Oleh Lokman Adam
Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Dato Seri Najib oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semakin menjadi-jadi. Yang terkini, pemberian BR1M kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya. Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Tun M. Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Tun M, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Tun M yang menganggap Tun sebagai seorang yang maksum umpama Nabi. Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Tun M ini.
Setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara. Di zaman Tun M, salah satu pendekatan yang beliau gunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar.
Saya masih ingat, Tun M selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai". Itu cara Tun dan kerana itu jugalah bila Anwar tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 Billion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat.
Ya, memang betul Anwar seorang peliwat, tidak syak lagi. Tetapi kalau betul Tun M tidak boleh terima seorang peliwat untuk menggantikan beliau, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar, tetapi Tun tidak pernah kisah soal moral Insan yang setia bersamanya ketika itu.
Tun hanya bertindak ke atas Anwar bila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi 1997-1998. Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO.
Di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, beliau tidak menggunakan pendekatan Yang Tun ambil.
Lagipun, jika RM 5 billion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan. Matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran, tiada bezapun dengan matlamat Tun M. Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka. Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.
Tun M bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun Jet yang turut beliau dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa beliau menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi 1997-1998. Isu tersebut hampir semuanya sudah dijawab dan Tun M bukanlah seorang yang malas membaca.
Yang menyebabkan Tun M gelabah tidak tentu pasal hari ini adalah apabila beliau melihat perginya TG Nik Aziz dan Lee Kwan Yew. Tun M tahu yang masanya juga akan sampai dan beliau "running out of time".
Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Tun M membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik. Setiap Perdana Menteri selepas beliau dianggap hanya "Calon Sementara" sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Tempoh masa yang diberikan juga sekitar 5 tahun supaya beliau sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi No 2 sebelum beliau menemui Ilahi.
Itu sebabnya saya tidak terkejut bila Tun M kata Najib akan jatuh bulan Mac. Dulu, Pak Lah dilanyak teruk sejak beliau membatalkan projek Jambatan Bengkok yang Tun M luluskan. Pak Lah bertahan selama 5 tahun 8 bulan.
Dato Seri Najib pula mula menjadi mangsa bila beliau mengambil keputusan yang menjejaskan kroni Tun M. Antaranya dengan membatalkan kontrak bekal tenaga oleh 4 IPP yang dimiliki oleh YTL, Syed Mokhtar, Genting dan Ananda.
Bila batal kontrak pembekalan tenaga kepada TNB ini, cerita yang berjaya disembunyikan dari pengetahuan rakyat ialah wang rakyat sebanyak RM19 billion setahun telah berjaya Dato Seri Najib selamatkan kerana kita tidak perlu lagi memberi subsidi kepada keempat-empat IPP ini termasuk dua daripadanya yang telah dibeli oleh 1MDB iaitu IPP milik Ananda dan Genting.
Dan inilah juga puncanya kenapa Ananda terpaksa membayar balik lebih 2 billion (Bukan Pinjaman) kepada 1MDB kerana pembelian IPP milik Ananda dibuat bersekali dengan nilai kontrak membekal tenaga yang dimiliki oleh IPP milik Ananda itu.
Semalam, genap 6 tahun DSN memerintah dan ini jelas membuktikan jangkaan Tun M bahawa Najib akan jatuh bulan Mac lepas ternyata meleset. Kepada sahabat-sahabat yang masih "blur" kenapa Tun M merapu mempersoalkan pelbagai pekara yang sebenarnya sudahpun terjawab, izinkan saya menyatakan puncanya.
Sebabnya hanya satu, Tun M tidak yakin yang Mukriz mampu menyaingi KJ tanpa bantuannya. Itu sebabnya DS Najib perlu ditumbangkan supaya Mukriz lebih mudah ke Kerusi No 2 sebelum beliau memejamkan matanya.
Buat Tun M, pesanan saya cuma satu. Ingatkan kembali ayat yang selalu beliau utarakan, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran.
Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar". Bagi saya KJ dan Mukriz keduanya aset negara dan kalau kita hendak melihat UMNO kekal berkuasa lama, kedua mereka harus kita angkat memimpin kita. Akan tetapi biarlah mereka berdua ini naik dengan kemampuan mereka sendiri dan melalui persaingan yang sihat.
Kalaupun Tun nak bantu Mukriz, gunakanlah pengalaman berharga Tun itu membantu Mukriz menjadi seorang Menteri Besar yang berwibawa dan terbukti berjaya membawa negeri Kedah ke arah kegemilangan yang disanjung rakyat.
Tetapi, kalau Tun M terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan DS Najib, saya khawatir bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi BN juga akan tumbang sebagai parti memerintah. Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa. Masa itu, bukankah anak Tun sendiri yang akan berputih mata? |
semoga ramai yang membaca artikal ni dapat memperhalusi dan mendapat manfaat atas apa yang berlaku sehari dua ni....innsyaAllah...
BalasPadamHak dan batil akhir nya akan di ketahui juga... bukan TM yg salah atau Lokman yg salah...tapi yg empunya tubuh yg di tembak seharusnya manusia yg terlebih dahulu le depan memperjelaskan semua kemusykilan rakyat... berani menjadi pemimpin...harus juga berani berhadapan dengan rakyat..
BalasPadamTepat. Sungguh tepat.
PadamSetuju dgn mrroyz.. DNS perlu ke depan. Tak perlulah org lain backing.. nanti dikata mengampu lebih...
PadamJadi lokman, anwar da tak liwat la. Masuk jel sebab lawan cakap tun.
BalasPadampelik la ko punya analisis bengong ni lokman. Tp org terdesak nk cari ruang sanggup buat ape saja lokman. Bravo lah....
BalasPadamlokman o lokman - nak cuba bodohkan sapa pulak ? Cuma mereka mereka yang nyata bodoh akan percaya dengan cerita kamu.
Pemikir JASA? Setakat ni saja level berfikirnya? Patut la dalam PKR hanyut, dalam UMNO jadi kurap.
BalasPadamTak apalah, sekurang-kurangnya dengan 'pendedahan' ini, hayat untuk cari makan dengan JASA bertambah panjang. Mudah-mudahan.
Saya setuju dengan sebahagian daripada pendapat Lokman. Sebabnya Tun M menyerang DS Najib adalah untuk menjatuhkannya demi untuk menaikkan Datuk Mukriz Mahathir ke kedudukan No.1 negara. Siap yang tak sayangkan anak!!.
BalasPadamMasalahnya...
PadamMukhriz GAGAL menjadi seorang Menteti Besar ..apalagi membengunkan Kedah?
Apa yg mukhriz buat utk Kedah?
Lokman berkata benar...
DSNR tidzk mahu bail out or beti peluang pd kroni dan anak anak mahazalim, mahafiraun mahathir...
Kau sendiri tanpa nama nak kasi mcm2 nama kat org lain. Kelakar seram la kau ni bahlol...
PadamITU semua cerita orang yg tk dpt jawatan..keciwa...dlm politic.duduk diam2 sudah...jgn jdi mcm Budak yg bodoh.....
BalasPadamHahahahahaha. Tergelak besar aku baca analisa sdr Lokman kita nie.Bakar diri konon. Padahal masih lagi berangan nak untuk jadi menteri. Melompat dari PKR bila dilihatnya PKR tak boleh berkuasa dan masuk UMNO. Kmdn mencuba nasib dan gagal.
BalasPadamKini mencuba nasib sekali lagi dgn menjadi penjilat Najib dan KJ.....
Spesis parasit ni sngat merbahaya pd agama,bangsa dan negara
Padamsiapa yang taksub siapa? Siapa yg jd pm kene taatlah..bukan dia najib ke ah meng ke sivadesan ke..ko tak puas hati nk mukhriz jd pm la plok...rosak mahathir nih
BalasPadamDa la statement lokman ni bodoh.lagi bodoh bile bdak ex umb nih post plak.ni ke keje jentera penerangan umno selangor?
BalasPadamLokman... Kamu ni nak bunuh Najib ke... Yg kamu tolong Tun M ni apahal..??? Every time ada mamat nak jadi hero tolong serang Tun M bagi pihak bossnya.. Maka setiap kali itulah Tun M akan menjawab dan memberikan kritikan yg bertambah pedas kepada boss yg di bodek tu.. Never fight a battle with some one who has nothing to loose like Tun M.. Itu art of war 101 laaaaa.. Macam ni ke level pemikir JASA... Tambah pulak dgn ketua JASA puad yg kalah pilihanraya.. Jawabnya kelaut la JASA kali ni... Hampeh...
BalasPadamCuba la ambik pengajaran drp yg berlaku pada Pak Lah... Kalaulah Pak Lah mampu mengawal anjing anjing salakan Pak Lah yg duk belasah Tun M bagi pihak Pak Lah.. Nescaya krisis Pak Lah dan Tun M tak akan berpanjangan dan nescaya Pak Lah masih kekal PM hingga ke hari ini...
Bercakap DGN FAKTA saudara lokman ni...saya suka sgt...mesti saudara lokman ni org yg hebat...sbb ada kasyaf yg boleh tahu bila tun M nk mati...sbb tu saudara lokman ckp yg tun M dh kesuntukan masa...
BalasPadamBanyak betul balaci mahazalim mahafiraun mahathir dok back up kat sini.
PadamBagi aku mahathir mati lagi baik...hidop pon menyusahkan orang memanjang ajer kerja si zalim nie...
Kejam dan zalim...
Apa2 pon Aku skong 100% kenyataan Lokman Adam...macai mahazalim mahathir ado aku kesah...pie ler ....
bodohnya lokman....samala dgn org yg sokong tu..sama2 bodoh...elok sgt...
BalasPadamRangkap ni yg menonjolkan kebodohan saudara..
BalasPadam"Yang menyebabkan Tun M gelabah tidak tentu pasal hari ini adalah apabila beliau melihat perginya TG Nik Aziz dan Lee Kwan Yew. Tun M tahu yang masanya juga akan sampai dan beliau "running out of time".
Kalaulah tok najib berharap dengan menngunakan si bangang ( pinjam perkataan tok najib dengan izin) nama lokman adam ni nak berdepan dengan Tun Mahathir.
BalasPadamSaya khuatir yg tok najib telah pun tewas sebelum pertarungan bermula.
Dengan analisis bertaraf haram jadah ( sekali lagi pinjam perkataan tok najib dengan izin), mana mungkin si bangang tahap kurap ni dapat mengalahkan manusia sehebat Tun M.
Hangpa dok marah Kat Lokman buat apa? Dia dah jadi jutawan dah dgn projek kerajaan sbg habuan Untuk mengkhianati PKR
BalasPadamTun.m dh cakap mgikut saludan yg betul tp xda org dngar.. So tpaksa dia buat tindakan drastik..
BalasPadamLokman. Bila kau bercakap yang penuh dengan sampah, 2 bandar yang belum lagi jatuh ke tangan PR hanya tunggu masa. Sebab itu pemimpin UMNO cari kawasan pedalaman untuk menang. Lahir di bandar.
BalasPadamLokman. Bila kau bercakap yang penuh dengan sampah, 2 bandar yang belum lagi jatuh ke tangan PR hanya tunggu masa. Sebab itu pemimpin UMNO cari kawasan pedalaman untuk menang. Lahir di bandar.
BalasPadamSalam mullah qadammullah.saudara lokman lihat apa jadi politik di perak.kenapa pihak umno mencari jalan utk membeli 2 ahli pkr dgn wang ringgit supaya mereka ini melompat parti.dan bn mengatakan jika pkr rakyat memerintah negeri perak ini akan hancur kata mereka.boleh saudara lokman perjelaskan kenapa ini terjadi?tiba pula kerajaan bn memerintah negeri perak saya lihat lagi teruk hancurnya negeri ini kerana terlalu banyak korupsi.bagi pendapat saya mana-mana parti pun yang memerintah pasti akan jadi benda yang sama jugak..selagi pemimipin tidak kembali ke pada al quran sunnah dan hadis yaqni dimana nabi muhammad saw meninggalkan kepada buat umat-umatnya yang paling disayangngi..setiap orang kejadiannya yang diciptakan oleh allah swt ada baik dan ada tidak baik sikap pada seseorang itu.contoh kita lihat kisah nabi zakaria.kenapa dia meminta tolong pada pokok utk menyorok akan dirinya dari musuh.lalu beliau menunggal akibat musut itu menebang pokok itu.allah swt berkata kenapa tidak minta tolong kepadanya sedangkan akulah yang maha kaya maha pencipta sekalian yang ada.bagi saya najib adalah keterlaluan hanya menangguk di air yang keruh kemana perginya wang rakyat.mengapa gst diwujudkan katanya utk pembanggunan negara.abis selama ari ni negara adakah tidak masa zaman tun m memerintah negara sudah maju dan terkenal cuma tun amanat pada pak lah supaya menyambung cita-citanya untuk membuat negara ini makin maju setanding negara-negara lain di dunia.abiskan duit antar angkasawan malaysia ke bulan ..fikirlah semula tiada siapa pun pernah sampai ke bulan sedangkan pintu langit pertama pun tak lepas.sila rujuk kembali kisah israk mikhraj..rujuk kembali alquran kisah setiap pintu langit disini kebodohan kita sebagai org islam keturunan melayu.tun m amat pantas mentadbir negara saya respect padanya tapi dia juga ada sifat-sifat ketidak adilan.sbb allah swt menciptakan makhluknya dgn sifat berlawanan ada lebih dan ada kurang.najib lagi teruk sbb memimpin tidak mengikut aqal fikiran hanya mengikut nafsu.sedangkan allah swt menjadikan kaum adam dgn 9 aqal dan 1 nafsu.malaysia satu hari nanti akan hancur dgn keegoan sifat-sifat pemimipin yang ada dgn perasaan tamak dan haloba.bukan memimpin demi rakyat dan amanah oleh maha pencipta akan tetapi demi poket dan kesenangan peribadi tak kira siapa pun jadi pemimipin pasti ini akan terjadi.bagi saya itu tak penting biarlah urusan itu dia dgn allah swt bila sampai waktunya nanti akan dipersoalkan.masa tu ketua hakim pun akan di hakim oleh neraca al mizan.cuma saya minta kembalilah ke pangkal jalan perbetulkan segalanya kerana manusia tidak lari dari kesilapan tetapi carilah penasihat yang berlandaskan al quran hadis dan sunnah bukan penasihat yang melingkup akan seeeorang.banyak menteri-menteri yang tak boleh pakai masih duduk mentadbir kerajaan.saya harap bertaubatlah atas apa yang telah dibuat.ingatlah balasan allah swt lagi hebat daripada balasan di dunia.hanya allah swt yang tahu siapa altantuya dan siapa menyuruh membunuhnya.inilah kebodohan kita membunuh org mengikut arahan yang bodoh ingatlah siapa kita hendak menghukum sesama manusia.sedangkan kita juga akan dihukum.1mdb ingatlah ianya wang rakyat.mati nanti biarlah duit ini membakar akan diri bagi sesiapa yang menyalah guna akan nya.bebawaklah bertaubat hiduplah secara sederhana ..jadilah seperti saidina umar al khatab dan saidina ali r a pemimipin islam.pimpinlah berpandukan al quran hadis dan sunnah..kalau tidak negara ini akan hancur sepertimana negara di zaman jahiliah seprti kaum luth.kaum ibrahim kaum daud.ingatlah janji allah swt itu benar.
BalasPadamDangkalnya pemikiran Lokman ni...
BalasPadamSatu contoh...jika Tun Bail Out satu syarikat gergasi...maka syarikat tersebut dapat mengekalkan pekerjanya dengan membayar gaji setiap bulan contohnya RM950/bulan..
Tetapi jika syarikat itu lingkup..adakah BRIM yg hanya diberi setahun sekali dapat menampung pekerja yg terpaksa berhenti kerja..
Ingatlah pepatah wahai si jemuan DSN,
Jika diberikan aku ikan. Maka dapatlah aku makan utk hari ini..
Namun jika diberikan joran..maka dapatlah aku makan untuk berhari hari..
Kalau pemikiran short term..janganlah pulak nak menongkah pemikiran Tun..sudah sudahlah jadi jemuan..
Setiap kali statements keluar dr mukut anda setiap kali itulah akan mengeruhkan lagi UMNO..
Dangkalnya pemikiran Lokman ni...
BalasPadamSatu contoh...jika Tun Bail Out satu syarikat gergasi...maka syarikat tersebut dapat mengekalkan pekerjanya dengan membayar gaji setiap bulan contohnya RM950/bulan..
Tetapi jika syarikat itu lingkup..adakah BRIM yg hanya diberi setahun sekali dapat menampung pekerja yg terpaksa berhenti kerja..
Ingatlah pepatah wahai si jemuan DSN,
Jika diberikan aku ikan. Maka dapatlah aku makan utk hari ini..
Namun jika diberikan joran..maka dapatlah aku makan untuk berhari hari..
Kalau pemikiran short term..janganlah pulak nak menongkah pemikiran Tun..sudah sudahlah jadi jemuan..
Setiap kali statements keluar dr mukut anda setiap kali itulah akan mengeruhkan lagi UMNO..
Amat khuatir apa yg BN kendong skg ni akan keciciran atas nama KETAMAKAN PEMIMPIN LAGENDA SEPERTI TUN M. Kita berdoa agar ada jalan penyelesaian dan jngn smpi rakyt trutama golongan muda muak ngan BN dan beralih arah kpd PR yg sudah tentu berpihak kpd kafir laknatullah.
BalasPadamAmat khuatir apa yg BN kendong skg ni akan keciciran atas nama KETAMAKAN PEMIMPIN LAGENDA SEPERTI TUN M. Kita berdoa agar ada jalan penyelesaian dan jngn smpi rakyt trutama golongan muda muak ngan BN dan beralih arah kpd PR yg sudah tentu berpihak kpd kafir laknatullah.
BalasPadamAmat khuatir apa yg BN kendong skg ni akan keciciran atas nama KETAMAKAN PEMIMPIN LAGENDA SEPERTI TUN M. Kita berdoa agar ada jalan penyelesaian dan jngn smpi rakyt trutama golongan muda muak ngan BN dan beralih arah kpd PR yg sudah tentu berpihak kpd kafir laknatullah.
BalasPadamHaramjadah lokman ni..kucing kurap dpd pkr ni..buyamin dpd pad yg doakan mahathir nyanyok akhirnya mati kaki potong kena kencing manis.nik axiz doa mahathit macam firaun akhi mati dapat sakit dan musibah kelantan kena banjir.mahathir makin sehat waupun umur 90 tahun.hebat...
BalasPadamSaudara Lokman,
BalasPadamTM seorang bekas Perdana Menteri yang tidak pernah mengambil tindakan saman mahkamah ke atas orang yang fitnah dia. Maka sebab itu fitnah bail out oleh DSAI, kini kamu pula turut Lokman Adam. Beliau seorang pemimpin yang dimaki hamun termasuk mahafiraun oleh pembangkang. Tapi dia cakap tidak maki orang. Najib???.... Haramjadah pernah didengar oleh orang. Jadi kesimpulannya, Tun M tetap terbaik dan boleh dipercayai.
.. satu bagus nya TDM.. mana2 yang dia tak kenan.. jika tidak di kuis keluar, dia akan hantar ke Kemunting.. apa2 pun.. mana ada bapa yang tidak sayang anak.. anak bungsu saorang ini lah yang tinggal untuk teruskan legasi dia..
BalasPadamLokman,ko amek SPM dulu.
BalasPadam