Jumaat, 5 Ogos 2016

BAYAR BALIK DUIT KERAJAAN !! BUKTI KERAJAAN YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB !! @NajibRazak @NohOmar #scs14

Belum pernah jadi dalam Malaysia, sebuah kerajaan sanggup untuk meminta kembali peruntukan demi kebaikan rakyat.

Tapi itulah yang dilakukan oleh kerajaan Selangor apabila kerajaan pusat melalui KPKT meminta supaya penyelenggaraan kediaman PPR diserahkan kepada kementerian tersebut.


EXCO Perumahan Selangor menjawab kepada permintaan yang diajukan oleh Menteri KPKT, YB Tan Sri Noh Omar amat mengecewakan apabila YB Dato Iskandar mengatakan bahawa kerajaan persekutuan perlu membayar penyelenggaraan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri sebanyak RM 8 juta sekiranya KPKT berhasrat untuk mengambil alih pengurusan PPR.

Dalam Buletin Utama malam ini juga jelas menunjukkan kekecewaan penduduk di PPR Lembah Subang yang terpaksa memanjat tangga hingga ke tingkat 18 untuk pulang ke rumah mereka.

Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Selangor tidak memikirkan masalah penduduk.

Jika kerajaan Selangor sudah tidak mampu untuk menyelenggara kediaman PPR tersebut, mengapa tidak diserahkan kepada KPKT demi untuk rakyat.

Tapi mungkin ini adalah bayaran yang perlu dibayar oleh rakyat Selangor yang memberikan undi kepada kerajaan Pakatan dan hari ini kita semua mampu melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan Selangor kepada rakyat Selangor hari ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan