Sabtu, 2 Julai 2016

SUMBANGAN UNTUK BAYAR JAMIN !! DAP CUBA TIPU RAKYAT @NajibRazak #scs14

Kes Lim Guan Eng yang ditahan oleh SPRM baru baru ini memberikan peluang kepada DAP untuk menipu rakyat di Malaysia.


Dengan alasan untuk membuat bayaran jaminan kepada mahkamah sebanyak RM 1 juta, DAP telah meminta sumbangan daripada rakyat.

Apa yang menyedihkan lagi ialah, Pengerusi DAP Sarawak yang menghidapi barah tidak pula disebut sebut untuk meminta derma daripada rakyat bagi membantu beliau.

Tapi dalam kes Guan Eng yang ditahan oleh pihak berkuasa pula beriya DAP mohon sumbangan.

Kalau nak dikirakan, apa guna sumbangan diberikan kepada Guan Eng sebab wang itu nanti akan dikembalikan kepada penjamin apabila kes telah selesai.

Persoalannya kini, jika wang berkenaan dikembalikan, kemana pula wang tersebut akan disalurkan nanti?

Adakah ianya akan dipulangkan kepada penderma atau ianya bakal masuk ke tabung DAP?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan