Seluruh rakyat Malaysia di jemput untuk menghadirkan diri bersama sama memanjatkan doa ke hadrat Tuhan agar negara terus terpelihara dari pelbagai masaalah dan musibah.
Sebagai rakyat yang mahu melihat negara dalam keadaan aman dan damai, tidak menjadi satu kerugian jika melapangkan masa untuk kita semua turut sama dalam program yang akan berlangsung pada hari Sabtu nanti.
Bukan sahaja orang Islam, malah rakyat yang menganuti agama lain juga boleh turut sama berdoa mengikut cara dan kepecayaan masing masing.
Semoga apa yang bakal kita usahakan nanti akan mendapat berkat dari Tuhan dan sama samalah kita doakan Malaysia akan terus aman dan makmur serta maju setanding dengan negara negara maju yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan