Rabu, 27 Julai 2016

KERAJAAN DAH TAK MAU AMBIL TAHU PASAL MASALAH RAKYAT @NajibRazak @nohomar #scs14

Nampaknya apa nak jadi pada rakyat, nak terbalik ke, nak terlentang ke, nak tertiarap ke, sikit pun kerajaan tak ambil perduli.

Kes longkang tersumbat hingga mengakibatkan banjir kilat di kawasan sekitar parlimen Subang seolah olah tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan negeri Selangor yang hanya memikirkan bagaimana untuk menyambung survival politik masing masing.





Gambar diatas diambil dikawasan Paya Jaras dalam Parlimen Subang dan semua kita maklum bahawa Parlimen Subang di wakili oleh Sivarasa dari PKR dan DUN Paya Jaras diwakili oleh Khairudin daripada PAS.

Kedua dua wakil rakyat ini mewakili kerajaan negeri dan adalah amat mustahil jika perkara ini diambil serius maka ianya tidak akan menjadi masalah.

Tapi nampaknya mereka ini merasa amat selesa dengan kemenangan yang mereka perolehi hingga lupa bahawa tanggungjawab mereka kepada rakyat adalah amat besar.

Mungkin sudah sampai masanya rakyat memikirkan semula untuk apa undi dan kemenangan diberikan kepada kerajaan pakatan yang ada pada hari ini jika permasaalahan rakyat tidak selesai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan