Itu lah yang berlaku apabila Sangkakala membuat panggilan ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Shah Alam.
Perkara ini bukan hanya berlaku hari ini, tapi Sangkakala dah cuba membuat panggilan telefon sejak beberapa hari lepas menggunakan nombor telefon yang berlainan namun langsung tidak berjawab, tapi setelah 5 kali membuat panggilan seperti gambar diatas, barulah seorang pegawai menjawab panggilan tersebut sebelum diserahkan kepada pegawai yang berkenaan.
Untuk makluman, Sangkakala buat panggilan apabila diminta oleh pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan sendiri ekoran pendaftaran satu pertubuhan dan sejak dari tarikh Sangkakala menerima email daripada pihak Jabatan pada Jumaat lepas, semalam barulah panggilan tersebut dijawab dan Sangkakala disalahkan semula dengan mengatakan kenapa lambat membuat panggilan telefon.
Untuk membuat beberapa pembetulan, pegawai berkenaan telah meminta Sangkakala untuk mengikut arahan seperti dalam email yang dihantar kepada Sangkakala dan seperti biasa, Sangkakala menurut semua arahan berkenaan.
Tapi pagi ni Sangkakala dapat satu lagi email yang mengatakan bahawa permohonan Sangkakala diTOLAK dan setelah 5 kali menghubungi pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan, barulah panggilan telefon tersebut dijawab.
Setelah Sangkakala bertanya kenapa permohonan tersebut ditolak, sedangkan arahan dalam email yang dihantar Sangkakala dah patuhi, jawapan yang diberikan amat mudah iaitu pegawai tak buka email dan permohonan tersebut diTOLAK.
Kalau dah itu caranya, baik terua tolak awal awal dan tak perlu suruh balas email segala bagai sebab kalau email yang dihantar oleh Jabatan di balas sekali pun takde pegawai yang nak baca.
Jadi disini Sangkakala buat kesimpulan bahawa pegawai dalam Jabatan Pedaftar Pertubuhan ni yang lelakinya goyang TELOR dan yang perempuannya goyang BUKIT BERKEMBAR.
Kasar tuduhan Sangkakala? Kalau dah telefon pun payah nak jawab, email pun tak baca, apa lagi sangkaan yang Sangkakala boleh buat?
Jadi kepada Kemterian Dalam Negeri, di bawah YB Datuk Seri Zahid, minta minta lah ada pegawai dari pihak kementerian yang memantau perkara perkara macam yang Sangkakala katakan dan jangan le pulak yang duduk di HQ pun GOYANG sama.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamdhia. kenapa pula cuba membantu sepatutnya kata saya akan bantu.
BalasPadam