Nampaknya di Malaysia dah menjadi satu kebiasaan apabila seseorang kehilangan jawatan atau jaeayan tidak lagi disambung maka akan melalaklah mereka di merata tempat menghentam kembali tempat yang satu masa dulu menjadi tempat bergantung harap.
Sangkakala terbaca dan sempat menonton video yang dirakamkan oleh portal KiniTV terhadap seorang bekas Panel Pemikir JASA yang mengatakan bahawa Egensi kerajaan tersebut kini 'NAMPAK BODOH, BUAT KERJA FITNAH'.
Kenyataan Syed Saifudin Syed Herman ini Sangkakala lihat tidak berasas dan ianya juga dilihat sebagai hanya melepaskan geram apabila kontrak sebagai panel pemikir JASA tidak lagi disambung.
Dalam video berkenaan, Pak Syed ni ada menyebut bahawa JASA memfitnah YBhg Tun Mahathir dan tidak memberikan jawapan kepada persoalan rakyat terhadap kerajaan, tapi takde pulak Pak Syed nak berikan contoh fitnah yang dilemparkan oleh agensi tersebut kepada Tun M.
Berkenaan dengan jawapan kepada persoalan pula, rasanya panel pemikir yang ada sekarang lebih giat menjawab isu isu berkenaan tetapi apabila isu itu ditimbulkan oleh Tun Mahathir maka perbandingan dibuat apatah lagi Tun Mahathir dilihat cuba untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan sudah pastilah agensi ini akan mempertahankan kerajaan serta kepemimpinan kerajaan.
Kalau ini pun tak dapat difahami oleh Pak Syed, Sangkakala amat bersyukur kerana Ketua Pengarah JASA yang ada sekarang tidak menyambung kontrak beliau sebab apa? Sebab tak mampu untuk berfikir apa perancangan dan strategi yang sepatutnya di mainkan.
Sangakakala lihat diantara panel pemikir JASA seperti Lokman Adam dan Tun Faisal yang giat menjalankan ceramah ceramah tentang GST, 1MDB dan sebagainya.
Jadi dimana kata fitnah tadi? Dan yang paling best sekali bila Pak Syed mengaitkan dengan perlantikan Ketua Pengarah yang baru maka JASA jadi seperti yang didakwa oleh beliau.
Disini Sangkakala nak maklumkan, dibawah Ybhg Dato' Puad Zarkashi, maka terhasil beberapa buku jawapan tentang beberapa persepsi yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap Perdana Menteri.
Begitu juga semasa Allahyarham Dato' Fuad Hasan menjadi Ketua Pengarah, banyak program dijalankan dalam usaha mendekatkan rakyat dengan kerajaan.
Cuma mungkin Pak Syed tak nampak sebab hanya duduk di pejabat hingga menunggu tarikh untuk pergi ke mesin ATM.
Sabtu, 31 Oktober 2015
Jumaat, 30 Oktober 2015
#SCS HANYA DI SELANGOR !! KERAJAAN NEGERI HALANG RAKYAT MEMILIKI RUMAH @nohomar @NajibRazak
Terima atau tidak itulah yang sedang berlaku di negeri Selangor ketika ini apabila kerajaan negeri Selangor seolah olah menghalang rakyat berpendapatan sederhana dan rendah dari memiliki rumah atau kediaman.
Ini bukanlah rekaan tetapi ianya adalah kenyataan apabila pihak kerajaan negeri pada ketika ini yang diterajui oleh Azmin Ali mengenakan bayaran premium yang tinggi untuk penukaran status tanah bagi membolehkan perumahan harga pertengahan dan rendah dibina.
Sangkakala suka mengambil satu contoh yang berlaku di kawasan Subang, tanah yang dimiliki oleh Institut Penyelidikan Getah Malaysia atau RRI yang hendak dibangunkan sebagai kawasan perumahan agak sukar apabila premium yang dikenakan dikatakan lebih kurang RM 600 ribu bagi setiap ekar.
Jika premium tanah setinggi itu, berapa pula nilai sebuah rumah hendak dijual? Adakah mana mana pemaju akan mengambil risiko kerugian dalam pembangunan kawasan tersebut?
Jika dibangunkan juga kawasan kawasan perumahan ini dengan kos premium sebegitu, adalah tidak mustahil harga rumah juga melambung tinggi dan Sangkakala yakin bahawa hanya segelintir sahaja yang mampu untuk memiliki rumah tersebut.
Jadi bagai mana pula akhirnya dengan mereka mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana? Adakah mereka juga mampu untuk memiliki kediaman?
Seorang rakan Sangkakala dari puak kerajaan negeri mengatakan bahawa mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli kediaman, maka mereka bolehlah menyewa mana mana kediaman yang mereka rasakan sesuai.
Persoalannya disini, adakah mana mana pemilik rumah mahu menyewakan kediaman mereka dibawah harga bayaran bulanan? Atau mahukah pemilik pemilik ini mengalami kerugian? Sudah pastilah tidak dan dengan harga rumah yang tinggi, maka sewanya juga akan menjadi tinggi.
Maka dengan itu tidak hairanlah jika Sangkakala mengatakan bahawa kerajaan Selangor kini seolah olah menghalang rakyat daripada memiliki kediaman dan jika mereka tiada halangan, maka sudah pastilah premium penukaran status tanah ini akan dikurangkan.
Khamis, 29 Oktober 2015
ANAK SYARIKAT FGV MENGORAK LANGKAH BINA LOJI JANAKUASA ELEKTRIK BERASASKAN KELAPA SAWIT #supportfgv
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kesemua kilang sawit tersebut terletak berdekatan dengan pencawang elektrik serta boleh menyambung bekalan elektrik yang dihasilkan. "Terdapat 12 kilang sawit yang telahpun disambungkan kepada jaringan tersebut, manakala 79 kilang sawit kini berada dalam proses penyelengaraan untuk menyambungkan bekalan elektrik, tahun ini," kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian projek usaha sama loji pengeluaran komersial Biogas Asli Mampat (Bio-CNG) pertama di dunia menggunakan sumber biogas sawit, di sini hari ini. Loji Komersial Bio-CNG yang terletak di Kilang Sawit Felda Sg Tengi dekat sini itu menggunakan sisa buangan kilang sawit. Loji Komersial Bio-CNG adalah projek usaha sama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Felda Palm Industries Sdn Bhd dan Sime Darby Offshore Engineering Sdn Bhd. Loji tersebut mampu memproses 600m3/jam biogas mentah yang dijana daripada lagun pencerna biogas tertutup untuk menghasilkan Bio-CNG sebagai bahan api alternatif kepada bahan api berasaskan fosil seperti gas petroleum cair (LPG) dan bahan api pertengahan (MFO). "Sungguhpun potensi biogas adalah lebih menjurus kepada penjanaan tenaga elektrik, namun bagi kilang yang terletak jauh dan tidak berpotensi untuk sambungan ke grid, Bio-CNG adalah alternatif untuk menjana pendapatan dari sumber biogas," kata beliau. Biogas dari sumber efluen sawit mempunyai potensi yang besar dalam menyumbangkan kepada penggunaan tenaga hijau negara terutama dalam penjanaan tenaga elektrik sebanyak 536 MW pada tahun 2014, kata beliau. Kerajaan telah merangka pelbagai inisiatif, bagi memastikan objektif di bawah projek permulaan Nombor 5 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA-EPP 5) dicapai, kata beliau. "Dalam hal ini, MPOB telah mewajibkan kesemua kilang sawit baharu dan kilang yang memohon untuk peningkatan kapasiti buah tandan segar (FFB) memasang loji pemerangkapan biogas berkuat kuasa 1 Januari 2014," kata beliau. Pelaksanaan program biogas di kilang sawit di bawah EPP 5 bukan sahaja untuk tujuan menjana pendapatan sampingan, ujar beliau, bahkan juga bertujuan menggalakkan penggunaan tenaga diperbaharui daripada biogas sawit yang mampu mengurangkan kos operasi, seterusnya membantu pengurangan pelepasan gas rumah hijau. "Ia memerlukan komitmen yang tinggi dan melibatkan semua pihak dan kerajaan akan senantiasa menyokong usaha seperti ini bagi memastikan industri sawit negara terus berkembang seiring dengan komitmen global ke arah pembangunan industri yang lebih mampan," tambah beliau. - Bernama |
Rabu, 28 Oktober 2015
HARAPAN RAKYAT SELANGOR DALAM PEMBENTANGAN BAJET NEGERI #SCS @NohOmar
Oleh : Izwan
28 Oktober 2015
Sebagai SEBUAH KERAJAAN NEGERI BERKEBAJIKAN kita berharap agar kerajaan Negeri Selangor akan mengutamakan rakyat dan memberi tumpuan kepada memenuhi janji dan manifesto 2008 .
Setelah 8 tahun memerintah, PAKATAN RAKYAT sewajarnya melunaskan janji MANIFESTO 2008. Alasan sebagai sebuah kerajaan yang baru memerintah bukanlah sesuatu yang dapat diterima akal. 7 Tahun 6 bulan ada satu tempoh yang lama. Sekiranya anak lahir tahun 2008, maka sekarang anak itu sudah mengenal angka serta sudah boleh membaca dan mengira.
Berikut adalah janji, yang telah 7 tahun tinggal janji ..
1) Elaun RM100 untuk ibu tunggal.
2) Elaun RM75 Setiap Anak Ke Nurseri.
3) Elaun RM50 untuk anak ke tadika.
4) Elaun khas kepada suri rumah yang memilih untuk menjaga anak.
5) Membantu rakyat anak Di Selangor memiliki rumah sendiri.
6) Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan.
7) Memberi galakan kepada belia untuk meniaga hanya perlu membayar bil air dan elektrik selama 2 tahun. Walaupaun banyak yang dirobohkan
Untuk tahun 2008, boleh rujuk manipesto PAS PKR.
Manakala pada PRU 13, walaupun janji lama belum tertunai .. JANJI BARU TELAH DIDENDANG .
Bajet 2016 ini, rakyat NEGERI BERKEBAJIKAN INI MENGHARAPKAN KERAJAAN NEGERI
1) Menurunkan cukai pintu.
2) Menurunkan cukai tanah.
3) Menunaikan janji PRU
4) Membeli syarikat konsesi tol antara bandar.
5) Menyelenggara sistem peparitan dan sampah dengan baik
6) Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan (DEIG)
7) Menunaikan janji menaikan elaun guru guru KAFA.
Rakyat sudah bosan dengan janji kerajaan pakatan rakyat dan alasan bahawa mereka baru memerintah. Rakyat hendak tengok kerajaan pakatan rakyat agar melunaskan janji janji dibawah kuasa mereka. Bukan hanya retorik dan menyalahkan orang lain diatas kegagalan sistem urus tadbir kerajaan negeri.
Kami rakyat selangor juga maklum banyak aset aset kerajaan negeri telah dijual, maka kami ingin tahu perkara perkara berikut:
1) Hasil jualan bagunan yayasan selangor kemana dibelanjakan?
2) Punca Hotel Quality dan Hotel Brisdale boleh bankrup.
3) Status langat dua dan duit 7.6 billion.
4) Punca bekalan air kerap putus.
5) Berapa yang telah dibelanjakan untuk mengkaji air lombong untuk dijadikan air bersih (HORAS).
6) Status Perbersihan Sungai Klang.
#Pray4Selangor
#VO9
|
PENIAGA PASAR MALAM PULA JADI SASARAN KERAJAAN SELANGOR @NohOmar
Nampaknya peniaga di Selangor makin terhimpit, asalnya nak dapatkan rezeki sesuap nasi untuk menyara keluarga, kini mereka dibayangi oleh sewa tapak yang melambung tinggi.
Pada asalnya sewa tapak pasar malam ini bernilai RM 24 setahun dan kini ianya meningkat kepada RM 144 setahun.
Kebajikan macam mana agaknya yang disebut oleh kerajaan Selangor kalau dah semua cukai dan sewa tapak dinaikkan?
Perkara sebegini tak sepatutnya berlaku memandangkan peniaga peniaga ini bukanlah mendapat keuntungan berlipat kali ganda malah ada masa masanya mereka ini akan kerugian atas faktor cuaca dan sebagainya.
Penindasan demi penindasan dilakukan oleh kerajaan Pakatan di Selangor dan ini belum termasuk lagi dengan perobohan gerai gerai di sekitar negeri.
Selasa, 27 Oktober 2015
SIRI 1 TM VS DSN [ YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT] @NajibRazak
Assalamualaikum wbk.
Siri1 TM vs DSN:
"Yang tersurat dan yang tersirat"
Ramai antara kita mudah terpengaruh dengan persepsi negatif dan sanggup mengenepikan fakta. Situasi ini telah menjadi peluang keemasan oleh pihak pembangkang bagi menyebar kebencian dalam usaha menjatuhkan kerajaan.
Sebagai contoh; apabila 1MDB di fitnah dan digambarkan sebagai anak syarikat yang mempunyai banyak kesalahan jenayah komersil disebar. Kita telah menerima fitnah ini sebagai fakta dan mengenepikan fakta yang diberi oleh pihak kerajaan. Lebih menyedihkan apabila mantan PM kita pula sekarang ini mendominasi tuduhan berkaitan 1MDB yang terbukti fitnah sebagai usaha menjatuhkan PM DSN.
Usaha mantan PM ini sedikit sebanyak telah menyebabkan ramai antara kita yang tidak mendapat maklumat sebenar telah terpengaruh dan mula membenci PM DSN. Ini dibuktikan melalui kajian Merdeka Centre, tidak lebih 35% rakyat kaum Melayu yang masih percayakan PM DSN. Selebihnya telah terpengaruh dengan fitnah yang berleluasa kebelakangan ini.
● TNB Dan PETRONAS DiKambing Hitam Oleh TM
Semasa mantan PM Malaysia mengamal dan mementingkan Dasar Penswastaan atas nama pembangunan, TNB telah dinafikan hak untuk membina loji janakuasa. Maka IPP telah dibina dibawah dasar ini.
Melalui perjanjian yang dimerterai, TNB WAJIB membeli setiap unit tenaga yang dihasilkan oleh pihak IPP pada harga 16 sen dan TNB akan jual kepada rakyat pada harga 30 sen. Walaupun pada awalnya TNB mampu mengurangkan kos kepada 8 sen seunit dan dijual kepada rakyat sebanyak 17 sen, situasi ini tidak berlaku dek kerana perlaksanaan dasar penswastaan yang merugikan kita semua.
Akibat dari perjanjian ini, TNB sentiasa mengalami kerugian kerana setiap tahun, hampir 45% tenaga yang dibeli dari IPP tidak dapat dijual kerana tiada permintaan.
PETRONAS pula DIPAKSA memberikan subsidi gas kepada pemilik IPP. Situasi ini menyebabkan kesemua pemilik IPP memperoleh keuntungan berganda. (Untuk rekod, pada 2011 sahaja Petronas telah berikan rm19B subsidi gas, jumlah yang amat besar untuk pemilik IPP).
Ramai antara kita tidak menyedari, pada 31 Ogos 2011, TNB telah kerugian sebanyak rm 453 juta dan sekali lagi kerugian direkod pada30 November 2011 berjumlah rm 224.7 juta. Antara sebab kerugian yang dilapor adalah kerana TNB terpaksa menanggung pembelian tenaga dari IPP. Disebabkan masalah ini, kerajaan terpaksa membayar pampasan rm2B bagi mengelakkan TNB menaikkan tarif elektrik untuk menampung kos pembelian tenaga dari IPP.
● Tindakan PM DSN Melalui 1MDB Bertindak Sebagai Penyelamat
PM DSN telah mengorak langkah dan memulakan usaha perundingan semula berkaitan IPP untuk mencari keseimbangan perjanjian. Usaha ini talah berhasil apabila pada Okt 2012, Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan bahawa setiap konsesi baru IPP hanya melalui TNB dan anak syarikat milik kerajaan iaitu 1MDB.
Tindakan ini dibuat bagi memastikan tiada lagi syarikat persendirian atau swasta yang mendapat manfaat subsidi dari kerajaan.
Untuk pengetahuan kita semua, akibat kesilapan perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1990an, anggaran sebanyak rm100B telah hilang dari PETRONAS dan TNB bagi memenuhi perjanjian berat sebelah yang menyebelahi pemilik IPP.
Melalui perjanjian yang diusahakan oleh PM DSN juga, PETRONAS tidak perlu lagi memberikan subsidi gas kepada pemilik IPP.
Pujian wajar diberi kepada PM DSN dan kita patut bersyukur kepada ilahi kerana diatas keperihatinan PM DSN, kadar tarif bagi pengguna di semenanjung yang sepatutnya naik pada July 2014 dan Jan 2015 mengikut Kos Bahan Api Pas Melalui (FCPT) tidak berlaku. Malah pada Mac 2015, kadar tarif elektrik dapat diturunkan.
Melalui perjanjian baru ini juga, TNB telah memperoleh keuntungan bagi tahun 2013, 2014 dan sebanyak rm2.3B pada 3 bulan pertama 2015.
● Kejayaan Untuk Rakyat Yang Dibenci
Walaupun kita semua dari golongan rakyat, TNB dan PETRONAS mendapat manfaat besar disebalik usaha PM DSN, wujud golongan yang amat membenci kejayaan ini. Jika sebelum ini, golongan ini boleh dikategorikan sebagai "Untouchable". Keadaan berubah 360 darjah apabila perjanjian baru berkenaan IPP yang seimbang telah dimerterai. Mereka sudah tidak dapat menikmati keuntungan berganda sepertimana yang mereka peroleh sebelum ini. Golongan ini merupakan pemilik IPP yang juga merupakan KRONI RAPAT kepada mantan PM Malaysia. (Untuk rekod, pendapatan YTL 2012 sehingga July, direkod sebanyak rm11.2B hasil jualan IPP, keuntungan min 20%).
Para pemilik IPP tidak boleh dan tidak mampu menyerang PM DSN secara terbuka. Oleh kerana pemilik IPP merupakan kroni rapat mantan PM, mereka telah menggunakan mantan PM untuk menyerang PM DSN. Melalui mantan PM, DSN dan 1MDB telah diserang dengan fitnah begitu teruk sekali.
Provokasi melalui fitnah dan pertanyaan yang tidak boleh diterima akal telah dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan kredebiliti dan menyebar kebencian terhadap PM DSN. Tujuan utama tindakan ini agar PM DSN membatalkan perjanjian baru atau PM DSN diturunkan dari jawatan PM Malaysia. Akhirnya individu yang akan dilantik ke jawatan PM Malaysia dapat dijadikan boneka untuk merubah perjanjian IPP yang boleh mengembalikan keuntungan berganda kepada pemilik IPP.
Mantan PM memang pakar dan mahir dalam membangkitkan PERSEPSI NEGATIF. Saya tidak terkejut apabila ramai antara kita mempercayai kenyataan awal beliau bahawa rm42B hilang dan walaupun kemudiannya diubah kepada nilai rm27B pula yang hilang. Segala pertanyaan dan fitnah yang dibangkitkan seperti pembelian tanah di TRX oleh Tabung Haji sebagai "bail out", pembabitan Jho Low, pelaburan bersama Petrosaudi, pelaburan di Cayman Island, dakwaan 1MDB cuba merampas wang Terengganu Investment Authority dan mencagar Telaga Minyak Terengganu dan banyak lagi telah dijawab sepenuhnya oleh Menteri Kewangan II, DS Ahmad Husni Hanzalah dan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy. Malah soalan dan jawapan mereka berdua telah dibukukan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) untuk memudahkan rakyat mendapat maklumat.
Walau pun mantan PM memfitnah PM DSN dengan pelbagai tuduhan, beliau masih tidak mampu untuk melaporkan fitnah tersebut. Melalui temubual secara santai baru baru ini, beliau telah beri jawapan bahawa beliau takkan buat laporan kerana tiada bukti. Jawapan ini menunjukkan segala tuduhan yang dibuat oleh beliau dan dilemparkan kepada PM DSN hanyalah fitnah dan bertujuan untuk menimbulkan persepsi negatif semata mata.
Racun Yang Dibalas Madu.
Biarpun PM DSN berulang kali dikecam, dihina, difitnah dan dikeji oleh mantan PM Malaysia dan kalangan anti PM DSN, beliau tetap bersabar hadapi kerenah mereka semua dan tidak mengambil tindakan terburu buru.
Apa yang menarik disebalik fitnah yang dibuat oleh mantan PM terhadap PM DSN, beliau tidak mampu mengatakan bahawa IPP yang dibeli oleh 1MDB itu berasal dari KRONI RAPAT beliau.
Beliau juga tidak mampu memuji PM DSN kerana mampu bertindak sehingga mengakibatkan TNB peroleh keuntungan yang tidak pernah dicapai walau ketika beliau berkuasa. Malah kejayaan PM DSN melalui TNB menurunkan tarif elektrik juga dipandang sepi oleh mantan PM.
Mantan PM juga seperti terkunci mulutnya dari menghebahkan kebaikkan 1MDB dan mungkin teramat MALU untuk akui bahawa keuntungan dari 1MDB, anak syarikat kerajaan yang amat dibenci oleh beliau, akan tetapi mampu menaja beribu rakyat Malaysia untuk menunaikan haji ke Mekah setiap tahun berbanding KRONI RAPAT beliau yang lebih suka menimbukan harta dari berkongsi keuntungan bersama rakyat bawahan.
Iktibar yang kita bol eh ambil ialah bagaimana PM DSN bersikap matang dalam berhadapan dengan fitnah yang dilemparkan oleh mantan PM. Benarlah kata Imam Syafie, kira kira maksudnya "Jika hendak lihat pemimpin diatas landasan kebenaran, lihatlah betapa banyak fitnah yang dilemparkan kepadanya". Dan ianya berlaku dizaman ini.
Ironinya, sepanjang pemerintahan mantan pm, pembangkang adalah orang yang sangat vokal apabila pemilik IPP diberi layanan istimewa. Dan kini mantan PM dan pembangkang pula bersama sama vokal untuk menjatuhkan PM DSN dan 1MDB yang telah menyelamatkan negara daripada menanggung subsidi yang terlalu besar setiap tahun.
Satu perkara yang sudah pasti bahawa agenda utama pembangkang adalah untuk mencari titik point dari pihak kerajaan atau GLC yang boleh di tukar menjadi satu isu yang amat besar untuk mempengaruhi rakyat agar membenci kerajaan dan boleh memberi manfaat dengan menarik sentimen rakyat kepada mereka!.
Salam perjuangan,
Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang
Selasa 27 Oktober 2015
|
Ahad, 25 Oktober 2015
SELANGOR PUSAT PELANCONGAN PELACURAN TERBESAR DI MALAYSIA #SCS
Tempat 'perlancongan' tumpuan utama adalah di Klang seperti di Jalan Meru, Bandar Bukit Tinggi dan Bandar Botanic, Petaling Jaya dan Puchong. Yang mana tempat ini merupakan tempat utama bagi penempatan pekerja asing.
CHINA DOLL ataupun pelacur muda merupakan daya tarikan ghairah pengusaha rumah urut di Selangor, hanya dengan serendah RM35 upah murah bagi satu sesi urutan manakala bagi servis istimewa 'happy ending' cuma perlu tambah RM50. sedihnya ialah apabila pelanggan yang paling ramai ditangkap adalah anak-anak muda melayu.
Kalau dilihat dari segi angka sebanyak 1,722 serbuan telah dibuat ke atas pusat-pusat hiburan di Selangor namun sehingga kini ianya masih lagi beroperasi seperti biasa..
Siapakah tangan-tangan besar yang melindungi aktiviti persundalan ini??
Dan dimanakah ketulusan kerajaan negeri selangor apabila diminta untuk.menghentikan pengeluaran lesen bagi pusat hiburan tetapi yang terpampang di dada akhbar adalah dengan penangkapan 11 orang penguatkuasa yang dituduh menerima rasuah sehingga RM30,000
Pada tahun ini sahaja, lebih dari 3,000 mesin judi telah dirampas di Sungai Buloh, Kepong dari Januari sehingga September yang bernilai RM4juta dan lebih dari 2,969 serbuan telah dilakukan dan apa yang lebih mengejutkan lagi ialah kenyataan Ketua Polis Selangor iaitu sebanyak 2,067 premis yang dikenalpasti menjalankan aktiviti pusat hiburan, rumah urut, pub, spa, salon dan hotel-hotel bajet.
Islam sebagai agama persekutuan akan tetapi agama lain boleh juga diamalkan secara aman dan damai seperti yang ternaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3... Dimanakah kedamaian apabila operasi pusat-pusat urut dan judi seperti sengaja menafikan bahawa maksiat itu hukumnya haram disisi agama islam. Apabila maksiat berleluasa maka rahmat Allah tidak akan turun. Adakah masalah air dan lenyakit demam kepialu di Selangor kini kesan daripada 'PUSAT PERLANCONGAN PELACURAN TERBESAR DI MALAYSIA'
ADUUHHH SAYANGNYA SELANGOR
#Pray4Selangor
#VO9
|
AZMIN ALI DICABAR UNTUK KEMUKAKAN SAMAN TENTANG DEIG #SCS
Samanlah kalau Azmin berani... !!! Kalau Azmin tak belit sana-sini kenapa nak takut? Datuk Seri Noh Omar pun sudah mencabar, Azmin kalau berani samanlah pihak yang menuduhnya, jangan dok buat opera cina nak menutup skandal DEIG.
Kalau benarlah ada blog atau individu menfitnah beliau berkenaan isu penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DIEG) maka segerakan saman.
Apakah Azmin Ali takut skandal DEIG akan terbongkar jika dia menyaman Setiausaha ADUN BN Selangor, YB Budiman Zohdi yang mendakwa DEIG memohon pinjaman dari tiga bank yang berjumlah RM500 juta ...???
Sudah-sudahlah membelit Azmin. Apakah kerajaan Selangor ini tak ada kerja lain selain dari bermain politik ? Saman sajalah, takkan dengan YB Budiman tu pun takut. Inilah Menteri Besar Selangor paling lembik dalam sejarah Selangor.
Saya mendapat tahu bahawa YB, Budiman Mohd Zohdi telah mendesak Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) Selangor agar memanggil Menteri Besar, Mohamed Azmin Mohd Ali untuk mendedahkan pekara sebenar mengenai dakwaan kononnya DIEG telah memohon cadangan cadangan pinjaman dari tiga buah bank berjumlah RM 500 juta.
Menurut Budiman perkara ini (DIEG) telah dilaporkan dalam sebuah portal pada 8 September lalu yang mana difahamkan sebuah bank telah mengeluarkan surat tawaran pinjaman kepada DEIG dan jika benar, berkemungkinan digunakan oleh syarikat itu untuk menampung operasinya.
Bahkan Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd. Salleh menyifatkan Mohamed Azmin tidak amanah sekiranya dakwaan DEIG memohon cadangan pinjaman daripada tiga buah bank berjumlah RM500 juta untuk dijadikan modal kerja adalah benar.
Oleh itu saya berpendapat Menteri Besar, Azmin Ali perlu menjelaskan pekara ini dengan segera dan jika kenyataan yang dibuat oleh YB Budiman tidak benar atau fitnah silalah saman untuk membersihkan imej beliau sebagai Menteri Besar Selangor.
|
Jumaat, 23 Oktober 2015
#kekalnajib TUN MAHATHIR AKHIRNYA AKUI KEKUATAN @NajibRazak @NohOmar
Tun Mahathir telah mengadakan temubual bersama Reuters semalam dan berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan beliau.
1) Najib akan terus jadi Perdana Menteri hingga penghujung penggal kerana UMNO terus menyokong beliau.
Tun M menyatakan bahawa peluang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya pada tahun 2018 adalah tipis.
Tetapi Tun M menghentam ahli UMNO kerana tidak bersuara dan bertindak ke atas Presiden UMNO, Najib Razak.
"Kesemua mereka takut dan hanya memikirkan kepentingan diri sendiri. Mereka tidak risau tentang parti atau negara tetapi hanyalah untuk diri mereka sendiri,"
"Dengan cara Najib sekarang, beliau mungkin akan dapat kekal untuk satu penggal lagi. UMNO menerimanya kerana mereka merasa selesa dengan kepimpinan Najib. Jadi saya rasa beliau akan dapat kekal untuk satu penggal lagi."
Kesimpulannya, Tun M mengaku bahawa segala usaha beliau telah gagal.
2) Pembangkang tidak mempunyai cukup undi 'tidak percaya', malah tidak mampu untuk menghalang bajet 2016.
Tun M menjelaskan usaha mereka (undi 'tidak percaya' dan menolak bajet 2016) akan gagal apabila pihak pembangkang tidak mempunyai undi yang mencukup untuk menentang BN.
"Kenyataannya, pihak pembangkang tidak mampu meraih sokongan untuk menyokong usul mereka. Maka, kerajaan dengan sokongan yang lebih besar akan tetap meneruskannya (bajet 2016)."
3) Muhyiddin masih boleh menjadi PM .... jika beliau mendengar nasihat dari orang-orang yang lebih berpengalaman.
Tun M menyatakan Muhyiddin mampu memimpin negara, jika Najib berundur. "Bekas timbalan Perdana Menteri masih berpeluang untuk memimpin Malaysia, apa yang perlu ialah untuk beliau mendengar nasihat yang bagus...dari orang-orang yang berpengalaman."
Kesimpulannya, Tun M menyatakan bahawa sesiapa yang akan menjadi Perdana Menteri selepas ini perlu mendengar nasihat beliau, atau dengan kata lain ialah Perdana Menteri selepas ini perlu menjadi bonekanya atau Tun M akan meroyan dan bertindak untuk menjatuhkan PM.
4) Tun M takut kerajaan akan mengambil tindakan atas apa yang dilakukan.
Mahathir berkata beliau risau akan laporan berkenaan siasatan polis terhadap dirinya di atas tuduhan melakukan kenyataan berbaur fitnah dalam cubaan menjatuhkan Najib.
"Saya takut, bukan kerana apa, tetapi kerana keadilan yang telah dimanipulasi. Walaupun menurut undang-undang, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Kesimpulannya, jika sebarang tindakan diambil ke atas beliau, besar kemungkinan ia bukanlah berkenaan apa yang dikatakannya sewaktu perhimpunan BERSIH 4 tetapi berhubung kaitan Tun M dengan skandal Justo atau mungkin juga berkenaan tindakan Khairuddin dan Matthias atas arahan beliau, atau atas tuduhan salahlaku semasa beliau memerintah.
Tun tahu beliau gagal untuk melindungi 'orang-orang'nya sendiri iaitu Muhyiddin, Khairuddin, Matthias dan juga Shafie - maka oleh itu beliau juga sedar bahawa dirinya tidak lagi kebal.
[Terjemahan]
Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/dr-mahathir-says-little-chance-of-ousting-najib
|
Khamis, 22 Oktober 2015
DAP MULAKAN TSUNAMI MELAYU SELEPAS CINA @NajibRazak @NohOmar
Oleh : Dato' Hj Zein Isma Ismail
Assalamualaikum wbk.
Saya mengajak sahabat seperjuangan dan seluruh ummah Melayu dan Bumiputera utk sama2 menyelami rentetan pendekatan DAPig, yang amat merbahaya kepada ummah Islam, Melayu, Bumiputera dan pribumi tanahair tercinta ini. Walaupun nukilan yg bersandarkan kajian dan berfakta ini agak panjang, saya mohon teruskankah membacanya dan menyampaikannya kepada sahabat dan taulan...
#bersatumelayutolakdap.
¤¤¤
"Selepas Kejayaan TSUNAMI CINA, DAP beralih kepada TSUNAMI MELAYU"
¤¤¤
Pada 5 Mei 2013, setelah diumumkan keputusan PRU13, hampir 90% pengundi kaum Cina memberi undi kepada DAP. Satu keputusan yang menunjukkan kejayaan PROPAGANDA DAP sehingga tercetus TSUNAMI CINA yang amat dahsyat.
● Metodologi Propaganda DAP
Metod propaganda yang diamalkan oleh DAP pada PRU13 adalah hampir sama ketika PRU tahun 69, akan tetapi pendekatan kali ini ditukar agar tidak kelihatan terlalu ekstrim.
Pada 1969, slogan "Malaysian Malaysia" yang dicipta oleh LKY sebelum Singapura berpisah dari Malaysia, telah berjaya menyerapi jiwa pengundi kaum Cina sehingga menyebabkan parti MCA mengalami kekalahan teruk waktu itu.
Pada PRU13 baru baru ini, penentangan terhadap Hak Bumiputra/Melayu telah dieksploitasi semula, walaubagaimanapun kali ini bukan DAP yang menjuarai isu ini. Malah DAP telah memilih Anwar Ibrahim untuk "diperkuda" dan menjadi wakil lidah DAP. Pemilihan ini dibuat untuk menjaga kedudukan DAP agar tidak dilihat terlalu ekstrim dan anti Melayu/Bumiputera.
Dalam ceramah yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, beliau dengan amat bangga mengatakan bahawa selepas kemenangan PRU13 nanti, maka tiada lagi bentuk penindasan kaum akan tetapi semua kaum dilayan adil dan yang tinggal hanya lah "KETUANAN RAKYAT".
Propaganda ini dicipta bertujuan untuk menunjukkan bahwa "KETUANAN MELAYU dan ISLAM agama Persekutuan" telah menyebabkan kaum dan agama lain dizalimi dengan begitu teruk dan kehidupan kaum lain amat dhaif dan terseksa.
Walaupun pada hakikatnya ianya tidak berlaku. Slogan ini amat selari dengan slogan "Malaysian Malaysia" ciptaan LKY dan sekarang ini diperjuang oleh DAP.
● Fahami Maksud Kenyataan MP DAP,
Liew Chin Tong
Seorang MP DAP bagi parlimen Kluang iaitu YB Liew Chin Tong telah ditemubual dan direkod oleh wartawan akhbar Sichew Daily selepas PRU13 baru baru ini. Kita semua wajar meneliti maksud disebalik kenyataan beliau.
Beliau berkata "TSUNAMI MELAYU" amat penting dan menjadi keutamaan kepada DAP kerana tsunami ini akan menjadi penentu kepada peralihan kuasa kerajaan pada PRU14 nanti. Chin Tong berkata lagi cukup sekadar 10% pengundi tetap BN beralih arah dan ditambah kekuatan sokongan pengundi kali pertama pada PRU14, maka UMNO pasti dapat dikalahkan.
Dan beliau mengukuhkan hujah beliau dengan berkata yang membawa maksud, TSUNAMI MELAYU menjadi keutamaan tertinggi untuk DIREALISASIKAN kerana banyak kawasan parlimen yang dikuasai majoriti pengundi bangsa MELAYU.
● Propaganda DAP Untuk Mencipta TSUNAMI MELAYU.
DAP mengetahui dengan jelas bahawa undi MELAYU perlu dipecahkan. Oleh itu DAP menumpukan 3 fasa utama bagi menjayakan TSUNAMI MELAYU;
1■"Bagi pemimpin dan pengundi MELAYU dalam parti DAP dan PKR".
DAP telah berjaya kuasai 100%.
2■"Pengundi dan Pemimpin MELAYU dalam PAS".
DAP melakukan PROPAGANDA dengan menyerang pemimpin teratas PAS dengan cara menggambarkan Presiden PAS, TGHA merupakan seorang KUNO, KOLOT, TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT UNTUK MENANG dan terlalu EKSTRIM. Kejayaan propaganda ini dapat dilihat apabila ramai mantan pemimpin dan "FIGHTER" termasuk ahli bawahan PAS telah berjaya "dibeli", lalu mereka keluar PAS dan menubuhkan PAN. Oleh itu DAP telah berjaya "DIVIDE" PAS dan "RULE" PAN. Akhirnya yang tinggal dalam PAS adalah "pemimpin play safe, bukannya PENCETUS semangat dan tiada semangat FIGHTER".
3■"Bagi Pengundi dan Pemimpin MELAYU dalam UMNO".
DAP amat menyedari bahawa UMNO sebuah parti yang amat kuat terutama selepas kejayaan PM DSN dalam PRU13 dengan meningkatkan sokongan pengundi MELAYU dan menambahkan bilangan kerusi parlimen yang dimenangi UMNO.
Bagi tujuan melemahkan UMNO, DAP telah mengorak langkah dengan melakukan beberapa fasa PROPAGANDA bagi tujuan merosakkan UMNO secara luaran dan dalaman. (Pengundi MELAYU yang bukan ahli UMNO dan pengundi UMNO ahli UMNO).
Fasa Pertama:
DAP menyedari anak muda bakal penentu kemenangan pada PRU14 nanti. Lalu DAP mengambil langkah dengan mengangkat martabat anak muda MELAYU yang Berkalibar, Bermotivasi, Bersemangat dan Mempunyai Hala Tuju dengan memberi jawatan kepada mereka supaya mereka dapat berkhidmat dengan pemimpin DAP dan kebajikan mereka dijaga sepenuhnya.
Sebagai contoh seorang anak muda wanita, Azira Aziz, 29 tahun berlelulusan undang undang dari UITM, telah dilantik sebagai pegawai penyelidik kanan kepada Speaker Dun Selangor, YB Hannah Yeoh dari Feb 2014. Seorang mantan pemimpin mahasiswa pula, iaitu saudara Zainol Fahmi telah diberi saguhati rm11k dari kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP.
Malah ramai anak muda MELAYU dilantik dalam organisasi DAP diberi imbuhan tetap dan dijaga kebajikkan mereka. Ianya merupakan satu PELABURAN yang AMAT BERBALOI untuk jangka masa panjang. Tindakan ini sebenarnya dilihat amat teratur, penuh kesedaran dan bersungguh oleh DAP dalam memenangi hati anak muda MELAYU di luar sana, melalui anak muda MELAYU yang berkhidmat untuk DAP. Ianya juga bertujuan menunjukkan perbezaan DAP dalam melayani dan menghargai anak muda berbanding layanan UMNO terhadap anak muda yang berpontensi.
Fasa Kedua:
DAP cukup fokus dalam usaha memindahkan pengundi. Kejayaan yang diperoleh malalui KAJIAN dan PERLAKSANAAN perancangan telah berjaya menyemarakkan semangat DAP. Sebagai contoh, untuk parlimen Gelang Patah pada tahun 2004, seramai 70, 023 pengundi direkod. Berlaku sedikit penambahan pada tahun 2008 apabila 78, 676 layak mengundi. Akan tetapi penambahan amat ketara berlaku pada 2013, sebanyak 106, 726 telah direkod layak mengundi. Penambahan pengundi baru begitu mendadak.
Saya dikhabarkan oleh sahabat saya dari kaum Cina bahawa sekarang ini DAP amat amat amat amat amat sibuk mendaftar pengundi kali pertama dan di Selangor sahaja mereka telah berjaya mendaftarkan lebih 120, 000 pengundi baru. Disamping iu juga DAP aktif melakukan penukaran tempat mengundi dengan memberi tumpuan kepada kawasan parlimen yang dimenangi BN dibawah majoriti 5 ribu.
Fasa Ketiga:
DAP perlu dilihat sebagai mesra ISLAM, selain mereka berjaya "mempopularkan" Melati, seorang muslimah yang berniqab. DAP juga melakukan perjumpaan dengan palajar yang belajar di Timur Tengah. Apa yang lebih dahsyat, DAP berjaya menonjolkan diri dengan berjumpa pemimpin parti ISLAM di Turki dan Tunisia melalui "sahabat baik" mereka, pemimpin dalam PAS dan beberapa pemimpin PAN. Perjumpaan dibuat diatas alasan untuk belajar dan memahami secara serious bagaimana sebenarnya perlaksaan ISLAM. Propaganda yang dibuat ini sebagai langkah awal untuk menghantar mesej kepada pengundi MELAYU bahawa DAP bukannya parti anti ISLAM!!!
Fasa Terakhir dan Paling Berkesan:
Dalam merosakkan UMNO secara keseluruhan. DAP memahami mereka tidak boleh kehadapan untuk mendapatkan kepercayaan pengundi MELAYU terutama dalam UMNO. oleh itu DAP amat memerlukan kalangan ahli UMNO dan mantan pemimpin UMNO untuk menjadi "LIDAH MEREKA" tanpa mereka sedari bagi menjayakan propaganda yang dicipta DAP.
Melalui hasil kajian yang dibuat oleh DAP, mereka maklum bahawa pengundi MELAYU begitu mudah TERPERANGKAP dalam permainan PERSEPSI dan begitu mudah DIEKSPLOITASI.
DAP telah melancarkan PROPAGANDA terhadap kepimpinan tertinggi UMNO. Melalui fasa ini DAP sekali lagi menguasahakan "Devide and Rule", kali ini terhadap pemimpin dan ahli UMNO pula dan UMNO telah berpecah kepada 2 golongan; iaitu (1) golongan yang mengamalkan sunnah dan mengikut saranan agama dalam mentaati pemimpin (dalam konteks Malaysia, pemimpin ialah PM DSN). (2) Satu golongan lagi yang terpengaruh dengan propaganda DAP lalu mereka berusaha menjatuhkan pemimpin dan merasakan tindakan mereka adalah benar walaupun tindakan itu amat berlawanan dengan suruhan ALLAH melalui dalilnya yang kemudian dihuraikan secara lebih lanjut melalui ulama terkenal.
Setelah PROPAGANDA DAP terhadap PM DSN disambut oleh mantan PM Malaysia, pemimpin UMNO (yg kemaruk kuasa), dan ahli UMNO (yg mudah terpedaya). Tindakan ini mengakibatkan wujudnya "LOMPANG atau VACUUM" dalam UMNO. Lompang ini telah menyebabkan ramai pengundi MELAYU baik ahli UMNO dan bukan ahli memilih menjadi golongan atas pagar.
Satu kerugian yang amat besar apabila PROPAGANDA yang dicipta oleh DAP telah diraikan oleh TM mantan PM Malaysia dan ahli UMNO lain. Secara tidak langsung tindakan mantan PM, Pemimpin UMNO dan ahli UMNO ini telah menjadikan diri mereka menjadi "WAKIL DAP Paling Efektif dan berkesan" dan tanpa mereka sedar boleh membangkitkan TSUNAMI MELAYU dan kehancuran UMNO pada PRU14 nanti.
Akibat Dari Tindakan Golongan Yang Terpengaruh Dengan Propaganda DAP Dan Melibatkan Diri Dalam Usaha Menjatuhkan PM DSN.
Bagi menjayakan impian dan perancangan DAP menguasai kerajaan dalam PRU14 nanti, mereka sekadar memerlukan majoriti mudah sejumlah112 kerusi parlimen. (Jika jumlah 222 kerusi parlimen tidak berubah).
Dari jumlah 112 ini, sahabat saya dari kaum Cina maklumkan bahawa DAP mensasarkan kemenangan di 55 kerusi parlimen, PKR di 39 kerusi dan selebihnya 18 kerusi daripada parti PAN.
Ramai pengundi Melayu termasuk ahli UMNO telah dipengaruhi oleh PROPAGANDA DAP untuk membenci PM DSN dan mempercayai fakta palsu yang berjaya dieksploitasi oleh DAP. Lalu mereka berfikiran bahawa "Apa salahnya kita beri sepenggal kepada DAP untuk perintah Malaysia sebagai mengajar PM DSN dan pada PRU15 nanti kita berikan kemenangan kepada UMNO semula"
Sahabat seperjuangan yang saya hormati,
Anggapan ini amat berbahaya sama sekali, tahukah kita semua bahawa melalui Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan membenarkan hanya melalui majoriti mudah di parlimen yang boleh dibuat melalui sidang tergempar bahawa Negara Singapura boleh dijemput kembali menyertai Malaysia!
♢PERINGATAN♢
¤Kepada Bumiputra &
¤Kepada Ummah Islam.
Jika usaha yang diketuai oleh DAP berjaya dan parlimen Singapura menyokong penyertaan ini. Maka pembangkang akan mendapat tambahan 83 kerusi parlimen dimiliki PAP. Siapakah yang akan menjadi pemimpin tertinggi di Malaysia yang dilihat "LUBUK EMAS" jika bukan pemimpin dari PAP. Dan adakah kita mampu memenangi kembali Malaysia dari DAP dan PAP pada PRU15 nanti?
Maka jika ini berlaku, situasi ini akan menjadi "EPISODE PALING MALANG" buat kaum MELAYU dan amalan ISLAM kerana kita sebagai kaum Melayu akan menjadi seperti kaum Melayu di Singapura yang dihina dan sukar mengamalkan syiar ISLAM dan aqidah umat Islam generasi mendatang akan terpesong...
Inilah akibat paling buruk jika kita berterusan termakan PROPAGANDA DAP dan berterusan berusaha menjatuhkan PM DSN sehingga menyebabkan berlakunya TSUNAMI MELAYU pada PRU14 nanti.
Saudara seagama dan sebangsaku,
Berbaloikah tindakan kita hari ini yang melanggar suruhan ALLAH dalam mentaati pemimpin dan akhirnya mendapat mudharat besar pada PRU14 nanti setelah ALLAH tidak membantu kita kerana kita melanggar suruhanNYA!!!
RENUNG2KANLAH DAN FIKIR2KANLAH.
Ayoh kita bersatu demi memelihara aqidah Islam, demi masa depan zuriat kita demi tanahair Malaysia tercinta.
Semua kita mesti bangkit menyedarkan sesama kita. Kita wajib membicarakan perkara ini sesama kita. Kita dituntut memahamkan anank2 kita. Jangan sampai nasi dah jadi bubur...
#MELAYUBERSATU
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Ikhlas daripada,
Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang
Kota Damansara
|
Isnin, 19 Oktober 2015
SAHAM FGV TERUS MENUNJUKKAN PENINGKATAN DAN REAKSI POSITIF #supportfgv
Bermula pada 29 September yang lepas, saham Felda Global Ventures dilihat telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dimana peningkatan demi peningkatan dalam harga pasaran saham milik syarikat berkenaan dan ianya terus dilihat semakin mengukuh.
19 September 2015, harga saham FGV bernilai RM 1.43 sesaham dan pada 16 Oktober, saham milik syarikat berkenaan berharga RM 1.74 sesaham dan ini menunjukkan reaksi positif yang mana pada 19 Oktober 2015, harga saham meningkat lagi kepada RM 1.82 sesaham.
Penganalisis pasaran saham dari AllianceDBS Research telah membuat analisa keatas saham syarikat FGV dan merumuskan bahawa ianya mampu mencecah ke harga RM 2 sesaham.
Kenaikan saham FGV ini berkemungkinan besar apabila harga pasaran minyak sawit mentah dunia melonjak naik dan ini sekaligus membawa kepada peningkatan harga saham FGV.
Yang sebenarnya ini adalah masa paling baik bagi mereka yang berminat untuk memiliki saham FGV untuk membuat pembelian dan memperolehi keuntungan dengan kenaikan harga saham syarikat berkenaan.
19 September 2015, harga saham FGV bernilai RM 1.43 sesaham dan pada 16 Oktober, saham milik syarikat berkenaan berharga RM 1.74 sesaham dan ini menunjukkan reaksi positif yang mana pada 19 Oktober 2015, harga saham meningkat lagi kepada RM 1.82 sesaham.
Penganalisis pasaran saham dari AllianceDBS Research telah membuat analisa keatas saham syarikat FGV dan merumuskan bahawa ianya mampu mencecah ke harga RM 2 sesaham.
Kenaikan saham FGV ini berkemungkinan besar apabila harga pasaran minyak sawit mentah dunia melonjak naik dan ini sekaligus membawa kepada peningkatan harga saham FGV.
Yang sebenarnya ini adalah masa paling baik bagi mereka yang berminat untuk memiliki saham FGV untuk membuat pembelian dan memperolehi keuntungan dengan kenaikan harga saham syarikat berkenaan.
ISU KENAIKAN TOL !!! ADUN TAMAN MEDAN @hanizat SALAHKAN LLM PULA @NohOmar
Semalam Sangkakala masukkan satu artikel tentang ADUN Taman Medan yang membawa beberapa kerat penyokong buat himpunan di plaza tol NPE Taman Medan.
Pada sebelah malamnya pula Sangkakala telah membalas tweet Haniza dengan mengatakan bahawa sebagai pemegang saham dalam konsesi, kerajaan negeri mampu untuk mengekalkan harga tol di negeri Selangor.
Tapi apa yang kelakarnya, Haniza telah menunjukkan bahawa beliau memang tak tau apa apa pasal tol malahan mungkin juga tak tau pasal perniagaan hinggakan Haniza telah membalas tweet Sangkakala dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri membantah kenaikan harga tol tetapi pihak Lembaga Lebuh Raya telah mengarahkan agar tol dinaikkan.
Mungkin Haniza Talha tak tau tentang syarikat atau sengaja nak tunjukkan bahawa kenaikan harga tol bukanlah disebabkan oleh pihak syarikat konsesi.
Sangkakala nak bagi tau sikit pada Yang Berhormat ni, perniagaan tersebut adalah milik sebuah syarikat, jika syarikat berkenaan tidak mahu menaikkan harga tol, tidak ada sesiapa yang mampu untuk memaksa mereka malahan pihak LLM sendiri tiada kuasa untuk membuat paksaan.
Sebagai contoh, pihak LLM hanya memantau pihak konsesi dan melakukan rundingan sekiranya ada permintaan untum menaikkan harga tol, dan jika permintaan tersebut mempunyai alasan kukuh dan didesak oleh pihak konsesi maka pihak LLM akan menyediakan rangka kenaikan.
Tapi jika pihak LLM meminta supaya tol dinaikkan dan pihak syarikat pula mengatakan bahawa ianya tidak wajar, maka pihak LLM tidak boleh berbuat apa apa kerana jlan tersebut masih dibawah kelolaan pihak konsesi.
Takkan perkara semudah itu pun Yang Berhormat ni tak tau? Atau perlu disekolahkan semula untuk mengetahui selok belok perniagaan dan kira kira.
Dalam kes kenaikan harga tol dalam bandar di negeri Selangor, kerajaan negeri mempunyai ekuiti berupa saham yang membolehkan mereka meletak seorang ahli lembaga pengarah untuk meninjau perjalanan syarikat konsesi.
Macam mana pulak dengan jawapan Menteri Besar ni? Alasan lagi?
Setiap kenaikan perlu dibentangkan dalam mesyuarat dan ahli lembaga pengarah berkenaan boleh bersuara untuk menidakkan atau membangkang atau membantah kenaika tersebut demi rakyat.
Tak perlu retorik sangat la Yang Berhormat Haniza, rakyat Selangor bukan bodoh.
Ahad, 18 Oktober 2015
ADUN PR @hanizat SALAH TEMPAT BUAT DEMONSTRASI TOL NAIK
Malang sungguh nasib penduduk di Taman Medan apabila ADUN mereka Haniza Talha tak peka dengan kenaikan tol baru baru ni.
Haniza dilihat telah membawa lebih kurang 50 orang untuk melakukan demonstrasi kononnya menuntut agar harga tol tidak dinaikkan.
Tapi yang kelakarnya, Haniza telah membawa mereka ke tol NPE di Taman Medan sedangkan tol NPE tidak terlibat dengan kenaikan.
Haniza minta kurangkan apa benda kalau tak naik? Takkan harga asal pun nak minta turun lagi?
Sebagai seorang ADUN rasanya Haniza perlu tau dengan keadaan semasa dan apa yang penting ialah, sebagai wakil rakyat, Haniza boleh menyuarakan agar tol tidak dinaikkan kepada kerajaan negeri yang juga mempunyai ekuiti saham dalam konsesi lebuhraya yang terlibat.
Nampaknya Taman Medan selalu ketinggalan dalam hal ehwal kebajikan rakyat dimana ADUNnya sendiri tidak mengetahui yang mana satu permasaalahan rakyat dalam kawasan.
Sebagai seorang ADUN rasanya Haniza perlu tau dengan keadaan semasa dan apa yang penting ialah, sebagai wakil rakyat, Haniza boleh menyuarakan agar tol tidak dinaikkan kepada kerajaan negeri yang juga mempunyai ekuiti saham dalam konsesi lebuhraya yang terlibat.
Nampaknya Taman Medan selalu ketinggalan dalam hal ehwal kebajikan rakyat dimana ADUNnya sendiri tidak mengetahui yang mana satu permasaalahan rakyat dalam kawasan.
Jumaat, 16 Oktober 2015
ISU KENAIKAN TOL @AzminAli JANGAN MAIN WAYANG KATA @nohomar
1- Saya terpanggil untuk mengulas tentang kenaikkan harga tol yang melibatkan konsesi lebuhraya yang 12 daripadanya lebuhraya terlibat berada di Selangor.
2- YAB Menteri Besar Selangor YB Azmin Ali jangan cuba bermain wayang bertindak seperti seorang wira dalam memperjuangkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan Kerajaan Selangor tidak bersetuju dengan kenaikkan harga tol.
3- Umum mengetahui PKNS dan KPS masing-masing memiliki saham minoriti 30 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya Kesas dan 20 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya Sprint.
4- Saya mendesak supaya Kerajaan Selangor segera mengumumkan keuntungan yang telah mereka perolehi dan bakal mereka perolehi daripada saham mereka di dalam syarikat konsesi Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Sprint.
5- Kerajaan Selangor perlu memulangkan wang keuntungan tersebut kepada rakyat Selangor sekiranya mereka benar-benar ingin membantu rakyat.
6- Kerajaan Persekutuan diminta mengkaji semula cadangan daripada UMNO Selangor yang dikemukakan sebelum ini supaya menghapuskan tol di Lebuhraya Persekutuan di plaza tol Batu 3 dan Sungai Rasau. Pada pemerhatian saya plaza tol ini adalah antara yang telah lama wujud dan telah membuat keuntungan. Sekiranya kedua-dua plaza tol itu tidak boleh dihapuskan saya mencadangkan salah satu daripada plaza tol tersebut dihapuskan dalam membantu meringankan beban rakyat.
7- Saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan mengenakan harga tol melalui 2 kaedah:
Pertama- Harga tol dikekalkan ketika waktu puncak ( Peak Hour) dan dikurangkan ketika luar waktu puncak. Pengguna yang tidak terlibat dengan aktiviti waktu puncak mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan lebuhraya selepas waktu puncak. Ini memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan harga tol lebih rendah. Begitu juga ketika waktu petang, pengguna boleh menggunakan lebuhraya selepas waktu puncak untuk mendapatkan harga lebih rendah. Sekirannya ini berlaku ianya boleh mengurangkan kesesakan di plaza tol di waktu peak hour.
Kedua- Kerajaan mengurangkan harga tol ketika cuti umum. Ini boleh membantu rakyat yang berada di luar Lembah Klang menggunakan kemudahan lebuhraya dan mampu merancakkan aktiviti pelancongan di kawasan Lembah Klang.
Terima Kasih
Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.
|
Khamis, 15 Oktober 2015
TANGISAN AHLI UMNO MENGIRINGI @saifuddinabd SERTAI PKR
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan bekas ahli Parlimen Temerloh, Dato Saifuddin Àbdullah sah menyertai PKR walaupun dikatakan semalan beliau menafikan perkara tersebut.
Kalau kita semua masih ingat semasa Adam Adli memijak bendera gambar YAB Presiden sikit masa dulu, ianya adalah berpunca daripada Saifuddin yang membenarkan pendemonstrasi dari kalangan Mahasiswa untuk memghantar memorandom berkenaan dengan kepentingan mahasiswa.
Sangkakala sendiri pernah bertanya kepada Saifuddin semasa satu sessi soal jawab kenapa perkara tersebut berlaku, Saifuddin mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut sedangkan yang berjumpa dengan mahasiswa berkenaan adalah beliau.
Begitu juga dengan beberapa insiden dimana seorang guru pernah dikatakan sebagai balaci kepada kerajaan dalam twitter sedangkan guru berkenaan memberikan nasihat kepada para mahasiswa agar tidak menjadi balaci kepada mana mana pihak demi kepentingan politik mereka.
Banyak lagi perkara perkara yang dilakukan oleh Saifuddin hingga mengundang rasa kurang selesa kepada ahli UMNO kerana kenyataan kenyataan beliau mirip kepada pembangkang.
Jadi elok sangatlah Saifuddin menyertai PKR sebab dalam UMNO sendiri pun nampaknya ramai yang mula tidak berkenan dengan cara beliau bergerak kononnya si Saifuddin ni membawa politik cara baru.
Jadi mungkin dengan penyertaan beliau dalam PKR akan membawa politik cara baru kepada parti tersebut.
Dan apa yang Sangkakala tahu, hari ini ramai yang menangis kegembiraan apabila duri dalam daging telahpun di cabut keluar.
Kalau kita semua masih ingat semasa Adam Adli memijak bendera gambar YAB Presiden sikit masa dulu, ianya adalah berpunca daripada Saifuddin yang membenarkan pendemonstrasi dari kalangan Mahasiswa untuk memghantar memorandom berkenaan dengan kepentingan mahasiswa.
Sangkakala sendiri pernah bertanya kepada Saifuddin semasa satu sessi soal jawab kenapa perkara tersebut berlaku, Saifuddin mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut sedangkan yang berjumpa dengan mahasiswa berkenaan adalah beliau.
Begitu juga dengan beberapa insiden dimana seorang guru pernah dikatakan sebagai balaci kepada kerajaan dalam twitter sedangkan guru berkenaan memberikan nasihat kepada para mahasiswa agar tidak menjadi balaci kepada mana mana pihak demi kepentingan politik mereka.
Banyak lagi perkara perkara yang dilakukan oleh Saifuddin hingga mengundang rasa kurang selesa kepada ahli UMNO kerana kenyataan kenyataan beliau mirip kepada pembangkang.
Jadi elok sangatlah Saifuddin menyertai PKR sebab dalam UMNO sendiri pun nampaknya ramai yang mula tidak berkenan dengan cara beliau bergerak kononnya si Saifuddin ni membawa politik cara baru.
Jadi mungkin dengan penyertaan beliau dalam PKR akan membawa politik cara baru kepada parti tersebut.
Dan apa yang Sangkakala tahu, hari ini ramai yang menangis kegembiraan apabila duri dalam daging telahpun di cabut keluar.
Rabu, 14 Oktober 2015
KENYATAAN AKHBAR TENTANG MAKLUMAT SIASATAN BANK NEGARA BOCOR
Kebocoran dan penjualan maklumat siasatan adalah perbuatan mensabotaj yang tidak boleh dimaafkan
Pada 12 Oktober 2015, sekali lagi terjadi insiden kebocoran dan/atau penjualan maklumat siasatan daripada pihak berkuasa yang bertanggung jawab menyiasat 1MDB.
Dalam rencana terbaru Sarawak Report, mereka telah secara jelas menyebut bahawa mereka menerima dokumen siasatan berkaitan 1MDB dari Bank Negara Malaysia (BNM). Saya amat berdukacita mengapa BNM masih membisu sehingga hari ini mengenai perkara mustahak yang begitu membimbangkan seperti ini.
Ini adalah kali ke-4 kebocoran maklumat siasatan berkaitan 1MDB berlaku.
Insiden pertama pada 2 Julai 2015 diakui oleh Wall Street Journal (WSJ) di dalam artikel mereka yang menyebut bahawa WSJ telah melihat dokumen siasatan dari penyiasat kerajaan. Insiden kedua berlaku pada 9 September 2015, dimana WSJ mengakui telah melihat draf laporan interim siasatan oleh Jabatan Audit Negara. Insiden ketiga diakui oleh Sarawak Report pada 11 Oktober 2015, dengan menyebut bahawa dokumen diperolehi dari BNM.
Pada 14 September 2015, saya telah mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat akaun semua ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memastikan bahawa tidak berlaku sebarang transaksi kewangan penjualan maklumat siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada media asing, Wall Street Journal (WSJ).
Saya amat yakin bahawa terdapat kes penjualan maklumat dan bukan sekadar pembocoran biasa kerana saya percaya ada pihak yang cuba mendapat keuntungan demi kepentingan peribadi dan politik.
Sebelum ini pihak polis telah menyiasat insiden kebocoran dan penjualan maklumat di kalangan pasukan petugas khas. Malangnya siasatan polis ini telah ditangguhkan kerana terdapat anggota pasukan petugas khas yang tidak mahu pegawai mereka disiasat walaupun ada kecenderungan pegawai mereka terlibat. Apa sudah jadi dengan pasukan penyiasat di kalangan agensi di dalam negara apabila mereka tidak lagi mempunyai integriti dan tidak berpegang kepada sumpah menyimpan rahsia?
Perbuatan membocorkan dan menjual maklumat siasatan sebelum siasatan dimuktamadkan bukan sahaja tidak adil terhadap pihak yang dituduh, tetapi juga boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap ekonomi negara. Ia juga boleh dianggap sebagai satu sabotaj dan cubaan mensabotaj ekonomi negara.
Saya difahamkan bahawa 1MDB telah membuat laporan polis pada 12 Oktober 2015 mengenai pembocoran dan/atau penjualan maklumat. Saya mendesak pihak PDRM dan SPRM untuk membuka penyiasatan segera dan terperinci dari setiap sudut, termasuk ke atas akaun bank semua ahli PAC, anggota BNM dan mana-mana pihak lain yang disyaki terlibat dengan perbuatan membocor dan menjual maklumat peribadi dan rahsia.
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO
|
Selasa, 6 Oktober 2015
TAN SRI RAHIM TAMBY CHIK WAJAR DIGANTUNG KEAHLIAN UMNO
Kenyataan Media
Ikatan Kebajikan & Dakwah Sgor (IKDDAS)
Tan Sri Rahim Tamby Chik wajar digantung keahliannya dalam UMNO
1. Ekoran penyiaran berita di laman sosial FB milik beliau yang mendakwa Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda telah murtad, semalam Tan Sri Rahim telah dihadapkan ke Mahkamah atas dakwaan fitnah & penyiaran berita palsu
2. Menjunjung prinsip perundangan negara yang menyatakan 'seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan ia bersalah', maka Ikddas mengambil ketetapan bahawa kedudukan Tan Sri Rahim Tamby Chik dalam UMNO wajar digantung keahliannya.
3. Ini kerana isu yang ditimbulkan merupakan isu yang amat sensitif terhadap orang melayu dan Institusi Beraja. Sultan merupakan ketua agama islam di negeri Selangor, penghinaan terhadap Sultan secara langsung memberi kesan negatif terhadap islam.
4. Sejak sebelum merdeka hingga kini, UMNO mempunyai hubungan baik dengan Institusi Raja & berjuang untuk mempertahankan kedaulatan Raja. Justeru jika ada mana-mana pemimpin UMNO yang dilihat cuba mencemarkan Institusi Beraja...sewajarnya tindakan tegas perlu diambil. Apatah lagi sekiranya permasalahan itu ditimbulkan oleh pemimpin yang berpengalaman dan berkedudukan dalam parti, maka ia mencemarkan imej parti UMNO sendiri.
5. Beliau juga masih memegang beberapa jawatan penting dalam GLC...justeru kerajaan perlu tegas dengan menggantung segala kedudukan perwajatan beliau dalam GLC sehinggalah kes ini diselesaikan.
6. Kegagalan pimpinan UMNO dalam menangani isu ini boleh menjejaskan keyakinan & sokongan orang melayu bahawa UMNO lah parti yang selama ini mendokong kedaulatan Institusi Beraja
7. Bagi menjunjung kemuliaan Institusi Beraja & kedudukan DYMM Tuanku Raja Muda Selangor sebagai pewaris Sultan Selangor, maka Ikddas mengesa agar Tan Sri Rahim Tamby Chik digantung keahliannya dari UMNO dan kedudukannya dalam GLC juga digantung.
8. Bagi memastikan Institusi Beraja tidak terus dipersendakan, maka Ikddas menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya keatas mana mana juga individu atau pihak yang menghina Institusi Beraja di Malaysia ini.
9. Kepada Tan Sri Rahim, anda datang dari Melaka & pernah menerajui pimpinan negeri Melaka. Jangan lupa bahawa Melaka adalah asas Institusi Kesultanan Melayu. Berani kerana benar, hidup mulia kerana adab. Bersihkan diri, jangan biadab...kelak diri dimakan daulat....
Ikhlas dari
Ust. Rosdi Long
Presiden IKDDAS
|
MSM MULA MENGORAK LANGKAH PERKUKUH SAHAM FGV #supportfgv
MSM sebuah anak syarikat milik Felda Global Ventures yang menjadikan gula sebagai perniagaan utama kini mengorak langkah dengan menjadikan UAE sebagai tempat pelaburan.
MSM telah pun membuka sebuah pejabat di UAE setelah mendapat lesen untuk memulakan perniagaan di negara tersebut.
Ini juga dilihat sebagai satu langkah untuk memulihkan saham FGV yang dilihat kurang memberangsangkan akibat dari kejatuhan komoditi dunia.
Moga dengan perancangan baru ini FGV akan terus memperolehi keuntungan dan saham akan melonjak naik.
Ahad, 4 Oktober 2015
PENGANJUR PROGRAM NOTHING TO HIDE MEMANG ADA NIAT SABOTAJ @NajibRazak
Masih ingat lagi beberapa bulan lepas sebuah badan bukan kerajaan telah tampil mengadakan satu forum yang bertajuk 'Nothing to hide' yang diadakan di PWTC.
Program tersebut mendapat kecaman apabila Perdana Menteri tidak hadir apabila Tun Mahathir yang kerap kali mengkritik kepimpinan Perdana Menteri dijemput sama.
Ketidak hadiran Perdana Menteri pada ketika itu adalah disebabkan oleh larangan yang dilakukan oleh pihak polis atas faktor keselamatan Perdana Menteri setelah keadaan dilihat tidak selamat untuk Najib Razak berada dalam majlis berkenaan.
Persoalannya sekarang, adakah kehadiran Tun Mahathir memang sengaja di rancang oleh sesetengah individu untuk melihat Perdana Menteri dilagakan dengan Tun Mahathir?
Pada awalnya Sangkakala tak nampak macam tu, tapi akhirnya ia seolah olah benar benar menjadi kenyataan apabila Ketua Penganjur yang juga menrupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor pada ketika itu melepaskan jawatan tidak berapa lama selepas kejadian tersebut.
Adakah kerana kegagalan untuk menjatuhkan Najib Razak maka jalan terbaik adalah dengan melepaskan jawatan?
Yang kedua Sangkakala dapat makluman baru baru ini, bekas Naib Ketua Pemuda ini juga memberi kenyataan bahawa jangan sekat akar umbi untuk bersuara.
Nak tanya sikit pada bekas Naib Ketua Pemuda Johor ni, sejak bila rakyat Malaysia dihalang untuk bercakap? Setahu Sangkakala, masa sekarang sudah tidak ada halangan untuk rakyat biasa menyuarakan pendapat.
Tapi sama ada diterima atau tidak itu terpulang, tak semestinya semua yang disebut perlu dilaksanakan.
Dari apa yang disebut oleh mantan Naib Ketua Pemuda negeri ni, Sangkakala beranggapan memang dalam program Nothing to hide ada agenda tersembunyi dan dengan ketidak hadiran Perdana Menteri pada ketika itu adalah amat tepat.
Sabtu, 3 Oktober 2015
ANTARA PERNIAGAAN YANG DIBANGGAKAN OLEH AZMIN ALI SEPANJANG MENJADI MENTERI BESAR @NohOmar
Sejak tahun 2008, kerajaan negeri Selangor telah bertukar tangan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan yang di anggotai oleh DAP, PKR dan PAS.
Dan sejak ahun 2008 itu jugalah, rakyat Selangor dapat melihat pertumbuhan ekonomi melalui sumber sumber maksiat dan perjudian dan pusat pusat maksiat serta perjudian ini tumbuh bagaikan cendawan malah berlipat kali ganda jumlah pusat pusat ini bertambah.
Cuba lihat berapa banyak peningkatan pusat pusat maksiat dan judi ini di Selangor, itu belum cerita di Pulau Pinang lagi.
Ada seorang sahabat Sangkakala berketurunan Cina mengatakan bahawa pusat pusat ini memang sengaja dibuka dan fokus utama pembukaan pusat pusat ini adalah untuk mencari dana serta membalas jasa taukey taukey rumah urut dan pusat perjudian yang melabur kepada Pakatan dalam PRU12 dan PRU13 yang lalu.
Jadi peningkatan ini tidak perlu dihairankan lagi sebab ini adalah janji yang diberikan oleh kerajaan Pakatan kepada pengusaha.
Tapi pernah tak kita terfikir bahawa berapa banyak kejatuhan moral, keganasan rumah tangga, jenayah dan lain lain kesalahan lagi berlaku akibat daripada kewujudan pusat pusat maksiat dan perjudian ini?
Ini semua perlu dihalang sebab yang akan rosak adalah generasi akan datang dan yang paling penting, kerosakan ini melibatkan orang Melayu dan Islam di negeri Selangor.
Jumaat, 2 Oktober 2015
AWAS MALAYSIA !! DAP BERTINDAK CARA HALUS UNTUK RAMPAS KERAJAAN
Assalamualaikum,
DAP bertindak halus untuk berkuasa dan bercita2 memerintah Malaysia dalam PRU14. AWAS!!!!
DAP yang merupakan proksi PAP mula mengambil langkah menguasai sokongan kaum Cina terlebih dahulu. Ianya terbukti apabila 90% kaum Cina menyokong DAP pada pru13. Setelah itu dalam fasa memecah kuasa politik Melayu, DAP berjaya menggunakan PKR dan PAS untuk menghakis kuasa politik Melayu.
Formula kejayaan DAP yang wajar kita perhalusi...
1. DAP berjaya melakukan kajian dan eksperimen dalam PRU11 dan PRU12, untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan di Johor, dan di Parlimen dalam PRU13.
2. Mereka berjaya mengetengahkan imej mesra ISLAM, mereka tahu kaum Melayu mudah terpesona jika pemimpin bukan Melayu mesra ISLAM dan kerana itu LGE menggunakan istilah meniru pemerintahan khalifah Umar Abd Aziz biarpun jauh sangat perbezaan antara keduanya.
3. DAP menyedari PKR sudah dijinakkan apabila Anwar Ibrahim telah termakan budi yang sukar diganti apabila setiap kali isu beliau dibawa ke mahkamah, maka mendiang Karpal akan memainkan peranan utama. Untuk "Fighter PAS" pula, DAP mengumpan dengan wang ringgit.
4. DAP mengetahui MELAYU umumnya dan terutama dalam PAS punya kelemahan iaitu jika kebajikan mereka dijaga, maka mereka akan menyokong seseorang biarpun pemimpin itu dari parti berpaksikan Sosialis Sekularisme. Kelemahan ini la digunakan sebaiknya o leh DAP sehingga hampir kesemua "Fighter PAS" keluar PAS dan menubuhkan proksi parti DAP dalam bidang agama iaitu GHB.
5. DAP juga sedar bahawa orang ISLAM dalam UMNO bukannya taraf WALI, hendak tempat tinggal, pakaian, makanan dan lain lain keperluan hanya perlu berdoa dan kemudian semua permintaan turun dari langit.
6. DAP tidak pernah takut menyediakan "BAJET" untuk menguasai "FIGHTER UMNO" berbanding kesediaan UMNO dalam menjaga kebajikan "FIGHTER UMNO".
Kesimpulannya,
UMNO bermula daripada hari ini perlu mengiktiraf peranan "Fighter UMNO". Kebajikan dan jaminan hidup mereka hendaklah dijaga. Yang akhirnya mereka sudah pasti akan memberi khidmat yang terbaik jika kebajikan mereka terjaga. Apabila hubungan 2 hala ini dapat dijaga, maka insyaALLAH DAP pasti akan menghadapi kesukaran dalam mencapai kemenangan dalam menguasai rakyat dan pengundi. Persoalannya; adakah kita tidak pernah hendak belajar dari segala takdir yang ALLAH izinkan berlaku!!!
Wallahualam.
Salam perjuangan,
Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang
Kota Damansara
Jumaat 2 Oktober 2015
|
IKTIBAR DARI KERJASAMA PAS DAN DAP DI PULAU PINANG
Oleh Ust Rosdi Long
Kejayaan PR mengambil alih pentadbiran beberapa buah negeri pasca PRU12 memperlihatkan perubahan landskap politik negara.
PR dilihat sebagai alternatif baru kepada rakyat Malaysia yang sekian lama berada dibawah pentadbiran Barisan Nasional.
Di Pulau Penang sebagai contoh, kejayaan kerjasama PR antara DAP, PKR & PAS memenangi pilihanraya lantas membentuk kerajaan negeri, disambut meriah oleh penyokong ketiga tiga parti. Penyokong Pas juga merasa puas dgn kejayaan mereka walaupun sebagai minoriti.
Sikap Ketua Menteri LGE yang dilihat lebih islamik kononnya apabila memperkenalkan langkah langkah baru seperti menaikkan elaun guru KAFA, memberi bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat dan Pasti, mendapat pujian melambung dari pendokong Pas
Lantas LGE diangkat dijulang sbg tokoh pemimpin sehebat Umar Abdul Aziz.
Maka berkumandanglah cerita mahadewa LGE pada kacamata pendokong PAS. Apapun tindakan LGE diterima oleh Pas dgn rasa redha.
Walaupun jawatan EXCO agama tidak diberikan kepada Wakil Pas, Pas redha, walaupun awalnya Pengerusi Majlis Agama Islam pun tidak diberikan pada Pas, Pas redha, Walaupun sebahagian besar Ahli Majlis PBT tidak diberikan pada Pas, Pas redha.
Semuanya kerana dek terlalu mendewakan LGE sbg Umar Abdul Aziz.
Allah swt Maha Bijaksana menentukan segalanya. Kerana sikap ketaksuban mereka kepada DAP sehingga sanggup mengenepikan soal umat seakidah islam, sanggup bersekongkol dalam isu Kalimah Allah, isu Pluralisme & Liberalisme serta kebebasan hak asasi manusia, akhirnya Allah menunjukkan watak sebenar LGE yang didewakan itu.
Bagaimana Pimpinan Pas diporak perandakan oleh DAP sehingga lahirnya zuriat politik baru yang namanya Parti Amanah dari mantan Timbalan Presiden Pas. Kucar kacir dalam kepimpinan Pas angkara DAP hatta Presiden PAS pun dihina oleh DAP.
Putusnya kasih sayang antara DAP & PAS di Pulau Pinang menyaksikan bantuan kewangan yang selama ini diberikan oleh kerajaan negeri kepada sekolah agama rakyat & Pasti milik Pas diberhentikan, bukan sekadar itu, Pas juga hilang keistimewaan mereka pada pandangan kerajaan negeri P Penang.
Pimpinan Pas mulai sedar sekarang. Walaupun sekian lama Pas menentang umno, tetapi Kerajaan Pusat dibawah Umno tidak sezalim kerajaan DAP rupanya. Kerajaan pusat tidak menyekat bantuan kepada kerajaan negeri Kelantan.
Kerajaan pusat tidak menganaktirikan guru guru agama di Kelantan. Kerajaan Pusat tidak menafikan hak sekolah agama rakyat di Kelantan. Walaupun dianggap seteru, BN jauh lebih berbudi kepada Pas berbanding DAP.
Hari ini pimpinan Pas seolah baru sedar dek kerana pukulan kuat dari DAP. Pas sedar DAP lebih zalim dari UMNO rupanya. Pas sedar DAP labih rakus tindakannya dari BN. Pas sedar sikap dendam & kebencian DAP jauh lebih kuat dari permusuhan umno kepada mereka.
Dari pengalaman itu, sedarlah wahai pimpinan Pas bahawa hanya persamaan akidah bisa menyatupadukan ummah. Disaat umat kita semakin lemah dihimpit pelbagai fitnah, ayuhlah kita satukan ukhuwah untuk bersama pertahankan ummah. Tak perlu kembali bersama didalam BN...tetapi memadailah dgn wujudnya kesepakatan bersama umno kerana umno lebih mulia dari DAP.
Pulau Penang adalah contoh pengiktibaran bahawa DAP sedia mengkhianati rakan seandainya hasrat mereka terhalang. Demi masa depan islam..ayuh Pas & UMNO...DAP kita tentang habis habisan.
Allahhuakbar
|
DIMANA TANGGUNGJAWAB PBT SEMASA MATAWANG JATUH ???
Kenyataan Media
Kejatuhan Nilai Matawang & kelembapan ekonomi negara. Dimana tanggungjawab Kerajaan Negeri & Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
1. Umumnya mengetahui bahawa rakyat Malaysia semakin dibebani dgn peningkatan kos sara hidup. Ianya dipengaruhi oleh banyak faktor yg antara lainnya disebabkan oleh kejatuhan nilai matawang negara serta kelembatan ekonomi.
2. Suasana itu mewujudkan rasa kurang senang dikalangan rakyat dipelbagai peringkat yang tampil menyuarakan pandangan dan kritikan terhadap kerajaan.
3. Lebih nyata lagi ada pihak yang meletakkan faktor politik sebagai punca segalanya lantas mereka mendesak agar berlakunya perubahan dalam tampok politik negara.
4. Justeru suara suara desakan agar YAB PM berundur pun mulai kedengaran.
5. Sebagai sebuah NGO yang memperjuangkan agenda kebajikan, IKDDAS merasakan lebih baik semua pihak melihat dari aspek peranan yg mampu dimainkan bagi memelihara kebajikan rakyat khususnya
6. Menyalahkan kerajaan pusat semata mata tidak akan memberikan nilai tambah kepada kemaslahatan hidup rakyat.
Justeru, pihak kerajaan negeri & pihak berkuasa tempatan juga perlu berperanan bagi menyumbang kepada usaha mensejahterakan hidup rakyat.
7. Kerajaan negeri digesa menurunkan kadar cukai tanah, kadar premium tanah sebagai contoh langkah utk mengurangkan beban hidup rakyat
8. Diperingkat PBT pula langkah mengurangkan kadar cukai pintu, cukai perniagaan, lesen & sewaan premis adalah antara langkah yg wajar dibuat agar dpt mengurangkan beban para peniaga.
9. Pihak PBT yang mewah seperti MBSA, MBPJ, DBKL, MPSJ dan byk lagi diharap dpt mengambil langkah proaktif dlm usaha mengurangkan bebanan hidup rakyat selari dgn slogan yang dilaungkan oleh kerajaan negeri Sgor iaitu Negeri Berkebajikan.
10. Kebajikan rakyat mesti dijelmakan melalui tindakan bukan sekadar slogan.
Diharapkan agar pihak Kerajaan Negeri & PBT dpt mengambil inisiatif yg dpt membantu mengurangkan bebanan hidup rakyat dengan peruntukan bidang kuasa yang ada pada pihak masing masing
Demi kebajikan segenap rakyat, IKDDAS mendesak agar pihak berwajib di peringkat negeri & PBT dpt memberikan cth langkah perihatin dgn membantu meringankan beban kewangan rakyat khususnya para peniaga di Negeri Selangor.
Ikhlas dari
Ust. Rosdi Hj Long
Presiden
Ikatan Kebajikan & Dakwah Sgor (IKDDAS)
|