Perbualan ini Sangkakala dapat dari dalam facebook yang menunjukkan perbualan diantara seorang pengadu kepada Lembaga Zakat nageri Selangor.
Apa yang menyedihkan ialah, Lembaga Zakat Selangor mengatakan bahawa quota untuk katil bagi tahun ini telah pun habis dan perlu menunggu sehingga tahun hadapan baru ada quota katil seperti yang dimohon oleh pengadu.
Kenapa ada quota? Apakah pusat Zakat Selangor hanya menerima zakat kemudian diagihkan kepada mereka yang memerlukan?
Setahu Sangkakala, pusat Zakat juga menerima peruntukan untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan serta asnaf di Selangor.
Perkara ini perlu diperhalusi semula supaya tidak timbul salah faham dan jika benar seperti yang dilihat dalam gambar diatas, sesuatu perlu dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan