Sabtu, 9 April 2016

MELAMPAU !!! @NajibRazak JANGAN AMBIL SIKAP BERAT SEBELAH #scs

Kelmarin laporan penuh hasil siasatan Jawatankuasa Kira Kira Awam Negara atau PAC telah dibentangkan dalam parlimen dan daripada apa yang disebut oleh Ahli Parlimen Kepong yang merupakan Timbalan Pengerusi PAC, Perdana Menteri Malaysia tidak terlibat dalam urusan syarikat 1MDB.


Dalam laporan itu jelas juga dinyatakan bahawa 1MDB selama ini hanya bergantung harap kepada sumber kewangan dari pinjaman untuk memperolehi aset dan itu merupakan kesilapan yang dilakukan oleh ahli lembaga pengarah dalam 1MDB.

Tapi bagi Sangkakala pula ianya bukanlah satu kesalahan atau kesilapan malah ianya adalah satu keberanian untuk 1MDB berdikari kerana kerajaan hanya memberikan atau menyuntik modal sebanyak RM 1 juta sedangkan 1MDB diberi mandat yang begitu besar untuk sama sama membantu kerajaan menangani beberapa permasaalahan seperti bekalan elektrik sebagai contoh.

Adakah dengan RM 1 juta itu mencukupi untuk memberi beberapa IPP milik swasta? Dan kerana itu jugalah 1MDB terpaksa berhutang dan dinyatakan juga, jika 1MDB dikhuatiri tidak mampu membayar hutang maka segala aset yang ada boleh dicairkan dan 1MDB masih mempunyai keuntungan selepas jualan.


Bayangkan sebuah syarikat yang baru bertapak beberapa tahun kini mampu memperolehi lebihan tunai sebanyak RM 2.3 billion sedangkan PROTON yang sudah bertapak begitu lama masih lagi seperti bayi yang menyusu.

Disini Sangkakala nak bagi tau sikit, kalau sebuah syarikat sudah tidak mampu untuk menjana keuntungan dan asyik memerlukan suntikan dari kerajaan atau sentiasa mahu meminjam maka syarikat berkenaan bukanlah boleh dijadikan aset atau dengan kata lain ianya akan menjadi liabiliti kepada kerajaan.

Sangkakala ambil pula Produa yang berdiri atas kaki sendiri kini mampu untuk memberikan saingan kepada pengeluar kereta nasional Proton dari bentuk jualan dan sebagainya.

Najib Razak perlu melihat perkara ini dengan lebih teliti dan jangan berat sebelah, 1MDB yang baru beberapa tahun diberikan RM 1 juta sedangkan syarikat yang bertapak selama lebih 20 tahun dan bertukar 3 Perdana Menteri masih lagi menagih bantuan.


4 ulasan:

  1. Tiada jalan lain untuk Proton bertahan melainkan dikenakan sekatan terhadap kenderaan lain. Jika dinegara sudah mantap pasti boleh tumpukan untuk eksport.
    Ambil Contoh Kereta Hyundai buatan Korea tidak laku di Jepun dan di Korea kebanyakan kereta adalah buatan negaranya sendiri.

    BalasPadam
  2. Asalnya proton adalah dilebal sebagai kereta Nasional,kereta yg konon suatu hari nanti konon dibuat dan direka design olih rakyat negara ini.

    BalasPadam
  3. Asalnya proton adalah dilebal sebagai kereta Nasional,kereta yg konon suatu hari nanti konon dibuat dan direka design olih rakyat negara ini.

    BalasPadam
  4. Asalnya proton adalah dilebal sebagai kereta Nasional,kereta yg konon suatu hari nanti konon dibuat dan direka design olih rakyat negara ini.

    BalasPadam