1- BPUNS menzahirkan sokongan padu kepada kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO dan Dato Seri Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri untuk terus menerajui saf kepimpinan negara.
2- BPUNS mahu supaya semua rakyat dan ahli UMNO khasnya bersatu dan menghormati mandat yang telah diberikan kepada YAB Perdana Menteri untuk menerajui negara ini.
3- BPUNS melihat tindakan Yang Berbahagia Tun Mahathir bersengkokol dengan pembangkang untuk memaksa Perdana Menteri meletak jawatan adalah satu perkara yang tidak menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada UMNO BN.
3- BPUNS menzahirkan rasa kesal atas tindakan Tun Mahathir yang mahu menukar Perdana Menteri yang jelas memperlihatkan kehendak nafsu politik beliau melebihi ketetapan yang pernah beliau perkatakan tentang DAP dan PKR.
4- Sebagai mantan Perdana Menteri beliau pasti memahami keperluan mempertahankan demokrasi dan tindakan beliau sekarang tidak seharusnya dilakukan oleh seorang bekas pemimpin negara. Dalam proses menukar Perdana Menteri ianya perlu melalui perlembagaan dan bukannya melalui demonstrasi jalanan ataupun melalui memorandum.
5-BPUNS mengucapkan tahniah kepada YBhg Tun kerana telah berjaya memperdayakan barisan pembangkang untuk bersama beliau dan mengiktiraf Tun sebagai pemimpin mereka. Tun Mahathir perlu bersedia untuk dipergunakan kembali oleh pembangkang untuk melengkapkan perjuangan mereka untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara yang kita sedia maklum masalahnya berpunca ketika pemerintahan beliau.
Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan