ADUAN TERHADAP POSTING AKAUN FACEBOOK RATU NAGA.
Saya ______, kad pengenalan bernombor ______, ingin membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia terhadap pemegang akaun Facebook "Ratu Naga" yang dipercayai milik Syahrul Ema Rena Binti Abu Samah yang telah menyebarkan satu fitnah jahat pada jam 11.21 pm, 30 Julai 2016.
Pemilik akaun "Ratu Naga" telah mengirim lima (5) keping foto digital di akaun Facebooknya dan empat (4) daripadanya menggambarkan seolah-olah Datin Sri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri bermesra dengan KDYMM Sultan Pahang.
Capaian kepada posting Facebook tersebut adalah https://m.facebook.com/ratunaga?tsid=0.6585304536856711&source=typeahead#!/story.php?story_fbid=894886120615740&id=100002830817245
Kiriman empat (4) daripada lima (5) foto tersebut pada hemat saya adalah menjelekkan, berniat jahat, mempunyai maksud untuk memfitnah, dan berbentuk hasutan yang mempunyai niat untuk memberi gambaran negatif serta berniat untuk menjatuhkan imej KDYMM Sultan Pahang dan Datin Sri Rosmah Mansor. Kesemua kesalahan ini jelas melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan