Jumaat, 30 Oktober 2015

#SCS HANYA DI SELANGOR !! KERAJAAN NEGERI HALANG RAKYAT MEMILIKI RUMAH @nohomar @NajibRazak

Terima atau tidak itulah yang sedang berlaku di negeri Selangor ketika ini apabila kerajaan negeri Selangor seolah olah menghalang rakyat berpendapatan sederhana dan rendah dari memiliki rumah atau kediaman.


Ini bukanlah rekaan tetapi ianya adalah kenyataan apabila pihak kerajaan negeri pada ketika ini yang diterajui oleh Azmin Ali mengenakan bayaran premium yang tinggi untuk penukaran status tanah bagi membolehkan perumahan harga pertengahan dan rendah dibina.

Sangkakala suka mengambil satu contoh yang berlaku di kawasan Subang, tanah yang dimiliki oleh Institut Penyelidikan Getah Malaysia atau RRI yang hendak dibangunkan sebagai kawasan perumahan agak sukar apabila premium yang dikenakan dikatakan lebih kurang RM 600 ribu bagi setiap ekar.

Jika premium tanah setinggi itu, berapa pula nilai sebuah rumah hendak dijual? Adakah mana mana pemaju akan mengambil risiko kerugian dalam pembangunan kawasan tersebut?

Jika dibangunkan juga kawasan kawasan perumahan ini dengan kos premium sebegitu, adalah tidak mustahil harga rumah juga melambung tinggi dan Sangkakala yakin bahawa hanya segelintir sahaja yang mampu untuk memiliki rumah tersebut.

Jadi bagai mana pula akhirnya dengan mereka mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana? Adakah mereka juga mampu untuk memiliki kediaman?

Seorang rakan Sangkakala dari puak kerajaan negeri mengatakan bahawa mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli kediaman, maka mereka bolehlah menyewa mana mana kediaman yang mereka rasakan sesuai.

Persoalannya disini, adakah mana mana pemilik rumah mahu menyewakan kediaman mereka dibawah harga bayaran bulanan? Atau mahukah pemilik pemilik ini mengalami kerugian? Sudah pastilah tidak dan dengan harga rumah yang tinggi, maka sewanya juga akan menjadi tinggi.

Maka dengan itu tidak hairanlah jika Sangkakala mengatakan bahawa kerajaan Selangor kini seolah olah menghalang rakyat daripada memiliki kediaman dan jika mereka tiada halangan, maka sudah pastilah premium penukaran status tanah ini akan dikurangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan