Masa tu ramai yang ditahan dan ditempatkan di penjara dibawah akta ISA hanya semata mata mereka melakukan demonstrasi yang digelar sebagai REFORMASI.
Dan semasa himpunan BERSIH pula, Tun Tun Mahathir mengatakan bahawa demonstrasi bukanlah budaya rakyat Malaysia dan ini diakui kerana kejatuhan beberapa buah negara adalah melalui demonstrasi yang ditaja oleh mereka mereka yang tidak senang terhadap sesebuah kerajaan.
Tapi kini nampaknya Tun Mahathir pula dilihat ingin menggunakan pendekatan berdemonstrasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak.
Apakah kata kata Tun Mahathir bahawa demonstrasi bukan budaya rakyat Malaysia hanya untuk menyelamatkan beiau semata mata.
Adakah Tun Mahathir juga lupa bahawa dalam UMNO sendiri ada perlembagaan dimana pemilihan untuk memilih pucuk pimpinan parti diadakan setiap 3 tahun sekali dan boleh ditangguhkan sehingga 5 tahun mengikut persetujuan Ahli Majlis Tertinggi?
Tapi nampaknya Tun Mahathir tidak mengikut landasan yang betul apabila mengatakan bahawa demonstrasi boleh dilakukan untuk mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Sebagai pakar ekonomi rasanya Tun Mahathir tahu apa akibatnya terhadap ekonomi negara jika demonstrasi di jalankan tak kira atas apa alasan sekali pun.
Kita pernah lihat beberapa buah negara yang ekonominya merudum jatuh apabila demonstrasi dijalankan.
Para pelabur takut untuk melabur kerana keadaan tidak stabil dan ini sebenarnya merosakkan negara. Adakah Tun Mahathir mahu keadaan itu berlaku setelah cita cita beliau tidak tertunai?
Seorang Negarawan yang disegani, yang telah membela dan membangunkan negara selama 22 tahun, kini nampaknya cuba untuk merosakkan apa yang beliau lakukan sebelum ini.
Sangkakala tidak berniat untuk memperkecilkan sesiapa, tetapi dari apa yang Sangkakala nampak, jika keadaan ini berterusan maka akan hancurlah kerajaan dan negara ni.
Jadi saranan saranan seperti ini tidak wajar dikeluarkan oleh seorang Negarawan yang disegani oleh bukan sahaja Malaysia malah dunia.
Negarawan yang disegani?
BalasPadamMore like orang tua yang dah gila!!
Memang sah dah Giler Kuasa Mahathir Giler Babi
BalasPadam