Khamis, 25 Ogos 2016

SULTAN JOHOR TEGUR TUN MAHATHIR SEBAB CELUPAR @NajibRazak @Zahid_Hamidi.@nohomar #scs14

Kerana keceluparan mulut Tun Mahathir, DYMM Sultan Johor bersuara agar Tun Mahathir menutup mulut selepas mantan Perdana Menteri itu mengatakan jika rakyat sesebuah negeri dibangsakan maka ia akan membawa kepada perpecahan kaum.


Nampaknya Tun Mahathir memang suka mencari musuh dan ianya tak kira siapa, sama ada pemimpin mahupun Sultan.

Bangsa Johor memang sinonim disebut oleh rakyat kelahiran Johor dimana ianya hanyalah sebagai panggilan dan adalah agak pelik apabila Tun Mahathir mengatakan bahawa ianya membawa kepada perpecahan.

Setahu Sangkakala, tiada lagi perpecahan berlaku apabila sebutan bangsa Johor di sebut.

Tapi mungkin selepas ini kita akan melihat sama ada Tan Sri Muhyiddin Yasin yang kini menjadi pengikut setia Tun Mahathir akan mendapat keberanian untuk menegur Tun Mahathir agar jangan terlajak campur tangan dalam urusan negeri Johor.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan