Ini bukan sebab apa apa, tapi disebabkan kuasa maka mereka memilih untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka adalah bagus.
Sejarah yang diceritakan oleh orang orang lama jelas menunjukkan bahawa PAP yang juga menjadi parti mentor DAP pada asalnya menunjukkan sikap yang sama terhadap orang Melayu di Singapura hinggalah mereka mendapat kuasa maka kini nasib Melayu di Singapura dikhabarkan tidak seindah rupa.
Sama juga dengan nasib di Pulau Pinang, apa jadi dengan Melayu di Pulau Pinang? Perniagaan mereka ditutup, warong mereka dirobohkan dan ini adalah hasil daripada sokongan Melayu yang kononnya lebih percaya kepada DAP satu masa dulu.
Melayu pada hari ini nampaknya lupa dan alpa kepada apa yang diperjuangkan dan apa yang patut diperjuangkan oleh mereka sebagai orang Melayu.
Adakah nama dalam kad pengenalan mereka sahaja yang menunjukkan bangsa mereka sedangkan dalam jiwa mereka roh semangat Melayu itu sudah pudar atau hilang.
Jika Melayu pada hari ini tidak sedarkan diri, maka anak cucu mereka nanti pasti sudah tidak mempunyai jati diri atau harga diri sebagai bangsa yang menjadi pelopor utama dalam pembentukan tanah Melayu ini.
Jadi disini Sangkakala nak sebutkan satu perkara iaitu sedarlah Melayu, kerana kesedaran ini akan menjadi pemangkin untuk kita terus menjadi bangsa yang disegani di tanah air sendiri.
tuan ,
BalasPadambegitulah tanda-tanda kejatuhan bangsa melayu ini...nampaknya sejarah melaka berulang kembali tapi dalam bentuk lain sikit...tapi simandeliar adalah orang sama...hati-hati melayu...pusingan dah makin dekat..