Baru baru ini Mazlan Aliman pergi bertemu dengan Tun Mahathir dan semalam pergi pula bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah.
Baru baru ini, selepas Perdana Menteri mengumumkan bahawa Felda memberikan dividen sebanyak RM 300 dan FGV memberikan dividen sebanyak RM 600, Mazlan Aliman mengeluarkan kenyataan media dengan mengatakan bahawa FGV dan Felda perlu memberikan dividen tersebut kepada semua peneroka walaupun mereka tidak lagi mengikuti program yang dianjurkan oleh Felda dan FGV.
Tahun ini FGV memberikan dividen sebanyak RM 600 kepada setiap peneroka yang melabur dalam syarikat berkenaan dan RM 647.78 setiap peneroka pada tahun lepas.
Jika nak dikira kepada keuntungan atas kenaikan atau penurunan harga saham, tahun lepas harga saham FGV adalah tinggi berbanding dengan tahun ini (2015) tetapi beza pemberian saham hanyalah penurunan sebanyak RM 47.78.
Seperti yang dinyatakan oleh YB Dato' Razali Ibrahim kelmarin dalam jamuan berbuka puasa bersama kakitangan dan agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri, beliau menyifatkan bahawa FGV bukanlah seteruk mana seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak yang cuba untuk merosakkan pemikiran para peneroka dalam usaha untuk menggagalkan perniagaan FGV.
Kita semua sedia maklum siapa Mazlan Aliman selama ini dimana ada dikalangan peneroka yang keluar dari program penanaman semula kelapa sawit hanya semata mata percaya kepada dakyah dan fitnah yang dilemparkan oleh beliau.
Dalam laman facebook Mazlan Aliman, beliau ada mengatakan bahawa dividen
RM 600 hanyalah nilai beberapa SEN dan menuduh bahawa mereka yang duduk diatas dapat lebih dari itu.
Persoalannya, berapakah LEBIHAN yang dimaksudkan oleh Mazlan Aliman dan siapa penerima tersebut?
Itu tidak dapat disebut oleh beliau kerana sememangnya ia adalah fitnah semata mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan