Ketua Menteri Pulau Pinang sekali lagi digagalkan dalan usaha untuk memfitnah kerajaan demi mengaburi mata dan pemikiran rakyat Pulau Pinang.
Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini telah bercadang untuk membina terowong bawah laut yang menghubungkan Pulau Pinang dengan Seberang Prai.
Projek berkenaan telah mendapat reaksi negatif daripada rakyat Pulau Pinang sendiri namun, bagi menunjukkan kesucian niat Guan Eng merompak harta rakyat Pulau Pinang, maka Guan Eng telah mengatakan bahawa permohonan bagi pembinaan jambatan ke 3 Pulau Pinang telah ditolak oleh kerajaan pusat.
Tapi nampaknya pihak Kementerian Kerja Raya melalui Menteri Kerja Raya telah mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan tentang permohonan yang dikatakan telah dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang kepada kerajaan pusat.
Menteri Kerja Raya telah menyatakan bahawa pihak Kementerian telah melakukan semakan tentang apa yang dikatakan permohonan oleh kerajaan Pulau Pinang dan ianya didapati tidak wujud sama sekali.
Begitu juga dengan pembinaan terowong bawah laut, sehingga kini tiada sebarang permohonan diterima dari kerajaan Pulau Pinang.
Menteri Kerja Raya juga telah meminta Guan Eng memberikan bukti bahawa ada permohonan untuk pembinaan jambatan ke 3 Pulau Pinang dan ini membuatkan Guan Eng mati akal.
Ini semua hanyalah taktik mohon simpati kononnya kerajaan Pulau Pinang dinafikan haknya untuk menjalankan pembangunan sedangkan ianya adalah untuk mengaut hasil keuntungan dan dimasukkan ke dalam kantong poket DAP Pulau Pinang.
Duit ini semua dari siapa? Bukankah ianya adalah hasil yang dikutip melalui cukai dan sebagainya? Fikir fikirkan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan