Selasa, 12 Mei 2015

PENULIS LAMAN BLOG ZAMKATA SUDAH LEBIH SUDU DARI KUAH

Seperti mahu mencurahkan minyak keatas bara, penulis laman blog yang juga merupakan bekas seorang Menteri seolah olah sengaja nak menunjukkan betapa buruknya sikap Tun Mahathir yang menunaikan Umrah semalam.




Dalam portal Sinar Harian, Tan Sri Zainuddin mengajak rakyat Malaysia bersama sama dengan Tun Mahathir untuk berdoa agar YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ini seolah olah menunjukkan bahawa pemergian Tun Mahathir ke Mekah adalah untuk berdoa kepada Tuhan supaya Naib Razak melepaskan jawatan.

Jika benar perkara ini berlaku, Sangkakala rasa pemergian Tun M hanyalah sia sia, itu pun jika benar, tetapi jika ianya hanyalah dakwaan Zainuddin, maka nanti terimalah akibat daripada memfitnah orang yang melakukan umrah.

Kalau betul tak suka dengan Perdana Menteri sekalipun, janganlah sampai memfitnah sedemikian rupa dan sampai sanggup mengajak rakyat Malaysia bersama sama dengan Tun M yang dikatakan akan mendoakan supaya Najib Razak melepaskan jawatan.

Tapi sekiranya benar apa yang Zainuddin perkatakan bahawa Tun M pergi menunaikan Umrah dan berdoa supaya Najib Razak melepaskan jawatan, seperti yang Sangkakala katakan tadi, pemergian tersebut hanya sia sia dan sepatutnya Tun M mendoakan agar Malaysia aman dan makmur serta diberi hidayah oleh Allah SWT.



10 ulasan:

  1. Orang Melayu kena bersatu sokong PM. Ini kerana orang kafir menanti keruntuhan UMNO yg bermakna keruntuhan Islam di negara ini. Masalah 1MDB boleh diselesaikan kerana aset2 yg ada boleh dicairkan untuk menyelesai hutang. Ia bukan masalah jenayah atau melibatkan nyawa manusia.

    BalasPadam
  2. runtuh umno bermakna runtuh islam? apa punya statement ni?...

    BalasPadam
  3. duit billion2 hilang x tau pi mana hang kata bkn jenayah? anon7.42 ni mabuk ka?

    BalasPadam
  4. Anon 817, kita hanya ada 2 pilihan BN atau PR. Perjuangan BN nyata masih mengikut perlembagaan yng meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. PKR dan DAP pula lebih kepada plurasima agama, lgbt, kristianisasi. PAS pula bukan parti dominan dlm PR dan sering kali u turn dan x de perjuangan yg tegas terhadap Islam. Kau lihat PRK p pauh sekejap x sokong lepas tu sokong mcm main2 je, akhirnya pro kafir harbi menang. Plih wakil rakyat penting nak tentukan halatuju negara dan supaya negara terpelihara bukan macam pilih ikan dipasar. So hanya UMNO masih konsisten dengan martabatkan Islam. Kalau kamu seorang Islam fikirkanlan keadaan ini.

    BalasPadam
  5. Kita ada 3 pilihan: BN, PR atau Allah. Pilihlah Allah.

    Semua tetamu ke rumah Allah bebas mendoakan apa saja yang dia mau. Seorang Perdana Menteri juga boleh lekas bergegas ke depan Kaabah untuk berdoa jika dia mau. Doa siapa yang diterima, itu bukan ditentukan oleh Umno.

    BalasPadam
  6. Anon 820, kau lagi teruk tenguk angka 42 pun dah seram. Lagi pun mana ada bukti hilang? Loan diambil buat beli aset. Nilai aset sentiasa naik. Kalau dibangunkan lagilah pantas naik dan tingginya nilai. Kalau loan rm42 bilion tapi nilai aset ada rm60 bilion atau lebih kan boleh cover siap untung lagi. Kau memang hati kecil takut ngan angka, camna nak maju? Bangsa lain dah sampai bulan berpuluh tahun dulu, camonlah... jadilah orang yang berani tapi benar, bukan penakut dan pemfitnah!

    BalasPadam
  7. terbaik jawapan 7:42 PG..

    Buat masa ni yang sokong hudud pun umno.. Mang betul allah ada .. tapi umno adalah alat yang terbaik masa ni. untuk martabat ilsam dan melayu nak jadi mcm pulau pinang... bajet agama dari kerajaan persekutuan dia cakap bajet dari kerajaan negeri..

    sokong 7:42 PG

    BalasPadam
  8. Anon 100, jngn campur adukkan parti dengan ALLAH. Bukan bandingannya dan akan mengelirukan org.

    BalasPadam
  9. ha...ha...ha...lawak betui statement pemback up sekelian...bro...islam x perlukan bn atau pkr atau pas...sebaliknya bn,pkr dan pas lah yg perlukan islam...x perlu sebuk2 nk jaga islam...allah yg turunkan islam dan allah yg akan jaga islam...yg korang perlu buat ialah TEGAKKAN islam..

    BalasPadam
  10. anon 1.15 lg bodoh...berdsrkan statement ngko tu nmpk sgt yg ko terima bulat2 penerangan dr geng 1mdb tu tanpa berfikir guna otak...klu duit tu ada dan tak hilang knape nk bayor faedah pinjaman pun nk kena pinjm kt ananda 2bilion...pastu k'jaan siap kluarkan lg 900juta utk dana ...ada ke satu syarikat guna semua modal utk beli aset smpi nk bayor faedah pn x de duit...bangang betui..

    BalasPadam