Jumaat, 22 Julai 2016

JOM KETAHUI KEHEBATAN PEGUAM NEGARA AMERIKA SYARIKAT @NajibRazak @nohomar @tunfaisal #scs14

Kecoh betul sekarang ni tentang kes Peguam Negara Amerika, Loretta Lynch yang dkatakan memfailkan saman untuk membekukan aset 1MDB.

Yang paling hebat sekali apabila ramai individu secara tak semena mena menjadi pakar undang undang tapi malangnya hanya berlegar dalam alam maya.

Loretta Lynch merupakan Peguam Negara Amerika Syarikat dan rupanya mempunyai pelbagai skandal termasuklah mengubah wang haram dan menjalankan penyelesaian luar mahkamah dengan berkompromi bersama kakitangan HSBC hinggakan mereka yang bersalah tidak menerima hukuman berat.

Baca DISINI..


Tindakan Lynch juga telah mendapat hentaman daripada Senat US dan telah meminta supaya Lynch memberikan penjelasan berhubung dakwaan menggubah wang haram.

Baca DISINI..

Lebih hebat lagi apabila American For Law and Justice Amerika telah menghantar petisyen agar Lynch meletakkan jawatan ekoran beberapa skandal seperti mengubah wang haram serta wang kartel dadah di Amerika.

Baca DISINI..

Persoalanya kini, adakah Lynch cuba untuk menunjukkan kekuasaannya ke atas Malaysia demi untuk menutup kesalahannya di Amerika Syarikat dengan kata lain, Lynch dilihat sedang cuba memperbaiki imej dengan membuat siasatan ke atas perkara yang tidak melibatkan Amerika langsung.

Jadi kalau belakang sendiri dipenuhi najis, jangan le pulak tunjuk lumpur di belakang orang lain dan kepada pentaksub yang nak sangat tengok kerajaan Barisan Nasional ni tumbang, nasihat Sangkakala, hati hati dengan permainan barat ni.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan