Selasa, 15 Disember 2015

MAZLAN ALIMAN TERUS MEMBURUKKAN FGV SEMATA MATA KERANA POLITIK #supportfgv

Nampaknya Mazlan Aliman takkan berhenti untuk memburukkan syarikat Felda Global Vantures dan ianya hanyalah kerana politik semata mata.

Hari ni Sangkakala terbaca dalam akaun facebook milik beliau yang memperlekehkan penurunan harga saham FGV berbanding dengan harga pada awal penyenaraian FGV dalam bursa saham.


Sangkakala pernah menulis dalam laman blog yang sama bahawa penurunan harga saham adalah berpandukan harga komoditi sawit dan bukannya secara suka suka.

Jika harga komoditi dunia jatuh, maka ianya juga mempengaruhi harga saham Felda Global Vantures dan begitu juga sebaliknya.

Jadi perkara ini tidak boleh hanya satu pihak yang dipersalahkan.

Jika persepsi buruk terhadap Felda Global Ventures senantiasa di gembar gemburkan maka minat untuk pelabur melabur dalam syarikat juga akan terjejas.

Jadi bagaimana ianya mampu untuk melonjakkan nilai saham jika tiada pelabur yang mahu melabur dalam FGV.

Kita pada hari ini sepatutnya memberikan persepsi positif tanpa mengira ikutan politik.

Walau apa pun yang diperkatakan tentang FGV namun pemilik saham tetap mendapat dividen yang sama sebagai contoh, nilai dividen yang diagihkan pada tahun ini sama nilainya dengan nilai semasa harga saham berada di paras yang tinggi dahulu.

Sangkakala nasihatkan kepada Mazlan Aliman, sudah sudahlah nak meraih sokongan politik dengan menyalahkan FGV. Adalah lebih baik jika Mazlan mengambil kaedah lain jika masih berminat politik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan