Petang kelmarin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di tahan oleh sepasukan pegawai dari Suruhannaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM di bangunan KOMTAR di Pulau Pinang selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.
Dan Guan Eng semalam dibebaskan dengan ikat jamin sebayak RM 1 juta bersama seorang penjamin dan Guan Eng dah bayar pun duit tu, (banyak duit Guan Eng ni) walaupun dikatakan ianya dibayar oleh DAP.
Kita tinggalkan kisah Guan Eng sementara menanti berita terbaru tentang Tokong di Pulau Mutiara ni.
Kita balik ke Selangor, beberapa bulan lalu, Chegu Bard yang merupakan ahli PKR seumur hidup telah membuat beberapa penbongkaran tentang apa yang dikesan sebagai salah guna kuasa oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.
Dalam projek mencantikkan pintu gerbang Kota Darul Ehsan seperti poster diatas, kerajaan di bawah kepimpinan Azmin dikatakan tidak membuka tender untuk dibida oleh syarikat pembinaan seperti mana yang sepatutnya.
Harga untuk membaik pulih pintu gerbang ini pula dikatakan amat tidak masuk akal dimana kos sebanyak RM 9.7 juta itu boleh dikatakan sebagai kos membina sebuah pintu gerbang yang baharu.
Sangkakala rasa beberapa laporan polis juga telah dibuat dan sehingga kini masih belum ada apa apa tindakan dan kemungkinan besar pihak berwajib sedang mengumpul bahan bukti yang membuatkan Azmin kini tak tidur malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan