Jumaat, 3 Jun 2016

#prksgbesar #scs KERAJAAN NEGERI MULA DOUBLE STANDARD RISAU DENGAN GERAK.KERJA BN

Nampaknya sekarang kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh pakatan sudah mula menunjukkan kerisauan dengan gerak kerja Barisan Nasional di pilihanraya kecil Sg Besar.

Mana tidaknya, hari ini satu notis telah diberikan kepada UMNO dan komponen Barisan Nasional kononnya memasang bendera tanpa permit.


Persoalannya kenapa bendera PAN tidak di minta untuk diturunkan sedangkan bendera BN hanya dipasang di sekitar bangunan dan command center Barisan Nasiona serta di PDM dan bukannya di merata rata tempat seperti yang dilakukan oleh PAN.

Kalau nak ambil tindakan biar sama rata, jangan ada double standard, nak bertanding biar le secara profesional takkan dengan bendera pun dah kecut perut.

Kita semua sedia maklum, sekarang ni memang kerajaan negeri sedang 'MERAH MATA' dengan penyatuan yang dilihat amat kuat dikalangan pengundi Sg Besar dan ini juga membuatkan pemimpin Pakatan tak senang duduk.

Cara paling mudah adalah dengan memberikan alasan bodoh dengan menggunakan PBT sebagai batu loncatan.

Walau bagaimana pun, Sangkakala amat yakin dan percaya bahawa ianya tidak sesekali menggoyahkan semangat ahli UMNO dan pengundi di Sg Besar untuk memilih Barisan Nasional.


1 ulasan:

  1. Apasal sibuk cuma takat BENDERA.............????
    KALAU sah pengundi Sungei Besar sepakat, sepadu, sehati,
    sejiwa menyokong BN, tak perlulah nak sibuk pasal pekara
    kecik macam BENDERA. Tiada siapa boleh ubah fikiran
    mereka yang dah sepakat, sepadu, sehati-sejiwa. Kalau
    dah sepakat nak undi BN, takda bendera pun tetap
    b oleh menang. So kanganlah bising pasal b enda
    kecik ni. Apa ada pada bendera, kalau hati
    memang dah terpaut pada BN.

    BalasPadam