Isnin, 4 Julai 2016

KES GUAN ENG !! KHIR TOYO PULANG PAKU BUAH KERAS !! @NajibRazak @nohomar #scs14

Semasa bekas ketua pembangkang negeri Selangor ditahan untuk siasatan oleh SPRM, maka pihak pakatan di Selangor begitu gembira dan beranggapan bahawa ianya satu kejayaan bagi mereka.


Ini juga membuatkan Ybhg Dato Sri Khir yang pada masa itu menjawat jawatan sebagai ketua pembangkang.di Selangor mengundurkan diri melepaskan jawatan juga atas desakan pakatan pada ketika itu.

Tapi kali ini apabila tiba giliran Lim Guan Eng yang menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang, maka sudah sepatutnya Guan Eng juga melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri.

Tapi nampaknya perkara tersebut tidak akan berlaku memandangkan DAP dan rakan sekutunya mengatakan bahawa selagi tidak didapati bersalah maka Guan Eng tidak perlu melepaskan jawatan.

Cuma agak menghairankan kenapa apabila ianya melibatkan pemimpin UMNO atau Barisan Nasional maka desakan untuk melepaskan jawatan selalu dibuat?

Jadi sudah sampai waktunya rakyat mendesak Guan Eng untuk melepaskan jawatan seperti mana yang dilakukan oleh puak pakatan teradap UMNO dan BN.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan