah memberikan kuasa memerintah kepada Pakatan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan